Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 2

Encik Park membawa mereka ke stor sekolah,iaitu tempat di mana segala jenis barang buruk buruk di simpan di sana.

"Stor ni akan dijadikan makmal komputer tak lama lagi. So,saya nak kamu kemaskan stor ni. Tengok tu,kat atas meja tu berlambak dengan majalah. Majalah majalah tu akan dikitar semula,so tolong buang stapler stapler pada majalah tu ye. Siapkan semua kerja kerja kamu,barulah saya benarkan kamu balik. Faham!"

Tanpa banyak soal,mereka menganggukkan kepala dan akur dengan arahan Encik Park.

"Bagus. Untuk mengelakkan kamu semua lari dari sini,saya akan kunci stor ni. Bye!" Encik Park keluar dari stor dan mengunci pintu stor. Tinggal mereka berenam kat dalam stor.

"Kejam gila Encik Park. Rasa nak je aku conteng kereta MyVi dia dengan lipstik," Jin ambil majalah majalah tersebut dan buang stapler dengan menggunakan gunting. Jung Kook,Jimin dan Namjoon turut membantunya. Yoongi pulak sedang susun barang barang di rak.

"Tulah. Encik Park tak habis habis back up pengawas setan tu. Siaplah nanti aku akan balas balik apa yang diorang dah buat pada kita," tambah Namjoon,nampak betul betul marah.

"Korang,sorry wei disebabkan aku korang semua kena denda." kata Jimin menyalahi dirinya atas apa yang berlaku.

Namjoon mencubit pipi Jimin manja. Bahu Jimin ditepuk lembut.

"Bukan salah kau pun Chim. Semua ni disebabkan pengawas setan tu. Aku lagi suka kena gantung sekolah. At least kita boleh holiday puas puas. Kat sekolah ni cam neraka," mereka tergelak kecil. Betul jugak kata kata Namjoon tu.

Yoongi belek DVD player yang dia jumpa dari kotak barang barang lama. Cam menarik je benda ni.

"Hoseok,aku jumpa DVD playerlah," kata Yoongi menayang DVD player tersebut pada Hoseok.

"Mana kau jumpa benda ni?" soal Hoseok.

"Kat dalam kotak Donate tu. Mungkin ada orang yang tak nak guna and derma benda buruk ni masa Program Kebajikan sekolah hari tu. Aku rasa benda ni still berfungsi lagi kot. Apa kata jom kita main game nak? Boring gila ni sia," Yoongi bagi idea yang bernas.

Jung Kook,Jimin, Namjoon dan Jin datang mendekati mereka berdua.

"Banyak la kau,habis tu kerja kerja ni semua saper nak siapkan. Kau nak ke kita terkurung kat sini sampai esok,"balas Jin yang sedang sibuk membuang stapler pada majalah.

" Alah,rileklah hyung. Kita main kejap je lepas tu kita sambunglah balik kerja kerja ni,"Jung Kook menyokong Yoongi. Kebetulan ada sebuah kecil yang buruk berdekatan mereka. Jimin hidupkan tv tersebut dan sambungkan DVD player itu. Skrin tv menyala. Tertera satu tulisan pada skrin tv.

Permainan untuk mereka yang ingin mencari jalan untuk meninggalkan dunia ini.

"WELCOME TO JUMANJI!"

Tv tersebut mengeluarkan suara. Satu tulisan lagi muncul di skrin

Select character.
1)Jefferson Seaplane
McDonough
juruterbang dan penyangak.

2)Franklin Moose Finbar
pakar zoologi

3)Dr.Smolder Bravestone
pakar arkeologi

4)Shelly Oberon
genius bertubuh montok

5)Captain Alex Dawson
jurulatih tentera

6)Ruby Roundhouse
pembunuh kaum lelaki

7)Dato Aliff Shukri
penjual produk kosmetik yang bankrap

Tertera tujuh karakter berbeza di skrin. Yoongi mengambil alat kawalan dan menklik pada bulatan karakter pertama

"Tak boleh la wei,"

"Cer try klik yang lain," arah Jimin pada Yoongi. Yoongi memilih character yang kedua dan berhasil. 

Seterusnya Jimin,dia memilih character yang ketiga. Diikuti oleh Jung Kook yang memilih character keempat.

"Jin hyung,marilah join sekali. Best ni!" Jimin mempelawa Jin.

"Tak naklah," tolak Jin. Hoseok terus menarik Jin ke arah tv. Alat control game diberikan pada Jin.

"Hyung,please....kali ni je. Kita main sama sama ye," Hoseok merayu dengan membuat muka comelnya.

"Yelah,tapi asal bagi kat hyung karakter perempuan," Jin mengklik pada character Ruby Roundhouse.

Namjoon memilih character yang kelima dan character yang terakhir dipilih oleh Hoseok. Kesian kau hoseok. Tabah jelah bila kau jadi Aliff Shukri nanti.

"Woi,asal kau bagi character mamat nama pelik ni kat aku. Tak naklah. Entah apa apa je Aliff Shukri ni," omel Hoseok.

"Redo jelah. Dah character tu je yang tinggal!"

Jimin menekan butang start.

"WELCOME TO THE JUMANJI!"

Skrin tv menayangkan gambar beberapa jenis haiwan liar. Serentak itu,bunyi seperti suara monyet,burung dan gajah bergema di dalam stor tersebut.

"Apa dah jadi ni wei?" Hoseok mula panik. DVD player itu mengeluarkan cahaya berwarna hijau terang.

"DVD player ni ada problem. Mungkin berlaku litar pintas," kata Jimin cuba memeriksa DVD player tersebut. Cepat cepat Jimin menarik plag tv dari soket. Cahaya hijau itu semakin terang.

Tubuh Jimin bertukar menjadi debu pasir yang halus dan diserap masuk ke dalam tv.

"Wei,pehal ni? Jimin dah kena telan!"

Mereka pun sama. Sorang demi sorang tubuh mereka bertukar kepada debu debu pasir dan diserap masuk ke dalam tv.

Vote and comnent.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro