Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-Three-


~ Seminggu kemudian...~

Jihyo membetulkan sanggul rambutnya. Sesekali dijeling handphone nya.

Sudah seminggu Jungkook tidak menghubunginya. Mungkin lelaki itu sibuk menguruskan kedainya.

Dia juga sibuk dengan kerjanya. Tiada masa untuk menghubungi lelaki itu.

Hari ini, Jungkook akan menjemputnya untuk keluar bersama untuk kali ke dua.

Kringgg...
Kringgg...
Kringgg...

Sebaik sahaja Jihyo membuka pintu, terpacak susuk tubuh Jungkook berdiri memegang sejambak bunga di tangannya.

"Hi, sweetheart." Jungkook menghulur jambakan bunga tersebut kepada Jihyo.

Jihyo tersenyum manis sebelum menyambut huluran tersebut.

"Thank you!"

Jungkook meneliti setiap bahagian rumah Jihyo. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Jihyo.

"Awak tunggu sekejap tau... saya nak bersiap sikit je lagi."

"Barang dah siap kemas ke belum?"

Jihyo menggeleng. Ibu jari dan jari telunjuknya dibentukkan menjadi huruf 'C' sebagai isyarat sedikit.

"Nak aku tolong tak?" Jungkook bercekak pinggang.

Pantas Jihyo menggeleng. Huish... bahaya kalau bagi anak jeon ni kemas barang dia.

"Okay, nanti kalau kau nak apa-apa panggil je 'Yeobooo' nanti aku muncul." Mata dikenyitkan. Senyuman gatal tak lupa diukir sekali.

Membesar mata Jihyo. Makin lama dia kenal Jungkook, makin seram anak Jeon tu.

-

Jungkook memandang Jihyo melalui ekor matanya. Naik hairan dirinya apabila gadis itu tidak bersuara dari tadi. Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu bukan lah jenis yang suka berdiam diri.

"Kau kenapa? Sakit ke? Dari tadi diam je. Kalau kau tak sihat, kita boleh je tunda date kita hari ni."

Pantas Jihyo menggeleng.

"Eh, mana ada! Saya okay jelah. Tak sakit apa-apa pun. Yang awak tanya macam tu dah kenapa?"

"Tak ada lah... Dari kita gerak tadi kau diam je. Kot-kot lah kau ada masalah, boleh aku tolong." Wajah Jihyo dijeling.

Jihyo menghembus nafas kasar. Baru sahaja mereka beredar dari rumahnya lima minit yang lalu. Tu pun dah tanya macam-macam. Haih... Jungkook Jungkook...

"Kau jangan pulak fikir macam-macam, aku tanya je." Jungkook menafikan perasaannya. Tidak mahu Jihyo salah sangka dengan pertanyaannya tadi.

"Saya tak cakap apa-apa pun..." Jihyo berpeluk tubuh.

-

Dahi Jihyo berkerut. Wajahnya masam mencuka apabila melihat pandangan di hadapannya ketika ini.

"Apa ni Jungkook?!" Jihyo memandang Jungkook dengan riak tidak puas hati.

"Laut."

Makin berapi hati Jihyo apabila mendengar jawapan ringkas Jungkook.

"Awak kata minggu lepas awak nak bawa saya pergi hiking! Ni kenapa pulak bawa saya datang sini? Saya nak pergi hiking bukannya swimming!"

Jungkook tersenyum kecil. Kepala Jihyo diusap dengan penuh kasih.

"Heyyy... tak akan lah setiap kali kita dating saya nk bawa awak pergi hiking je. Awak kan city girl, mana sesuai awak pergi tempat-tempat macam tu. Nanti kulit awak terbakar macam mana? Tak takut kulit jadi hitam ke?" Dalam lembut dia bertutur, terselit juga kata-kata sinis.

"Awak ingat kalau pergi laut kulit tak terbakar ke Jeon Jungkook? Lain kali kalau nak cakap tu guna otak, fikir. Hidup dah berpuluh-puluh tahun tapi tak tahu lagi macam mana nak guna otak tu." Dia ambil barang-barang miliknya. "Dah, tepi!" Tubuh Jungkook yang berdiri disisinya ditolak perlahan sebelum dia berjalan ke arah sebuah kerusi yang berada di bawah payung besar.

Sedikit pun dia tidak pandang Jungkook malah jeritan dan teriakan lelaki itu pun turut diendahkan. Mungkin kesal dengan kata-kata lelaki itu. Tak habis-habis nak cari gaduh.

Jungkook menggeleng kepalanya. Bakul picnic diambil sebelum boot kereta ditutup. Nampaknya terpaksalah dia pujuk Jihyo nanti. Tulah kau Jungkook, mulut macam longkang.

Jungkook meletakkan bakul picnic di atas meja yang terletak di antara kerusi dia dan Jihyo. Tupperware dan dua botol air jus buah dibawa keluar dari bakul picnic. Tutup tupperware dibuka lalu diletak ke dalam bakul picnic.

"Nah, air kau." Botol air dihulur kepada Jihyo.

Jihyo hanya menjeling. Malas mahu berbual dengan Jungkook.

Tapi Jungkook tidak putus asa. Dia tetap cuba untuk berbual dengan Jihyo.

"Ehhh... penutup botol ni ketat sangatlah... Aku tolong bukakkan eh." Jungkook membuka penutup botol tersebut sebelum dihulurkan semula kepada Jihyo. "Ambillah... kau tak haus ke?" Suaranya turut dilembutkan.

Jihyo mengeluh. Botol air di tangan Jungkook diambil lalu diteguk perlahan-lahan.

"Kau nak ice cream?"

Soalan Jungkook dibiar sepi. Jungkook menggaru kepalanya. Janggal...

"Aku pergi beli ice cream tau. Kau duduk sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Nanti kalau kau hilang, aku tak tahu nak cari kau dekat mana. Aku sayang kau. Bye!" Jungkook sempat mengusap lembut kepala Jihyo sebelum pergi dari situ.

Jihyo hanya memerhati Jungkook yang kian menghilang.

"Arghhhhhh hati aku tak kuat nak sambung merajuk. Jungkook terlalu gentle..."

-

Jungkook tersengih memandang dua kon ais krim di tangannya. Dia beli perisa strawberry untuk Jihyo manakala perisa chocolate untuk dirinya.

Tak sabar nak bagi Jihyo. Mesti Jihyo suka!

Dia memerhati gelagat Jihyo dari jauh.

"Haih... dari jauh pun comel." Tersengih dia.

"Pfft- Jeon Jungkook dah jatuh cinta." Dia merangkul leher Jungkook sambil lihat ke arah Jihyo.

Suara ni...

Suara Kim Jinhwan.

Pantas Jungkook meleraikan rangkulan tersebut. Wajah Jinhwan dipandang tanpa riak.

"Kau nak apa Jinhwan?"

Jinhwan tersenyum sinis.

"Kau jangan tanya soalan bodoh lah Jungkook. Kau sendiri pun tahu apa yang aku nak kan?"

"Keputusan aku tetap sama. Aku tak akan bagi kedai tu dekat kau! Kau tak layak!" Jungkook menunjal dahi Jinhwan. Dah lama dia geram dengan lelaki pendek ni sebenarnya.

Jinhwan menepis jari Jungkook.

"Kau... kalau kau tunjal kepala aku lagi, aku gigit kau. Kau ingat aku takut ke dengan kau?" Jinhwan mencebik.

Jungkook tersenyum kecil.

"Kau tak penat ke gaduh dengan aku? Dah lima tahun dah kita gaduh, aku pun dah naik bosan dah tengok muka kau."

"Jungkook tak guna!"

Tiba-tiba angin menjadi kencang. Pasir-pasir bertebangan dibawa angin.

"ARGHHHHHH JUNGKOOK!!!!!"

Jungkook memandang ke arah Jihyo yang menekup mukanya. Dia pasti Jihyo yang menjerit memanggilnya tadi.

"Jumpa kau lagi... tu pun kalau kau tak mati lagi!" Pantas dia berlari ke arah Jihyo.

Wajah Jihyo dipegang lembut.

"Kau okay tak ni?" Cemas... sungguh dia risau.

"Ma...mata saya masuk pasir. Sakit..."

Jungkook cuba membuka mata Jihyo secara paksa. Dia meniup mata Jihyo untuk hilangkan rasa sakit pada mata Jihyo.

"Sakit lagi?"

Jihyo menggeleng sebelum sembamkan wajahnya di dada bidang lelaki itu.


Vote and comment!
Thank you♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro