10
"Kita nak pergi mana lepas ni?" aku memandang ke luar tingkap, tiada lagi bangunan tinggi yang mencucuk langit, tiada lagi banjiran kereta di jalan raya, yang aku lihat cuma air laut dan permandangan hutan yang menenangkan.
Dia nak buang aku ke?
"Kita nak balik rumah percutian aku."
"Rumah percutian? Kita nak pergi bercuti ke?"
Dia memandangku lama. Aku mulai cuak, perlahan-lahan aku menundukkan wajah.
Jari runcingnya mengangkat wajahku, automatik, mata kami bertemu. Jangan cakap-
"Aku nak luangkan masa dengan kau, supaya kau dan aku lebih kenal dengan sikap dan sifat masing-masing, got it?" katanya setelah bibir kami bersatu.
Ah, dia ni memang senang dijangka. Aku yakin dia akan kiss aku. Kenapa aku suka pulak ni?
"Oh."
"Kenapa? Kau tak suka?" tanyanya lagi.
"Suka, tapi baju saya?"
"Baju? Yubin, semua tu tak penting okay. Janji kau ada dengan aku."
"Habis, kalau saya tak pakai baju-" belum sempat aku habis memarahinya, dia memotong percakapanku.
"Biarlah, aku lagi suka."
"Jaem!" aku mencebik, dari semalam lagi isu baju ni tau.
"Jaem? Jadi itu nama manja aku ya? Hm, aku suka."
Dia tersenyum lagi, tanganku dilarikan ke pehanya, sambil kuat mengengam tanganku, dia berkata-kata manis lagi. Kata yang mematikan lidahku, kelu dan beku.
"Apa saja kau nak, aku akan bagi Yubin. Tiada bayaran balik untuk semua tu, aku cuma kau mahu terima aku, dengan ikhlas. Aku sayangkan kau. Dan aku sangat yakin dengan itu."
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro