BAB 11 (AGAIN)
0 5 / 0 5 / 2 0 ❤️
____________
Sunyi.
Hayden menapak mengikut gerak hatinya meninjau kawasan sekolah seorang diri selepas dia meninggalkan Adam dalam gelanggang basketball tadi. Semua rakan barunya sibuk akan urusan masing-masing. Dia tengah serabut sebenarnya sekarang. Tak tahu nak buat apa. Keluhan dikeluarkan sambil kaki masih terus melangkah.
Dia berjalan melepasi setiap bilik-bilik dalam bangunan itu. Apa yang menarik sangat dengan sekolah ini?
Dia mengaku dia sendiri janggal akan keadaan sekolah ini. Dia memilih untuk tidak menonjolkan diri atau menyertai apa-apa sukan pada tahun ini.
Namun, lain pula yang terjadi.
***
"Hayden, aku nak kau join competition boxing wakil dorm kita." Kata Zarryn seraya menghulurkan borang penyertaan acara sukan boxing tahunan sekolah.
Kelima-lima rakannya serentak menoleh pada Zarryn dengan muka terkejut.
Hayden pula yang ralit menulis tiba-tiba berhenti menulis.
Boxing? Sejak bila sekolah ini ada sukan boxing? Khabar berita mengenai kelab boxing dalam sekolah ini pun tidak pernah ada.
Malah neneknya sengaja menghantarnya dari Johor ke sekolah ini semata-mata mengelak diri daripada menyertai akitivit lasak seperti boxing.
Hayden membetulkan cermin mata sambil memalingkan wajah pada Zarryn yang elok menghulurkan borang padanya.
"Kali ni memang terbukti kau memang gila Zarryn. Kau nak minta Hayden join pertandingan boxing? Practice tak sampai seminggu. Serious lah mana sempat." kata Adam tidak bersetuju akan permintaan Zarryn sebentar tadi.
Zarryn memandang muka Adam dengan pandangan tajam. Ada saja mamat ini, menyibuk je kerja.
"Aku nampak gambar dia dalam bilik boxing. So ya, mungkin dia pernah join boxing before he comes here," kata Zarryn ingin mempertahankan diri.
Sudah.. semua memandang Hayden meminta penjelasan.
"Tapi gambar masa sekolah rendah la," sambung Zarryn.
Dia sendiri melihat gambar-gambar Hayden yang tersebar dalam kalangan pelajar perempuan terutama junior mereka. Mana diorang dapat pun tak tahu. Gambar masa sekolah rendah pun dapat. Dahsyat betul diorang. Maklum la Hayden kini sudah masuk geng hot sekali dengan Evans dan Adam.
"Kau memang nak minta Hayden ni join boxing ke? Fight dengan Haiqal?" kali ini Evans bersuara. Siapa yang tidak kenal dengan jaguh boxing terkenal dalam sekolah ini.
Dorm Excell, merupakan pesaing sengit antara Dorm Steeve. Dia mengaku dorm excell mempunyai atlet handal berbanding Eve sendiri, lagi-lagi berkait boxing. Sebut saja boxing semua pasti kecut perut mula la terbayang wajah Haiqal itu. Sebab itula boxing tidak la seheboh mana berbanding dengan acara sukan lain. Masing-masing ingin mengelak dari menyertai.
"Aku dah habis pening fikir siapa yang boleh masuk sukan ni. Semua macam nak mengelak. Setakat Haiqal, ala lebam sikit je. Paling teruk kau kena tahan dalam wad seminggu. Best dapat cuti," pujuk Zarryn. Dia sendiri pening. Semua mahu mengelak dalam acara sukan boxing. Ada yang cuba berdalih dengan menyertai acara perarakan. Jadi mahu tidak mahu, dia terpaksa meminta Hayden menyertai acara ini.
"Wah bestnya dapat cuti! Masuk la Hayden. Kau mesti dapat cuti seminggu. Best tak ada homework. Oh my god!" Sampuk Armel. Dengar saja cuti, tiba-tiba memujuk Hayden menyertai boxing tanpa berfikir panjang. Ayshalyn disebelah menyiku lembut bahu Armel.
"By the way Hayden, kau punya practice lusa tau. Kalau nak practice lagi awal pun okey. Cuma aku nak kau fikir dulu," pesan Zarryn.
"Hayden.. aku dah cuba sebaik mungkin backup kau. Tapi kalau kau terpaksa join juga. Aku mampu ucap innalillah jela," bisik Adam di cuping telinga Hayden seraya menepuk-nepuk bahu Hayden dengan muka simpati.
***
Hayden mengeleng kepala, ingin mengusir perkara negatif yang bermain dalam kepala. Poket seluar diseluk mengeluarkan telefon. Dia memeriksa mesej yang terdapat dalam aplikasi whatapps.
President
ZarrynLydia
-Hayden, kalau kau nak pergi pratice, bilik boxing aras 2 okay
ZarrynLydia
-kalau kau tak jumpa juga minta Ayshalyn tunjuk. bilik pratice dia sama aras dengan bilik boxing
AdamRizal
-korang, poster zarryn dah jadi trending dalam web sekolah. semakin famous la kau zarryn. tak sangka aku. kau patut berterima kasih pada bakat tersembunyi aku 🙈
AdamRizal forward trending school
ZarrynLydia typing...
Tak penat jadi bodoh ? -ZarrynLydia reply AdamRizal forward mesej
ZarrynLydia
-jangan hairan kalau dimerit kau naik 🙄
AdamRizal Is typing...
ZarrynLydia is typing...
EvansUzair
-kalau nak bergaduh pergi pm sana, buat group sendiri😑
AyshalynEmane
-korang ada nampak Armel tak? dia tak ada masa practice.
-dalam kelas tak ada juga
AdamRizal
-tadi aku nampak dia belakang bangunan
AyshalynEmane
-buat apa? tiba-tiba dekat belakang bangunan
AdamRizal
-tengah keringkan kasut dekat kipas aircond
AyshalynEmane is typing...
"One!"
"Two!"
"Three!"
Telinga Hayden disapa oleh bunyi dari seseorang yang sedang berlatih dengan nada lantang. Bunyi itu datang daripada sebuah bilik dimana pintunya sedikit terbuka tidak ditutup rapat.
Dengan rasa ingin tahu, Hayden cuba membuka pintu bilik tersebut. Langkahnya terhenti sebaik sahaja pintu dikuak.
Dia kaku.
Matanya membulat luas seperti melihat sesuatu luar biasa!
"One!"
"Two!"
"Three!"
Seorang lelaki sedang memberi latihan kepada pelajarnya. Di ikuti pelajar lain yang turut berlatih 'terus layangkan pukulan' menggunakan samsak atau dikenali beg pasir. Lebih daripada 6 samsak tergantung digunakan oleh pelajar.
Disebelah samsak itu terdapat beberapa buah 'samsak standing punch ball' yang sudah diatur untuk dilatih. Manakala di sudut kiri bilik itu tersebut, hampir 4 'sparbar' disediakan khas untuk pelajar yang ingin menggunakannya. Tidak ketinggalan juga 'speed ball wall' di sudut kanan. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang menggunakan.
"Argh!"
Hayden memaling muka ke arah teriakan itu. Dia dapat melihat dua orang saling membalas tumbukan dengan sarung tinju di tangan masing-masing dalam gelenggang.
Terdapat seorang jurulatih yang sedang memerhati gelagat mereka. Bersungguh-sungguh mereka saling melayangkan tumbuhan. Hampir lembam di muka akibat dari hentaman kuat.
Anak mata Hayden beralih pada jurulatih yang sedang menggunakan 'punching pad' sebagai pertahanan semasa latihan. Tidak terlepas satu pun pad terlepas daripada trainer. Di bahagian tengah-tengah dinding terpapar perkataan "Boxing's Club" yang dibuat daripada lampu neon. Semakin kaku Hayden melihatnya, seolah-olah tidak percaya.
"Hayden!"
Teguran yang cukup mengejutkan Hayden. Dia memandang pemilik suara. Macam kenal. Oh lelaki yang mula-mula dia jumpa dekat dorm krypton. Firash.
Dia budak boxing ke?
Jejaka itu melambai-lambai tangan kepada Hayden sambil tersenyum. Hayden sekadar mengangguk kepala dengan senyuman kelat.
Firash datang menghampiri dengan baju yang kelihatan basah kesan peluh. Nafasnya sedikit tidak teratur mungkin penat berlatih.
"Kau buat apa dekat sini?" tanyanya dengan nafas tercungap-cungap
"Aku dengar bunyi orang practice, tak tahu pula kau ada dekat sini," jujur hayden menjawab.
"Oh ingatkan kau nak masuk club boxing,"
"Tak tak.. aku singgah je," pantas Hayden menafikan.
"Betul kau tak nak join ni? sebab club ni tak ramai sangat ahli. Lagi-lagi sekarang dekat hari sukan, memang diperlukan untuk wakil setiap pasukan," terang Firash, berharap lelaki itu mengikuti kelab ini.
"Tak apa la, lagipun aku tak reti pun," tipu Hayden.
"Lah, kan boleh belajar." kata Firash sambil tersenyum.
Hayden hanya memberikan senyuman kelat.
____________________
Pagi itu, Hayden hanya bersarapan bersama Adam memandangkan Evans kata dia ada hal dan pergi sekolah dulu. Dia masih berfikir tentang perkara yang membelenggu dirinya.
Ya. Pasal Zarryn suruh dia masuk boxing.
Dia masih belum beri kata putus sedangkan hari sukan mereka akan berlangsung esok! Dan yang membuatkan dia lagi terkejut, namanya sudah tersenarai dalam senarai atlet bloknya semasa mesyuarat blok semalam. Nak tak nak, dia harus terima. Sigh..
Seusai bersarapan, mereka berdua berjalan ke kelas sepertimana pelajar lain. Airpod berwarna hitam disumbat di kedua-dua telinga Hayden. Lagu melalui aplikasi spotify mula mengisi ruang sunyi.
Dia lebih memilih untuk mendengar lagu daripada mendengar perbualan pelajar semasa perjalanan. Adam disebelahnya juga tidak bercakap banyak, sekadar menatap skrin telefon dari tadi.
Ada beberapa pesanan ringkas melalui aplikasi whatapps dibaca sekilas lalu Adam. Langsung tidak peduli. Instagram dibuka kemudian laman akaun miliknya diperiksa sepintas lalu. Jika terdapat sesuatu yang menarik perhatian.
"Hai Abang Adam,"
Sapa seorang gadis dengan senyuman manis. Melihatkan pakaiannya, Adam tahu tu juniornya. Ditangannya terlihat satu paper beg yang agak besar berisi kotak hadiah serta coklat. Adam mengangkat wajah melihat gadis itu.
"Banyak awak bawak harini. Untuk Evans sekali dengan saya ke?" tanya Adam. Gadis itu mengangguk kepala.
Hayden yang turut berhenti tadi mula hilang minat dan beredar.
"Eh jap, sebelum terlupa,"
Salah satu coklat daripada beg kertas itu dihulurkan pada Adam. Tersengih Adam apabila menerima coklat itu. Macam tahu-tahu je aku minat coklat.
"Ini yang awak punya nak bagi untuk saya ke?" tanya Adam.
"Bukan, tapi untuk abang berkaca mata tu," pantas gadis itu mengeleng kepala, malah jarinya menuding ke arah Hayden yang sedang berjalan. Sebelah kening Adam terjungkit naik.
"Hayden?" tanya Adam seolah-olah tidak percaya. Gadis itu mengangguk kepala mengiakan jawapan.
"Dari siapa?"sekali lagi Adam menanyakan soalan dengan penuh minat. Sengaja dia terfikir mahu mengenakan rakannya itu nanti.
"Ouh, coklat tu dari Kak Lieya. Tapi kak Lieya cakap jangan bagitahu Abang Ad..."
Gulp! Dia meneguk air liur, tidak mampu menyambung ayat lagi. Bimbang dimarahi Adam dihadapanya. Percakapan gadis itu tidak sempat habis apabila menyedari dia tersasul memberitahu lelaki itu.
"Abang Adam, saya terlupa nak ambik plastik coklat lain," dalihnya.
"Saya pergi dulu!" cepat dia menutup mulut. Laju saja kaki diatur lari dari situ. Pandai kau mengelak.
"Eh!" panggil Adam masih tidak berpuas hati.
__________________
"Hayden ni coklat untuk kau," kata Adam meletakan coklat pada meja dimana Hayden duduk.
Matanya terpandang Ayshalyn yang duduk bersebelahan Hayden. Dahinya berkerut menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memerhati segenap sudut kedudukan pelajar dalam kelas, mereka duduk di tempat lain dari biasa.
Tidak lama itu Evans baru sampai. Adam melambai-lambai tangannya memanggil Evans ke situ. Namun hanya diabaikan dan Evans menuju meja hadapan dan duduk di meja di mana adanya Armel di situ. Bukan di sebelahnya. Cepat-cepat Adam duduk mengadap Hayden.
"Hayden, ada benda tak kena ke?" soal Adam yang berasa curiga.
"Actually masa kau ponteng kelas hari tu, miss cakap nak tukar kedudukan pelajar dalam kelas," jawab Hayden.
"What?! Habis itu siapa tablemate aku?!" tanya Adam dengan nada tidak berpuas hati. Tidak dapat menerima hakikat.
"Aku,"
Pantas Adam menoleh. Melihat gerangan 'tablemate' barunya itu, Adam ternganga.
Aku. Tak. Boleh. Terima.
Seorang gadis sedang menyandang beg tercegat berhampiran mereka.
Ya anak-anak. Itu adalah Zarryn.
Dia baru saja sampai ke kelas. Terus diletak begnya di atas meja dan duduk di disebelah Adam yang masih tercengang.
"Mana kau pergi ponteng ha?! Masa miss tukar tablemate? Ooo dah lepas conteng muka aku, kau lesap terus eh," Marah Zarryn. Sabar jelah aku dengan dia ni.
Jari terlunjuk terangkat ke arah Zarryn sambil memandang Hayden meminta perjelasan. Rakannya itu sekadar tersenyum sambil menjungkit bahu. Mulutnya dibuka tanpa mengeluarkan sebarang suara memberitahu 'that's true'.
__________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro