Aku berlari masuk ke balai polis.Aku tak kisah apa nak jadi lepas ni.Aku menyesal!
Aku berjalan lemah ke kaunter perkhidmatan.Namun mataku tertancap pada Seungwoo dan juga lelaki comel. Ku kira itu ialah abang Younghee.
"Seungwoo.." mataku merembeskan air mata.
"H-hyun ah?"
Aku berlari ke arahnya.Badannya aku peluk sambil aku menangis teresak-esak di dadanya.
"Maafkan I...I salah.."
"Apa maksud kau?" tanya oppa Younghee.
"I..."
"Jawabla!" jerit oppa Younghee.
"Sabar Youngmin.. Hyun ah..apa yang terjadi? Kenapa muka kau? Dan kenapa kau datang balai polis ni?"
"Fasal Younghee."
Kemudian aku menayang muka serius.
"Aku nak buat keterangan fasal kes culik."mataku mengalirkan air mata sekali lagi.
🌻🌻🌻
"Chagi...bangunlah sayang..yeobo dah masakan makanan khas untuk sayang." bibirnya menguntum senyum.
Namun tiada tindak balas diberi.Pantas tangannya mencengkam kuat rambut Younghee menyebabkan Younghee tersentak dari tidur.
"Yeobo cakap bangun! Meh sini yeobo suap chagi makan!"
Air mata Younghee mengalir laju tatkala dilayan sebegitu.Dia lantas menganggukkan kepala kerana takut dilayan keras lagi.Younghee sedar badannya masih lemah.
"Aaaaa.." Taehyung menyuapkan bubur ayam ke dalam mulut Younghee.
"Huk huk!"
"Chagi? Wae?"
"Air..air..aku tercekik!"
Air dihulurkan ke Younghee. Namun,Taehyung menarik semula pemberian itu.
"Aip..panggil yeobo apa?"
"Aku nak air!" permintaan Younghee hanya menerima gelenggan daripada Taehyung.
"Panggil yeobo apa?"
Air mata Younghee kembali menitis.Dia tak sangka kejadiannya seperti ini.Di manakah omma dan oppa nya? Kenapa mereka tak datang ambil Younghee?
"Yeobo..nak air.."
Taehyung tersenyum simpul mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Younghee.Kemudian air disuakan untuk Younghee minum.
Tiba-tiba satu rempuhan memeranjatkan mereka.
"Sila angkat tangan! Kim Taehyung. Kamu tak dibenarkan bergerak!" gertak seorang anggota polis sambil pistol dihunuskan ke arah Taehyung.
Taehyung kaget.Lantas tubuh Younghee dicempung sebelum kakinya melangkah pantas merempuh anggota polis tadi.Younghee hanya menjerit ketakutan.Kepalanya terasa sakit disebabkan pergerakkan keras tersebut.
Belum sempat Taehyung melangkah keluar dari rumah,lengannya ditembak oleh anggota polis.Younghee yang sudah pengsan dalam dukungannya juga turut rebah ke lantai.
"Mianei Younghee. Saranghae." Air mata Taehyung juga turut mengalir bersama-sama darah yang laju keluar dari kesan tembakan yang terlepas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro