
🌻03🌻
Selepas memasak makan malam arahan boss dinginku, aku menemani Dongpyo gosok gigi.
"Aunty..kenapa kita kene gosok gigi?Kat sekolah pon cikgu Dongpyo pesan supaya gosok gigi."
"Kita kene gosok gigi..supaya gigi sihat.Mana tahu esok ada monster datang kacau Dongpyo.. Huarggg.." sergah Younghee lantas tangannya mengeletek pinggang Dongpyo.
"Huargg...hahahaha..aunty..geli geli..pinggang Dongpyo geli.."
"Hahaha.."
"Kenapa pulak kalau monster datang?"
"Nanti Dongpyo boleh la gigit monster tu..sebab gigi Dongpyo kan sihat."
"Oh..macam tu rupanya.."
Aku menyambung memberus gigiku.Kenapa aku pon gosok gigi? Sebab Dongpyo tak nak gosok gigi kalau aku tak gosok jugak.
"Aunty..macam mana ni??!!!"
"Kenapa sayang?" aku cemas.
"Dongpyo termakan colgate!!"
"La..tak pe la..sekali sekala..nah..aunty pon termakan jugak..hahaha.."
"Rase strawberry la aunty..aunty punya rasa apa? "
Colgate berperisa arang milik boss ku aku belek...arang? Macam mana nak terangkan kat Dongpyo kalau dia tanya apa rasa arang ek? Parah ni..
"Aunty?"
"Rasa...kasih sayang Dongpyo.. Eh?" muka comel aku tayangkan.
"Hahaha..aunty ni sweet la.."
"Sweet lagi Dongpyo yang comel ni.." pipinya aku cuit.Dia ketawa kegelian.
Tanpa Younghee sedari..seseorang memerhatikan mereka dalam diam.
🌻🌻🌻
"Bagus la kalau dia layan Dongpyo dengan baik." bisik hati lelaki Seungwoo.
Nampaknya Younghee dengan Dongpyo dah makan dulu sebab aku terlambat balik.Lepas mandi nanti baru makan la..
Kelihatan Younghee sedang menunggu seseorang menjemputnya pulang.Sementara dia belum balik..ada baiknya aku berbual dengan dia..tak salah kan kalau aku tanya fasal perkembangan Dongpyo.
"Mana oppa ni?"mukanya berkerut menanti panggilan telefonnya dijawab.
" Belum balik lagi?"
"Oh boss." muka gelabah terhias diwajahnya..memang suka menggelabah eh? Garang sangat ke aku ni?
"Tunggu boyfriend ye?"
"Urmm..ye hehe."
Belum sempat aku mengutarakan soalan seterusnya,telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.
"Oppa kat mana?"
"Ada ni hah kat cool station, beli boba jap."
"Kat kedai boba? Buat apa kat sana?"
"E eh kau..kira beruntung la
oppa nak belikan kau boba eh..oppa cancel beli kang..padan muka kau yang cam beruk tu."
"Oppa nak belikan boba? Alolololo..sho shweet.."
"Ha dah..gerak lu..kau tunggu jap..nanti oppa datang."
"Okay."
Perbualan dengan namchinnya agak sweet. Entah kenapa hatiku sensitif.Aku jealous ke sebab aku tak ada pasangan?
"Boss?"
Aku tersentak.Matanya yang berwarna coklat menyapa pandanganku.Entah kenapa jantung aku berdegup pantas.
"Aku masuk dulu."
"Nae.."
🌻🌻🌻
Setelah puas melantak boba pemberian Youngmin oppa.. Aku mula ngantuk.Baru sahaja mataku layu..Tiba-tiba telefonku berbunyi.
"Hello.."
"Im Younghee..kau ada masukkan serbuk kacang ke dalam kuah tadi?"
Aku berfikir sejenak..memang aku ada tambah serbuk kacang tadi.
"A- ada boss.."
"Aku alah kacang dan kau dah buat aku dalam susah Younghee!" kedengaran nadanya sedikit marah.
"Ampun boss!"
Aduhai..masalah apa lagi yang kau buat ni Younghee..
Malam tu aku tidur dengan gelisah kerana memikirkan kesalahan besar yang tanpa sengaja aku lakukan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro