Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌻17🌻

Deringan telefon menganggu tidurku.Panggilan daripada boss aku jawab.Sayup-sayup, kedengaran suara boss yang agak cemas.

"Younghee, datang rumah saya sekarang! Dongpyo demam."

"Mwo? Nae saya datang sekarang!"

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.Aku memandu kereta oppa meredah embun ke rumah boss setelah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa Dongpyo demam.Kelihatan boss telah menunggu di hadapan rumahnya sambil mendukung Dongpyo. Apabila aku sampai sahaja, dia memasuki kereta dan kami bertolak ke hospital.

"Younghee.. Jangan bawak laju-laju."

"Oh nae..sorry boss." aku tersengih malu.

Aku lihat wajah Dongpyo pucat sekali.Aku tak menyangka kalau dia akan demam.

"Tadi dia ok je boss.Cuma harini dia tak banyak bercakap dengan saya..pastu tadi dia cakap dia nak tidur awal. Tak tahu pulak dia demam."

"Dia asyik meracau je lagi tadi." kata bossku sambil mengusap belakang Dongpyo.

Sampai di hospital,aku mencari parkir sementara boss membawa Dongpyo mendapatkan rawatan.

Nama pon hospital..bukan klinik.So tak boleh parkir sesuka hati.Kita kena senangkan orang lain jugak kan?

Aku kembali ke ruang menunggu.Boss sedang duduk di situ.Entah kenapa,aku turut gusar melihat dia dalam kebimbangan begitu.

"Boss? Dongpyo mana? Dia ok tak?"

"Oh..dia dah masuk kat dalam.Doktor suruh aku tunggu luar."

Aku mengangguk faham.

"Younghee.."

"Aku menoleh ke arahnya."

"Thanks sebab susah payah tolong aku hantar Dongpyo ke hospital."

"Haha..apa boss cakap ni? Memang tugas saya sebagai penjaga Dongpyo. No hal la.."

Keadaan sunyi kerana hanya aku dan boss sahaja di ruang menunggu tu.

"Dongpyo..dia meracau fasal omma dia."wajah boss kelihatan sedih.

Aku hanya memasang telinga sahaja.

"Kan bagus kalau dia masih ada."

Suara boss bertukar serak.Aku memahami boss.Dia terlampau rindukan mendiang isterinya.Dongpyo jugak.Tapi dia sedar yang dia perlu kuat dan menyara Dongpyo. Namun,kekuatannya semakin lemah..kerana rindu yang terlampau.Sama seperti omma.

Aku mengurut lembut belakang badannya.

"Takdir hidup kita semua dah ditetapkan.Mungkin kita boleh ubah takdir hidup kita,tapi boss..kehilangan, perngorbanan itu diluar kawalan kita.Bila terjadi macam tu..kita hanya perlu berdoa dan bersabar.Younghee percaya..satu hari nanti..boss mesti berpeluang dapat kebahagiaan.Boss janganlah risau fasal Dongpyo.. Dia budak yang bijak.Dia akan faham suatu hari nanti.Ok?"

Seungwoo tersenyum memandangku.Aku lega dapat menenangkan boss.Dia pasti sangat sedih.

"Ibu bapa Han Dongpyo." nurse memanggil nama Dongpyo menyebabkan kami meluru ke arahnya.

"Ini surat untuk ambil ubat..Dongpyo boleh balik dah.Dia dah sedar..dia panggil omma dia ya."

"Boss ambil ubat.Saya bawak Dongpyo ke kereta."

"Nae."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro