Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06

Pagi itu, Yubin hanya meneruskan tidurnya kerana dia sudah terlampau penat. Jaemin, selesai saja aktiviti tadi, dia terus mandi dan turun untuk menyelesaikan kerja penting.

Jeno menapak masuk master room milik Jaemin. Tatkala pintu dibuka, jelas kelihatan Yubin yang sedang nyenyak tidur berselimut tebal.

Mata Jeno tertumpu pada bahagian bahu yang terdedah, milik Yubin. Jujur katakan, selera Jaemin dan dia lebih kurang sama. Tapi dia sedar, dia tidak boleh melebihi lelaki itu. Apatah lagi memiliki Yubin.

"Cik, bangun." tangannya menguis lengan Yubin.

Matanya terlihat lagi beberapa kesan lebam di leher dan dada gadis itu. Itu pasti angkara Jaemin.

"Cik, bangun dan mandi. Tuan nak bawak cik keluar."

Yubin tersedar apabila Jeno berbisik di telinganya. Cepat-cepat dia menjauhi Jeno.

"Jangan sentuh saya!"

Dipandang lagi wajah Yubin. Rambut lurus dan hitam berkilat. Matanya bundar lengkap dengan bulu mata lentik. Muka kecil dan cantik. Padanlah Jaemin tiba-tiba mahukan dia

"Tiada siapa yang akan sentuh cik kecuali Tuan Jaemin. Sekarang mandi dan turun makan, tuan nak bawak cik keluar." ucap Jeno tegang.

"B-baik."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro