Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-Two-


Jeon Jungkook mengetap bibirnya. Tidak sangka akan bertemu dengan Kim Jinhwan.

Dulu disangkakan lelaki itu kawan tapi rupa-rupanya lawan.

"Lama tak jumpa kau. Sihat?" Jinhwan mengibas-ngibas bahagian bajunya yang terlanggar tubuh Jungkook tadi.

Jungkook tersenyum sinis apabila melihat kelakuan Jinhwan. Jijik sangat ke?

"Buat apa kau nak ambil tahu aku sihat ke tidak? Bagi kau, lebih baik aku mati kan? Jadi anggap jelah yang aku dah mati dalam hidup kau."

"Ya! Memang lagi bagus kalau kau mati. Tapi selagi kau tak bagi aku kedai tu... Selagi tulah kau akan hadap muka handsome aku ni." Jinhwan mengusap lembut jawline miliknya.

Jungkook mendiamkan diri. Dia tahu lelaki itu tak akan berhenti selagi dia tak jual kedai milik keluarganya kepada Jinhwan.

"Kalau kau jual kedai tu dekat aku, kau akan jadi kaya raya Jungkook. Accept and you will be billionaire." Jinhwan ketawa sinis. "Kau dah tak perlu bekerja. Kau cuma duduk rumah dan enjoy dengan duit tu. Fikir pasal masa depan kau, Jungkook. Kau tak perlukan kedai tu untuk hidup pada masa akan datang, Jungkook. Dekat dunia ni semua... dan segalanya hanya duit bukannya kedai tu." Dia berpeluk tubuh.

"Never! Aku tak akan jual kedai tu dekat orang yang macam kau ni! Sampah masyarakat!" Lengannya digenggam menjadi penumbuk. "Ya, memang duit tu penting tapi duit tak akan jamin kebahagiaan dan kenangan yang indah."

Jinhwan menjulingkan matanya. Baginya apa yang dikatakan oleh Jungkook adalah penipuan semata-mata. Tak ada yang lebih penting di dunia ini selain daripada duit.

"Pfft- fikir baik-baik Jungkook. Ini untuk masa depan kau." Jinhwan menepuk perlahan bahu Jungkook.

Pantas saja Jungkook menepis kasar tangan Jinhwan.

"Keputusan aku muktamad! Aku tak akan serahkan kedai tu dekat kau!" Jungkook berlalu pergi. Malas dia mahu berlama-lamaan di situ.

Jinhwan berpeluk tubuh. Senyuman sinis jelas terpapar sambil memerhati tubuh Jungkook yang semakin menghilang ditelan sekumpulan manusia.

"Bodoh!"

🖤

Song Jihyo menyedut perlahan air boba milk tea yang dibelinya tadi. Dia hanya memerhati perlakuan Jungkook bersama seorang lelaki yang agak kacak itu. Jihyo membuat andaian yang mereka tengah bergaduh kerana riak wajah mereka tegang dan sinis. Dia juga terdengar sedikit apa yang mereka berdua bicarakan. Tubuhnya dinyorokkan di sebalik dinding pasar raya tersebut.

"Kau buat apa dekat belakang dinding tu?" Suara garau menegurnya dari belakang.

Perlahan-lahan Jihyo berpaling menghadap empunya suara. Membulat matanya melihat figura Jungkook di hadapannya.

"Hi, Jungkook." Dia melambai kecil bersama senyuman manisnya.

"Kau menghendap aku ke, Jihyo?" Wajah Jihyo ditenung tajam. Seakan-akan pemangsa merenung mangsanya.

Pantas Jihyo menggeleng menafikan pernyataan Jungkook.

"Mana ada. Saya pergi beli milk tea tadi. Lepastu saya jalan-jalan sekitar sini. Saya penat jadi saya bersandar lah dekat belakang dinding ni sekejap." Wajahnya sedaya upaya untuk kelihatan polos. "Salah ke?"

Jungkook menghela nafas kecil. Macam lah dia tidak perasan yang gadis itu dari tari duduk di sini sambil memerhati gelagat dia bersama Jinhwan sebentar tadi.

"Ouhhhh... kau ada nak beli apa-apa lagi tak?"

Pantas Jihyo menggeleng. Dia sebenarnya mahu cepat tiba ke destinasi. Malas berlama-lamaan di situ.

"Jom pergi."

🖤

Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Udara yang segar serta pemandangan yang cantik. Sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga atau pasangan kekasih.

Jungkook membuka boot keretanya. Tikar diambil dan dibentang ke ruangan kosong disitu. Bakul makanan dihulurkan kepada Jihyo.

Jihyo menyambut huluran tersebut sebelum duduk bersimpuh di tikar yang telah dibentang oleh Jungkook.

"Cantiknya pemandangan dekat sini." Jihyo mendepakan tangannya.

Jungkook memandang Jihyo seketika sebelum kembali mengeluarkan barang picnic mereka.

"Kau tak pernah datang sini ke?" Nada suaranya kedengaran seperti sindiran.

Jihyo menjeling tajam wajah Jungkook.

"Tak... saya tak pernah datang sini, saya tak pernah hiking, tak pernah picnic atas gunung macam ni. Ni first time saya datang sini." Senyuman manisnya perlahan-lahan berubah kelat.

Dahi Jungkook berkerut.

"Mak ayah kau tak pernah bawa kau datang ke tempat macam ni ke?"

Jihyo menggeleng kepalanya perlahan. Ibu bapanya tidak pernah bawa dia ke sini kerana bimbang akan keselamatannya. Tambahan lagi dia merupakan anak tunggal jadi ibu bapanya memang mengawasinya 24 jam. Selepas ibu bapanya meninggal, baru lah dia berpeluang untuk pergi ke tempat yang dia tidak pernah pergi semasa ibu bapanya masih hidup. Ini merupakan kali pertama dia pergi ke tempat begini bersama seseorang.

Jungkook melabuhkan punggungnya ditepi Jihyo.

"Nanti second date kita datang sini lagi boleh tak?" Jihyo memuncungkan bibirnya.


Jungkook ketawa kecil.

"Kau nak ke dating dengan aku sekali lagi?" Perlahan-lahan tangannya naik mengusap ubun-ubun rambut Jihyo.

Jihyo mengangguk. Wajah cerianya berjaya mencairkan hati seorang jejaka bernama Jeon Jungkook.

"Okay... nanti second date kita pergi hiking lagi tapi bukit lain lah bukan bukit ni. Boleh?" Jungkook hulurkan roti sandwich kepada Jihyo.

"Nak suap!"

Jungkook tersenyum manis sebelum disuap perlahan roti sandwich tersebut ke dalam mulut Jihyo.

Comel.







Hi semua... Maaf lah chapter kali ni tak cukup memuaskan hati (◍•ᴗ•◍)❤


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro