𝟐.𝟐
Keesokan paginya.
"Abang, Rina dah nak pergi sekolah ni." kata Rina sambil berlari pergi ke pintu rumah.
"Abang ingat adik, eh Rina, nak sambung cuti. Kenapa nak pergi sekolah pula ni?" tanya Syafiq.
"Dari duduk rumah nak sedih saja baik pergi sekolah. Tambahkan lagi sedih," kata-kata terakhirnya sengaja diperlahankan sedikit supaya tidak didengari oleh Syafiq.
"Apa Rina kata?"
Rina menggeleng. "Nothing."
"Abang dah buat sarapan. Makanlah dulu sebelum pergi sekolah." Syafiq segera ke dapur untuk memberi sedikit sarapan untuk diberikan kepada Rina.
"Oh? Okay." Rna pun berjalan menuju ke meja makan.
Semasa di meja makan, dia menitiskan lagi air matanya.
"Adik, kenapa ni?" Syafiq mulai resah melihat air yang jatuh dari mata kecil adiknya. Dia bertanya sambil berjalan mendekati Rina.
"Rina rindu masakan mama and papa." Kata Rina terhenti.
Syafiq hanya memandang adiknya sayu. Tidak boleh dinafikan bahawa yang dia juga rindu akan masakan mama dan papanya.
Perasaan kesal mula menyinggah setelah Syafiq teringat bahawa dia tidak pernah berniat untuk belajar memasak dari kedua mama dan papanya.
Syafiq yang cuba untuk menahan air matanya juga berlalu pergi ke biliknya. "Nanti nak pergi sekolah, bagitahu. Abang nak masuk bilik jap."
Rina hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian.
"Abang! Rina nak pergi sekolah dah ni!" Jerit Rina dari dapur.
"Okay, jap!" Balas Syafiq pula.
"Abang nak pergi mana? Wangi-wangi ni?" Rina musykil melihat pemakaian abangnya. Nak duduk rumah, tapi takkan sampai nak berwangi-wangian.
"Oh, wangi ke? Abang nak pergi cari kerja. Tak tahu balik bila. Nanti adik balik, jaga diri ya?" Pesan Syafiq sambil memakai kasut sneakers miliknya.
"Untuk apa?" Tanya Rina lagi. Sesi soal jawab bersama Rina hampir bermula.
"Untuk cari duit makan kita lah. Oh ini duit bekal untuk adik harini." Syafiq menghulurkan duit yang bernilai RM 5 kepada Rina.
"Tak payahlah, abang. Tak payah susah-susah. Rina boleh jaga diri sendiri lah," Rina menepis tangan abangnya yang cuba untuk memberikan duit kepadanya.
"Adik, janganlah macam ni. Abang nak jadi abang yang bertanggungjawab," Syafiq bersuara lembut untuk menyejukkan sedikit hati Rina.
"Sudahlah, menyesal pula panggil abang suruh turun tadi." Rina pun berjalan meninggalkan Syafiq yang masih terpinga-pinga.
Syafiq merenung Rina dari jauh. 'Ya Allah, kenapa Rina berubah dalam sekelip mata sahaja?'.
¶:)¶
Rina P.O.V
"Ouch!" Jerit aku. Siapa pula yang berani pergi langgar aku waktu nak cepat ni.
"Oops, sorry. Awak okay?" Tanya seorang perempuan. Nampaknya dia lah orang yang melanggar aku tadi.
"Buta ke?!"
"Saya minta maaf sangat-sangat," sambung perempuan itu lagi.
Dari jauh dapat ku lihat, bas sekolah aku sudah menutup pintunya menandakan yang bas itu mahu mulakan perjalanan.
"Awak okay tak? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Tanya perempuan itu lagi
"Aku okaylah. Tepi sikit."
Beberapa saat kemudian.
Setelah aku puas menjerit supaya dinotice oleh pemandu bas, akhirnya bas itu berhenti juga.
Belum sampai sekolah lagi dah kecoh, apatah lagi sampai sekolah nanti.
"Huh," aku mengeluh sambil menikmati pemandangan sepanjang ke sekolah.
Rina P.O.V end
¶:)¶
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro