EPILOG
TV buruk tersebut mengeluarkan cahaya hijau. Satu persatu tubuh keluar dari skrin tv.
"Kita kat mana sekarang ni?" soal Jin sambil meraba-raba seluruh bahagian tubuhnya. Dadanya terasa rata. Rambutnya pun dah jadi pendek.
"Hyung dah jadi lelaki balik," sorok Jin,gembira.
Yoongi pula lekas membuka begnya dan mengambil cermin make up. Wajahnya ditilik.
"Aku dah jadi putih balik. Aku dah tak hitam!" Yoongi melompat-lompat gembira. Diorang dah kembali ke tubuh asal mereka.
"Alah,body aku dah tak sado. Tapi takpe,nasib baik abs comel aku ni still ada," Jimin buka bajunya,menekan nekan six pack di perutnya. Rambut pink Jimin pun dah tumbuh balik!
"So,sekarang...kita kat dunia asal kitalah," sampuk Namjoon,masih bingun.
"Yelah bangap! Kau dah lupa ke stor ni," balas Hoseok meluku kepala Namjoon.
"But,mana Taehyung! Bukan ke tadi dia dulu yang balik?" Hoseok melilau mencari Taehyung. Takde pulak Taehyung bersama mereka.
"Mungkin Tae kat rumah appa dia kot. Takpe,sekarang kita kena siapkan kerja kerja buang stapler ni. Kau nak ke,kita semua balik lambat!" ujar Jimin,mengerah kawan kawannya buat kerja.
* * * *
Cahaya yang terang memancar dari skrin tv yang tidak hidupkan itu. Pelik. Ajusshi Kim berundur beberapa tapak ke belakang,menjauhi tv tersebut apabila tv itu mengeluarkan bunyi pelik. Cahaya berwarna hijau yang terlalu terang menyebabkan lelaki tua itu terpaksa menutup matanya sekejap.
"Appa!"
Apabila ajusshi Kim membuka semula matanya,sekujur tubuh seorang lelaki dewasa berdiri tegak di hadapannya. Lelaki tersebut tiba tiba je muncul.
"Kau ni saper? Alien dari planet pluto ke? Tolonglah jangan culik aku," rayu Ajusshi Kim.
"Apa appa mengarut ni! Ni Tae lah,anak appa. Kim Taehyung," balas Taehyung lalu terus memeluk appanya erat.
Lidah ajusshi Kim menjadi kelu. Air matanya menitis keluar. Bertahun-tahun lamanya dia menunggu,akhirnya Taehyung pulang semula ke pangkuannya.
M
acam sudah nak percaya.
"Tae dah balik appa! Tae rindu sangat kat appa!" Taehyung menangis teresak-esak. Ajusshi Kim seakan akan tidak percaya,anaknya Taehyung sudah membesar panjang,menjadi seorang lelaki yang kacak.
"Semua orang anggap Tae dah mati. Semua orang anggap appa gila sebab appa masih percaya yang Tae masih hidup. Tapi betul sangkaan appa,Tae masih hidup! Appa mohon,tolonglah jangan tinggalkan appa lagi," Ajusshi Kim turut menangis gembira.
"Nae...Tae janji. Lepas ni Tae takan tinggalkan appa. Tae akan sentiasa berada di sisi appa,dan jaga appa baik baik,"kata Taehyung,lalu mengucup dahi appanya. Dulu appanya kacak,macam Chris Evans....tapi sekarang muka appanya dah berkedut. Dah tua!
"Appa still simpan mainan Tae!" Taehyung mengambil patung iron man kesayangannya itu. Patung tersebut dah buruk,tangannya pun dah tercabut.
"Masa appa takde,mainan mainan Tae ni lah yang menjadi pengubat rindu appa pada Tae," Ajusshi Kim mengusap lembut kepala anaknya itu. Dahi Taehyung dikucup.
"Tae,appa nak cakap ni yang....."
"Appa nak cakap apa. Cepatlah bagitahu Tae!"
"Appa nak kahwin lagi. Tak kesian ke kat appa,dah bertahun jadi duda. Hidup appa sunyilah tanpa pasangan. Lagipun,manalah tau kalau ada rezeki,appa boleh bagi kamu adik," terbeliak Taehyung dibuatnya. Mak aihh,appa nak kahwin lagi. Mampu ke dalam usia 60-an macam tu. Btw,Taehyung ni anak yatim. Omma dia meninggal masa Taehyung dilahirkan. So,appa Taehyunglah yang jaga Taehyung.
"Yelah! Tae setuju. Apa saja yang terbaik untuk appa,Tae sokong!" Taehyung bagi green light. Appanya bersorak gembira. Happy nampak nak kahwin lagi.
* * * *
Pukul 5.30 baru diorang semua dibenarkan balik selepas siapkan semua kerja kerja buang stapler pada majalah. Penat tu tak payah cakaplah,rasa nak putus jari dibuatnya.
"Kuku hyung dah calar! Hoseok,esok teman hyung gi saloon. Kita buat kuku!" adu Jin.
"Guys,jom pergi rumah Taehyung nak. Aku risaulah selagi aku tak jumpa dia!" kata Jimin. Kawan-kawannya yang lain mengangguk setuju. Mereka berjalan ke rumah Taehyung.
Rumah Taehyung yang dulunya buruk macam reban ayam dan renovate jadi baru. Perkarangan rumah pun dah nampak licin,dah takde lalang.
"Asal rumah ajusshi Kim jadi bersih ni?" soal Hoseok.
"Ntahlah! Mungkin tok penghulu kerah penduduk kampung bersihkan rumah ni kot!" teka Yoongi.
"Takpun,orang lain dah duduk rumah ni!" Namjoon mula fikir negatif. Mereka masuk ke perkarangan rumah.
"Ajusshi Kim! Taehyung! Korang berdua ada kat dalam ke!" jerit Jimin sambil mengetuk pintu utama.
Tidak lama kemudian,pintu tersebut dikuak dari dalam. Muncul Taehyung di hadapan mereka. Mereka terus memeluk Taehyung.
"Tae! Kau dah balik!"
"Yup! I'm here now. Korang,jemputlah masuk. Appa aku ada masakkan makanan untuk korang," Taehyung mengheret kawan-kawannya masuk ke dalam rumah. Kelihatan ajusshi Kim sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan.
"Tae,appa kau dah ok ke?" bisik Yoongi pada Taehyung.
"Dia oklah. Asal,kau ingat appa aku mental ke!"
"Ishhh kau ni,mana ada aku cakap cam tu!" Yoongi menepuk bahu Taehyung.
Bau aroma masakan Ajusshi Kim meruap ruap sampai ke ruang tamu. Sedap baunya.
"Jom makan. Aku tengah lapar ni!"Jimin kelihatan exicited masuk ke dapur. Namun,selera diorang semua terus terbantut bila nampak jus margarita turut dihidangkan di atas meja.
"Jemputlah makan. Aku tuangkan air ye!"
Masing-masing berwajah pucat.
Mamposlah!
JUMANJI-the end-
24/06/2018
Vote and comment. Sorry kalau part ni tersangatlah hambar. Btw,author nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada korang semua yang sudi baca dan vote ff merapu author ni. Bye gais! Kalau author ada masa,author buat Jumanji 2 pulak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro