❶⓿
Setahun kemudian.
"Sejak kau dah jadi secretary ni, makin berseri-seri muka. Syok sangat ke?" sapa Won Ni apabila terserempak dengan Young Ko di bilik rehat.
"Mestilah. Aku dapat jumpa kekasih hati for life tau." balas Young Ko sambil tersengih seperti kerang busuk.
Tidak menjadi rahsia buat semua tentang hubungan Young Ko dan Ha Ae, sejak 2 bulan yang lalu.
"Dahlah, future husband aku tengah tunggu tu. Take care babe!"
"Alright, Secretary Ji." balas Won Ni sambil melambaikan tangannya.
———
ha ae
"Boleh saya masuk?" ketukan pintu beriringan dengan suara yang merdu.
Aku hanya tersenyum.
Ji Young Ko, senyumannya semanis gula.
Pemilik nama itulah yang paling dibenci oleh Mi Rae.
Hmm, Mi Rae? Aku tak ingat yang aku ada hubungan dengan dia, kata mereka kerana kesan dari kemalangan.
Setelah mengalami kecederaan yang sangat teruk di bahagian kepala dan tulang rusuknya, dia akhirnya pergi.
"Fikir apa tu?" tegur Young Ko.
"Nothing." aku membalas.
Dia meletakkan minuman di atas meja.
"Kalau tiada apa-apa, saya keluar dulu." katanya.
Aku mengangguk.
ha ae end
———
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro