Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 8

"Ok hyung,jom mulakan latihan. Hyung dengar baik-baik dan cuba tiru apa yang Hoseok buat ni. Untuk jadi penggoda yang profesional seperti Nur Sajat,kuncinya ialah Hyung kena buat mata-mata diorang hanya tertumpu pada hyung!" Hoseok memberi petua pada Jin terlebih dahulu. Jin mengangguk faham. Dato Aliff Shukri kan soulmate Sajat.

"Mula-mula,hyung kena pandai gerakkan rambut hyung. Bagi perempuan,rambut adalah mahkota yang paling berharga,"Hoseok menggerakkan rambutnya. Jin meniru apa yang dilakukan Hoseok.

" Sentuh rambut hyung perlahan-lahan,gerakannya dan jari hyung mesti lincah bermain dengan helaian rambut hyung,"kata Hoseok. Jin membetulkan rambutnya yang berserabai. Jari jemarinya bermain dengan hujung rambutnya.

"Ok,kemudian angkat kepala hyung ke atas biar rambut hyung turut sama bergerak!"

Jin mengangkat kepalanya laju ke atas membuatkan rambutnya turut beralun naik secara perlahan. Jin meniup helaian rambutnya yang sedikit menutupi wajah. Rambutnya disisipkan ke celah telinga. Jin nampak betul-betul seksi! Aummm! Kalah Sajat dan Syafiq Elias.

"Make sure yang mata hyung kena memandang tepat pada mata diorang,and jangan sesekali alihkan pandangan hyung ke bawah. Lepas tu,angkat kening hyung sikit,besarkan mata dan tajamkan pandangan hyung," Jin cuba tiru gaya mata yang Hoseok buat. Terkebil-kebil Jin mengangkat sebelah keningnya.

"Bagus! Hebatlah hyung ni! Now,kita belajar cat walk pulak ye. Masa hyung berjalan,hyung berjalan dengan lemah lembut. Pergerakan pinggang hyung mesti seiring dengan pergerakkan punggung hyung. Lelaki ni kalau tengok punggung perempuan pun dah boleh cair," Hoseok berjalan selangkah demi selangkah sambil perlahankan pergerakkan punggungnya. Jin cuba buat pergerakan tersebut. Mulanya memang susah sebab pinggang Jin agak kejung untuk dilentikkan dan punggung Jin langsung tak bergerak.

Jin mencuba beberapa kali sambil ditrain oleh Hoseok.

*    *    *    *

"Gais,aku dah berjaya latih hyung jadi perempuan. Kalau korang semua tengok Jin,mesti meleleh air liur," Hoseok dan Jin kembali semula pada geng-geng mereka.

"Yeke? Ada peluang kita nak kalah diorang tu," balas Jimin sambil memandang Jin atas bawah. Wow,Jin pakai make up. Setelah dilatih oleh Hoseok tadi,ternyata Jin dah betul-betul jadi perempuan. Diorang semua tak lepas memandang Jin.

"Pehal korang pandang hyung semacam je!" soal Jin,mula rasa seram sejuk.

"Hyung....makin seksilah!" Jimin menyentuh paha Jin yang gebu dan putih melepak. Tak pasal-pasal tangan Jin melayang pada pipi Jimin. Ni dah masuk kes meraba ni. Kurang ajor kau Jimin!

Seaplane yang menyaksikan gelagat mereka tergelak kecil.

"Korang semua ni memang perangai macam budak-budaklah. Aku ingat lagi,masa kecil-kecil dulu,appa aku selalu bagi tips pada aku kalau nak goda perempuan,mesti kena pandai tunjuk macho. Appa aku pantang kalau lelaki main raba raba perempuan ni. Appa aku kacak,nama dia Kim Tae Boh!" ujar Seaplane,teringkat akan appanya yang telah lama berpisah dengannya. Dia betul-betul rindukan appanya.

"Kim Tae Boh!" mereka memandang antara satu sama lain,seperti mengenali sebaris nama itu.

"Kenapa dengan nama appa aku? Kim Tae Boh! Aku tahulah nama dia buruk,tapi muka dia kacak macam Captain Amerika," balas Seaplane,mengangkat bakul appanya sendiri.

Jimin mengenggam erat bahu Seaplane.

"Nama sebenar kau Kim Taehyung kan,anak lelaki tunggul kesayangan Kim Tae Boh," Seaplane mengangguk dengan kata-kata Jimin. Diorang yang lain pula memandang Seaplane sayu. Jin dan Hoseok dah mengalirkan air mata.

"Jap,mana kau tahu pasal aku dah appa aku?"

"Ni aku,Park Jimin. Budak pendek yang selalu buli kau,budak yang selalu curi patung Ironman kau!"

Saeplane atau namanya sebenarnya Taehyung terus mati kata-kata. Air matanya mengalir keluar. Diorang terus memeluk Taehyung erat. Betapa rindunya mereka pada Taehyung setelah hampir 20 tahun mereka kehilangan Taehyung.

"Tae,kau dah 20 tahun menghilang!" ujar Yoongi.

Mata Taehyung membulat besar.

"Appa kau,sampai sekarang dia tak pernah berhenti tunggu kau. Semua orang anggap kau dah mati,polis pun dah tutup kes kehilangan kau tapi appa kau still percaya yang kau tak mati....kau masih hidup sampai orang ramai anggap appa kau gila," terang Jimin. Taehyung menahan sebak,air matanya keluar dengan laju menuruni pipi.

"Takpe Tae,kitorang akan berusaha bawa kau balik semula and jumpa appa kau. Kitorang janji!" Jin menepuk bahu Taehyung lembut,cuba memberikan Taehyung kekuatan.

"Terima kasih korang! Terima kasih! Aku tak sangka yang aku akan jumpa chingu-chingu aku balik! Gamawo!" Taehyung terharu,lekas mengheret tubuh kawan-kawannya ke dalam pelukan.

"Dah,jom mulakan misi kita. Hyung dah ready ni!" Jin tersenyum sinis.

*    *    *    *

Jin tertonggek-tonggek berjalan ke arah dua orang lelaki yang sedang berkawal di hadapan gudang.

Ahli BTS yang lain hanya memerhatikan Jin dari jauh melalui binocular.

"Pehal Jin-hyung jalan macam orang sakit buasir!" tergelak Yoongi dibuatnya dengan Jin ni. Hoseok menepuk dahinya.

"Dia dah lupa apa yang aku ajar pada dia," hancur harapan diorang. Untuk masa sekarang,diorang hanya mampu memerhati,kalau Jin gagal diorang akan segera melancarkan serangan.

"Hi abang-abang kacak!" Jin berhenti beberapa meter di hadapan pengawal-pengawal tersebut.

"Hi cik adik! Buat apa sorang-sorang diri kat sini?" balas diorang.

Jin mula bermain dengan rambutnya. Jin flip rambutnya sambil memandang lelaki-lelaki tersebut dengan pandangan yang tajam.

"Boleh tolong I tak? I rasa I dah tersesat!" kata Jin dengan nada suara yang halus.

"Sesat?"

"Ya! I dah tersesat ke dalam hati you!"Jin mengenyitkan matanya sambil menggigit sedikit bibir bawahnya seperti yang Hoseok ajar.

"Hi cik adik,buat apa kat sini?"lelaki-lelaki tersebut langsung tak menunjukkan sebarang reaksi yang diorang stim dengan Jin. Tapi Jin still mencuba.

"Abang-abang semua nak tak dengar satu cerita?" Jin cuba membuat sesuatu.

"Cerita apa?"

"Cerita cinta kita!" Jin buat pick up line. Hambar betul. Langsung tak buat lelaki lelaki tu cair. Diorang ni takde perasaan ke apa? Jin dah mula rasa give up.

"Hi cik adik,buat apa kat sini? Kalau takde apa-apa,baik cik adik pergi dari sini," kejamnya! Diorang siap halau Jin lagi. Hancur hati Jin dibuatnya.

Jin mengalihkan pandangan dari lelaki tersebut. Nak nangis rasanya.

"Come on Jin,kau tak boleh mengalah,kau tak boleh gagal. Kau kena buktikan yang kau lagi hebat dari Sajat dan Syafie Ellias!" Jin menguatkan semula semangatnya. Terlalu awal dia mengalah.

Radio yang berada di atas kerusi berdekatannya tiba-tiba saja berbunyi,memainkan lagu As If Its Your Last dari Akak Blackpink.

"Abang-abang pandai menari tak? Jom menari sama-sama!" Semangat dari akak akak blacpink seperti diserap masuk ke dalam tubuh Jin,membuatkan Jin semakin seksi.

Jin mendekati lelaki-lelaki tersebut. Tangannya bermain pada dada lelaki tersebut sambil mengeliling lelaki itu. Jin menggerakkan tubuhnya mengikut irama lagu. Diorang macam sedikit terbuai.

Ketika itu jugak,ahli-ahli BTS yang lain mula bergerak menuju ke arah gudang. Mereka perlahan-lahan menguak pintu gudang. Bila lelaki tersebut cuba mengalihkan pandangan ke arah mereka,Jin lekas memusingkan semula kepala lelaki tersebut. Jin memegang kedua-dua belah pipinya sambil bermain dengan rambut lelaki tersebut. Lelaki itu hanya memandang Jin,matanya kelihatan bundar seperti terbuai dengan belaian manja dari Jin.

Ahli BTS berjaya memasuki gudang tersebut. Terdapat pelbagai jenis kenderaan di dalamnya dari sekecil basikal hingga sebesar bas. Kereta Ferari pun ada.

"Nak ambil kenderaan yang mana satu ni?" Taehyung meneliti satu persatu kenderaan yang ada. Pening kepalanya untuk membuat pilihan.

Hoseok dan Jung Kook tengah menyaksikan agenda menggoda Jin melalui tingkap. Jin sedang mengheret leher salah seorang lelaki itu ke bawah. Lelaki tersebut cuba mencium bibir Jin dan meraba buah dada kesayangan Jin,tapi Jin lekas menumbuk leher lelaki tersebut. Lelaki di sebelah Jin cuba menyerang Jin,namun Jin bertindak menendang celah kangkang lelaki tersebut. Lelaki tersebut memegang alat sulitnya,menahan kesakitan dengan muka yang berkerut seribu.

Lelaki pertama melayangkan penumbuk ke arah Jin,Jin pantas memegang tangan lelaki itu erat,pusing 360° sehingga tulang-tulangnya patah berkeriut. Jin kemudiannya menendang perut lelaki tersebut.

Lelaki kedua pula menolak Jin sehingga terpelanting ke tiang bangsal. Jin menghantukkan kepalanya pada lelaki tersebut. Jin memanjat pada tubuh lelaki itu,kakinya berpaut pada leher lelaki tersebut. Jin memusingkan tubuhnya ke bawah,lelaki tersebut terdorong menghempas permukaan tanah.

Jin melompat tinggi di udara. Dia membuka kakinya,dan kedua dua belah kakinya itu dihalakan ke arah kedua-dua kepala lelaki tersebut. Kedua-dua lelaki tersebut terkulai layu di atas tanah,tak sedarkan diri di belasah oleh Jin. Power gila Jin ni.

Jin berjalan menuju ke arah gudang. Bangsal yang menjadi tempat berteduh lelaki tersebut runtuh menghempas mereka berdua. Kelihatan Jung Kook dan Hoseok sedang melambaikan tangan dan bersorak ke arah Jin. Jin masuk ke dalam gudang,disambut oleh kawan-kawannya.

"Daebaklah hyung. Hyung dah macam Wonder Woman dah Jung Kook tengok!" puji Jung Kook,memeluk Jin erat.

"Tengoklah sape yang ajar!"celah Hoseok.

Melalui cermin tingkap,Yoongi melihat beberapa buah motosikal sedang laju menuruni bukit,menuju ke arah gudang tersebut.

"Woi,kita kena cepat. Geng penyangak bermotor tengah menuju ke arah gudang ni," Yoongi memaklumkan pada kawan-kawannya yang lain.

"Apa kata kita ambil je helikopter ni. Senang sikit nak larikan diri dari diorang. Tae,kau pilot kan? Tentu kau boleh drive helikopter ni," cadangan Jimin membuatkan muka Taehyung terus berkerut seribu. Dia terus menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan cadangan Jimin.

"Kan aku dah cakap,aku bukan pilot yang handal. Apa kata kita naik je bas ni! Lebih selamat," Taehyung cuba menolak cadangan dari Jimin.

"Tae,tolonglah. Kita tengah terdesak sekarang ni. Kau je yang boleh kitorang harapkan sekarang," Namjoon mendesak. Taehyung jadi tertekan,mengusutkan rambutnya.

"Tolonglah jangan paksa aku. Aku cuma tak nak korang semua mati. Aku takut kalau kita semua akan terkorban nanti kalau aku drive helikopter ni," kata Taehyung.

"Aku tahu kau boleh buat Taehyung. Kitorang semua percayakan kau and kitorang yakin kau boleh! Ingat Tae,kau salah satu kunci untuk kita sama sama keluar dari sini," Jin cuba menyakinkan Taehyung.

"Betul kata Jin-hyung tu. Kau tak perlu takut Tae. Sekarang kau cuma perlu percaya pada diri kau sendiri. Kau nak ke kitorang semua kena tangkap," Jimin memberi kata kata semangat pada Taehyung,menangkan sahabatnya itu yang nampak takut dan trauma.

Jimin menghulurkan anak kunci helikopter pada Taehyung. Taehyung memandang anak kunci itu lama.

"Baiklah,aku akan lakukannya. Seaplane McDonough sedia bertugas," Taehyung menganggukkan kepalanya. Anak kunci tersebut bertukar tangan.

*    *    *    *

Geng penyangak bermotor mengepong gudang tersebut. Masing-masing bersedia dengan senapang dan bazoka di tangan.

Gudang tersebut bergegar. Bunyi enjin bergema dari dalam. Angin bertiup menerbangkan debu debu tangan di sekelilingnya. Helikopter yang dipandu oleh Taehyung merempuah keluar dari gudang tersebut,terbang naik di udara. Geng penyangak bermotor melancarkan tembakan bertubi-tubi ke arah helikopter tersebut.

Taehyung cuba mengelak tembakan yang datang dari arah belakang helikopter. Pandu helikopter ni bukan mudah macam pandu kereta. Salah satu tembakan tersebut terkena pada rotor helikopter. Pusingan rotor menjadi perlahan,helikopter bergerak tanpa hala tuju,semakin nenurun ke bawah.

Taehyung cuba mengawal helikopter tersebut untuk naik semula tetapi gagal. Kemungkinan besar,bahagian rotor mengalami kerosakkan.

"Tae,apa dah berlaku ni?"soal Yoongi,dengan muka yang pusat.

"Rotor helikopter dah rosak. Helikopter ni akan jatuh," balas Taehyung. Inilah yang Taehyung takutkan. Helikopter semakin menjunam ke bawah sehingga terlanggar pokok pokok berdekatannya.

"Kita akan mati!" jerit Yoongi. Masing-masing memaut kemas pada seat.

"Tae,buatlah sesuatu!" desak Jimin memandangkan mereka mungkin akan maut nanti sekiranya helikopter tersebut terhempas jatuh.

"Helikopter ni akan terbang naik selagi rotornya tidak dibaiki,"

Panggg! Panggg! Panggg!

Bunyi gegeran yang sangat kuat datang dari belalang helikopter. Yoongi menjulurkan kepalanya keluar helikopter untuk melihat keadaan di belakang helikopter.

"Badak sumbu Albino!" Terbeliak biji mata Yoongi apabila melihat sekumpulan badak sumbu besar sedang mengejar helikopter mereka dari belakang. Di hadapan mereka pula terdapat bukit hanya beberapa meter saja. Helikopter mungkin akan terlanggar bukit tersebut dan dilenyak oleh kumupulan badak sumbu. Habislah.

"Jimin,aku nak kau baiki rotor helikoptor ni. Kau kena sambungkan balik batang pengendali pada cakram yang kat bawah rotor," terang Taehyung. Jimin mengangguk faham sambil mulutnya terkumat kamit menghafal apa yang perlu dia buat.

"Hati-hati Jimin!" kata Taehyung,melirik ke arah Jimin dengan penuh berharap. Jimin mengangguk. Tanpa berlengah Jimin memangat ke bahagian atas helikopter. Kedua dua tangannya berpaut pada bumbung helikopter dan kakinya pula berpijak di hujung pintu masuk. Sambil itu,Jin memegang kaki Jimin erat,takut takut Jimin jatuh.

Helikopter semakin berpijak pada permukaan tanah. Kumpulan badak sumbu tersebut pula menanduk bahagian ekor helikopter menyebabkan helikopter bergegar. Ia sedikit menyukarkan Jimin membuat pembaikian pada rotor.

Jimin menggapai batang penyambung. Sebelah tangannya lagi memegang erar cakram di bawah rotor. Jimin cuba menyambungkan kedua dua bahagian itu tetapi gagal kerana helikopter bergegar.

"Cepatlah Jimin!" Taehyung sudah bersedia memegang stereng. Helikopter semakin menghampiri bukit di hadapannya.

"Sikit lagi!" beberapa kali cubaan,akhirnya Jimin berjaya menyambungkan semula batang penyambung dengan cakram. Taehyung terus mengawal stereng,menaikkan semula helikopter ke udara.

"Yeahhh! Kita dah berjaya!" sorak mereka. Jimin dan Taehyunglah yang paling banyak berjasa. Yang lain hanya tahu menjerit je.

Yoongi siap menari lagi,ajal belum sampai lagi gais. Tanpa Yoongi sedar,permata Jumanji yang berada di dalam begnya terluncur keluar,bergolek jatuh ke tanah.

"Tae,ummmm.....boleh tak kau patah balik ke tempat tadi. Aku rasa.....aku dah jatuhkan permata tu!"kata Yoongi menggaru garu kepalanya sambil tersenyun kambing.

"Apa!!!" helikopter tersebut bergegar dengan jeritan highnote Jin.

"Sorrylah! Aku tak sengaja!"

"Sorry kepala hotak kau!"Yoongi kena maki berjemaah oleh diorang. Troublemaker betullah Yoongi ni. Haishhh!

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro