Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝟒.𝟐

Syafiq P.O.V

"Kau buat apa tu? Takkan itu je kerja kau?" Aku menegur Latif yang duduk di kerusi sambil bermain game di telefon pintarnya.

"Kejaplah. Boss takde dekat pejabat," Balas Latif tanpa memandang ke arahku kerana terlalu fokus pada skrin telefon.

Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai Latif.

"ABANG!"

Aku terkejut dengan jeritan yang cukup kuat tu. Sakit telinga aku. Tapi sakit tu cuma sebentar, sebelum sakit yang lebih perit lagi datang.

"Abang buat apa dekat sini?"

Mataku terbuka luas akibat terkejut dengan kehadiran adik di situ.

"Abang, errr tengah, ermm..," Tidak mampu aku untuk menjawab soalan Rina itu.

"Abang kerja juga?"

Aku tak sempat balas apa-apa, dia lagi laju memotong.

"Rina dah cakap tak payah kan? Kalau abang kerja ni untuk jaga kebajikan Rina, please don't. Just mind your own business!" Suaranya meninggi.

Kenapa Rina marah sangat?

Aku baru nak pujuk Rina tetapi si Latif ni pula lagi laju.

"Rina, awak ni dah kenapa? Orang dah nak jaga awak tu elok-elok. Cuba hargai sikit. Syafiq tu nak yang terbaik untuk awak," Kata Latif dengan matanya yang masih tak lenggang dari skrin telefon.

"Jangan nak masuk campur, boleh? Ini urusan saya dengan abang saya. Awak abang saya ke? Just go," Rina membalas dengan kasar.

"Adik, stop. Ramai orang tengok ni. Jom kita balik. Kita bincang dekat rumah." Aku berkata dengan lembut mana tahu boleh sejuk juga hati seorang Rina ini.

Maybe adik aku tengah 'datang bulan'. That's why mood melayang.

"Okay, so meet me at home." Rina memberi kata terakhir sebelum berjalan balik ke rumah.

"Kau nak balik dah? Waktu kerja tak habis lagi ni." Kata Latif tetapi kali ini matanya sudah tertancap padaku.

Pandai pula tengok orang dia ni. Dari tadi melekat je dekat telefon tu. Ceh. "Yalah kan. Nanti tinggal kau dengan Mimi je."

"Jangan ikut sangat cakap adik kau. Sometimes, sebagai seorang abang, kau kena berkeras juga dengan dia," Latif memberi nasihat kepadaku.

Aku cuma mendengar ayat Latif kosong.

"Well, aku cakap je. Sebab aku pun ada adik, so aku tahu and aku rasa apa yang kau rasa." Tambahnya lagi.

Aku membiarkan lagi kata-kata Latif itu. Patutkah aku balik?

Syafiq P.O.V end

¶:)¶

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro