Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10 (SHOE)

0 3 / 0 5 / 2 0❤️
________________

Beberapa hari sebelum acara sukan tahunan peringkat sekolah, semua pelajar akan sibuk akan tugasan masing-masing. Sememangnya pelajar akan menghabiskan masa di kawasan khemah mengikut blok asrama yang di diami.

Mereka akan menghias khemah dengan konsep tertentu agar kelihatan lebih cantik. Manakala peserta atau atlet sekolah yang terlibat dengan acara sukan sememangnya sedang berlatih sebelum acara sukan berlangsung.

Tidak ketinggalan, beberapa buah gerai makanan berderet turut dihiasi pelajar. Zarryn selaku penolong ketua pelajar juga sibuk akan urusannya. Lagi-lagi mengenai tempahan poster baru untuk digantikan dengan poster yang diconteng oleh Adam.

Dan seperti biasa, dia juga ditugaskan untuk handle penyertaan acara sukan bloknya iaitu blok Eve. Setiap acara sukan wajib diwakili oleh sekurang-kurangnya seorang dari setiap blok.

"Busy nampak," tegur Ayshalyn kepada Zarryn yang ralit memeriksa fail penyertaan.

"As always.." jawab Zarryn tanpa memandang Ayshalyn terlebih dahulu. Setelah siap menganalisis borang di tangannya, dia berpaling ke arah Ayshalyn.

"Opocot! Assalamualaikum!" Pekik Zarryn terkejut sebaik sahaja memandang Ayshalyn. Mana tak terkejut kalau tengok si Ayshalyn ni yang lengkap mengenakan topi racing sword siap dengan bajunya sekali. Dah terbuang tabiat ke? Mana ada orang keluar dengan pakaian macam ni.

"Waalaikumussalam, " balas Ayshalyn walaupun dia tahu Zarryn bukan berniat ingin menyatakan salam.

"Kau kenapa datang sini? Siap topeng pakaian sekali?" tanya Zarryn. Ayshalyn tersengih.

"Mana Armel? Aku ingatkan dia tengah tolong kau," tanya Ayshalyn apabila sedar si bendul itu tiada disisi mereka sekarang.

Tak ada la malam ni Zarryn merungut lenguh sana sini, banyak kerja kena buat. Ringan sikit beban kalau Armel menolongnya.

"La takkan kau tak tahu, dia join cheerleader tu sana. Si Haznis itu ajak dia join balik cheerleader," jawab Zarryn menyambung memeriksa fail peserta.

Dia lupa mahu memberitahu Asyalyn yang rakannya itu menyertai kembali pasukan sorak sekolah. Armel sememangnya lurus bendul tetapi dia aktif dalam pasukan sorak sejak dia bersekolah di sini dahulu dan masih aktif ketika bersekolah di luar negara.

Jadi tidak hairan lah jika gadis itu menyertai kembali pasukan sorak. Mungkin Armel sendiri terlupa ingin memberitahu Ayshalyn kerana dia sendiri sibuk akan latihan fencing.

Ayshalyn memanjang leher mencari kelihat Armel diantara ahli cheerleader yang berlatih disana. Wajahnya berkerut apabila tidak menemui Armel apatah lagi mendengar suaranya.

"Tak nampak pun," Asyalyn memandang kembali Zarryn dengan wajah tertanya.

"Kau biar betul, dah dekat 40 minit aku dengar diorang berlatih. Takkan si Armel takde. Cuba tengok sekali lagi " Kata Zarryn bersungguh-sungguh menegaskan jawapannya.

"Tak percaya kau tengok sendiri,"

Pantas Zarryn menoleh kearah cheerleader yang sedang berhenti berehat di bahagian tempat duduk penonton. Mata Zarryn menjadi sedikit sepet menganalisis satu persatu pelajar disitu. sah si bendul itu tiada.

"Habis tu dia pergi mana?"

______________

Bunyi kuat derapan kaki seolah-olah sedang berlari. Jantung Armel berdegup kencang, Hatinya terasa gusar tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dengan langkah laju dia bergegas turun menuruni anak tangga ke bilik persalinan.Macam mana dia boleh terlupa hari ini ada latihan cheerleader.

"Sorry saya lambat!"

Armel memohon maaf dengan wajah serba salah sebaik sahaja sampai ke tempat berlatih. Tidak sedap hati akibat kesalahannya. Dia rela ditegur atau dimarahi oleh coach. Semua ahli cheerleader yang berada disitu memandang Armel dengan wajah hairan.

"Armel you're late.." seorang wanita yang datang menghampir Armel dari tempat duduknya. Wajahnya dalam lingkungan 30-an itu berkata kepada Armel dengan suara mendatar sambil memeluk tubuh.

Armel hanya mampu tersengih, tidak tahu mahu jawab. Dia berasa serba salah dengan sikap cuainya itu. Coach yang dikenali sebagai coach Liana itu mengeleng kepala sambil mengeluh. Tidak terlintas dalam kepalanya untuk memarahi armel ketika itu.

"Guys, Armel datang lambat. She probably will get scolded by Coach Liana," bisik Melly akan rakannya yang dikenali sebagai Fady. Bersungguh mereka berdua bergosip satu sama lain. Entah apa yang dibincang oleh mereka sampaikan naik meluat Sara diantara mereka berdua.

"Why do you guys keep talking about Armel? Special sangat ke dia?" Kata Sara yang berasa terabai apabila mereka buka cerita tidak berbayar mengenai Armel. Yang si Melly ni satu buka cerita pada Armel kenapa.

"Sorry Sara," ujar Melly dengan senyuman terpaksa. Tanpa diminta dia mendapat jelingan tajam dari Sara. Baru dia teringat Sara tidak menyukai Armel.

"Suka sangat bersembang dengan dia. Pergi la berkawan dengan budak lurus bendul semacam tu," kata Sara yang kini sudah bermasam muka tidak menyukai rakannya bercerita topik mengenai Armel.

__________________

A – D – A – M

THROW ENEMY AWAY

PUSH IT PUSH IT

CAUSE TODAY WE GONNA WIN

AY YEAH!

Sorakan kuat daripada penonton basketball yang sedang bersorak kepada Adam yang sedang berlatih basketball bersama atlet lain. Satu persatu ahli pasukan pasukan lawan berjaya dilepasi olehnya dengan pergerakan licik.

"Raziq take!"

Bola itu dibaling dan selamat disambut oleh Raziq. Dengan laju Adam berlari ke hadapan berdekatkan dengan jaring. Seperti diduga Raziq dapat melepasi halangan bahagian belakang dan bola terus dibaling kearah Adam.

Dengan cekap bola itu ditangkap Adam dan terus Adam melompat tinggi. Bola ditangan dilontar kearah jaring. Bola itu berpusing ke atas rim.

Semua penonton yang berpihak pasukan Adam termasuk Adam sendiri menantikan saat bola itu bergerak jatuh ke dalam jaring. Bola itu terus bergerak sehingga dia menjunam jatuh ke dalam jaring.

"Masuk?"

Gelanggang dipenuhi dengan sorakan penonton atas kemenangan pasukan Adam. Ditambahi dengan tiupan whitsle tanda pemainan tamat. Makin bersorak kuat penonton. Adam tersenyum lebar. Rakan sepasukannya datang menghampiri untuk meraikan kejayaan.

Latihan bola keranjang berhenti setakat itu sahaja. Pelajar lain sudah bersurai manakala atlet basketball lain sedang mengelap peluh yang membasahi wajah mereka dan ada yang sedang meneguk air sejuk. Tuala kecil diambil Adam lalu dikesat peluh yang merinik di dahi dan tekuk.

"Hi babe," sapa lembut Lieya dengan senyuman. Dia datang membawa dua botol air mineral.

"Hi.." balas Adam dengan senyuman manis sambil mengesat tekuk.

"Air untuk you, " Lieya menghulurkan botol air itu dan diterima oleh Adam.

"Thanks baby," terus penutup botol air dibuka dan dia meneguk air itu.

"And this is for you,"

Satu lagi botol dihulurkan pada Hayden yang duduk di bangku antara mereka. Bingung Hayden seketika.
Adam berpaling kearah Hayden dalam keadaan teragak-agak menerima pemberian Lieya.

"I'm fine. Thankyou anyway. I just watched," Hayden menolak pelawaan Lieya. Dia bukan main pun macam Adam, jadi tidak perlu.

Riak wajah Lieya yang berseri itu berubah mendadak apabila pemberiannya ditolak. Namun cuba dikawal sebaik mungkin.

"Err Adam.. aku keluar dulu. Bye," cepat-cepat Hayden bangun dari tempat duduk dan beredar dari situ.

______________

"So, awak faham apa saya cuba sampaikan Armel?" tanya juralatih inginkan kepastian akan kefahaman Armel. Gadis yang polos dihadapanya itu mengangguk kepala pelahan. Jurulatih memberikan senyuman dan menepuk nepuk bahu Armel ingin memberi dokongan.

"So..since time run out, we're dismissed. Make sure don't come late again." pesan Coach Liana. Armel hanya mengangguk kepala sambil senyum serba salah.

______________

Cawan berisi jus oren diletak atas loker. Pintu loker dibuka oleh Evans. Tali leher yang tertinggal dalam loker diambil dan lekas dipakai. Air minuman itu dicapai.

Baru sahaja dia menutup pintu loker. Dia terlihat pintu sebuah loker yang sudah lama tidak digunakan sedikit renggang. Tidak ditutup rapat. Sudah ada pemilikkah?

Niatnya yang ingin menutup pintu loker tersangkut apabila pintu itu tidak boleh tertutup rapat kerana kedudukan kasut yang tidak betul menyebabkan pintu itu sedikit renggang.

"Kasut siapa ini?" detik Evans sendiri. Tidak pernah loker ini di miliki sesiapa. Tiba-tiba je, mesti perempuan ini. Fikir Evans kerana saiz kasut itu sedikit kecil berbanding saiz lelaki.

"What are you doing?"

Sedang dia ralit, tiba-tiba seseorang menegurnya menyebabkan dia terkejut dan air minuman jus oren yang dipegangnya sedikit berkocak dan tumpah mengenai kasut.

"What are you doing? My shoes!" Marah Armel. Evans kaku cuba tidak memberi reaksi. Secara tidak sengaja, kasut itu terlepas dari genggaman jatuh ke lantai.

"Habis basah kasut aku! Nanti aku nak pakai kasut apa? Kasut sukan dahlah tertinggal dekat rumah," rungut Armel tunduk mengambil kasutnya yang basah dek tumpah. Mulutnya muncung seakan-akan merajuk.

"You suddenly came and surprised me. So it wasn't my fault. It was an accident okey. Just wear the shoes you are wearing now," Cadang Evans membetul keadaan dan membela diri.

Serentak itu Armel mengangkat wajahnya memandang Evans yang tiada sebarang reaksi. Langsung tiada bersalah. Dia mengetap bibir.

"Nonsense!" Bentak Armel lalu membawa diri dengan kasut yang basah itu bersamanya.

Evans hanya memandang kelibat Armel hilang dari pandangan. Pintu loker yang masih terkuak itu lantas ditutup dengan wajah bengang.

_______________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro