Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-One-


"Eh, kau ni biar betul Suzy?" Seorang gadis memandang rakannya tidak berminat.

"Betullah... Kau tak penat ke single? Pergilah cari boyfriend sorang, dua. Mana tahu ada jodoh nanti kahwin lah korang berdua. Boleh tak kalau kau fikir positif sikit, Song Jihyo?" Suzy menahan kepalanya dari jatuh terhempap permukaan meja. Pening dia dengan sikap Jihyo ni.

"Biar single asalkan bahagia." Riak bangga terpamer di wajahnya.

Suzy menggeleng kepalanya. Mahu saja dia hempuk rakannya itu dengan kerusi ni. Biar otak dia boleh berfungsi sikit. Tapi itulah, dia tak sekaya Jihyo nak baling kerusi cafe ni.

"Aku dah aturkan janji temu kau dengan sorang jejaka ni. Hari Sabtu ni, aku suruh dia ambil kau dekat rumah. Kau jangan pakai dress pulak. Pakai baju sukan and jangan pakai heels, pakai kasut spot. Faham?"

Jihyo tercegang. Aik... aku ke dia yang kena pergi janji temu ni?

"Aku tak setuju pun lagi...."

Suzy mengeluh.

"Pergi jelah!"

"Okay, aku pergi. Nak tengok gambar dia boleh?"

Suzy meng'scroll' telifonnya dan memilih gambar jejaka yang akan berjanji temu bersama Jihyo.

"Ni, gambar dia..." Telifonnya diberi kepada Jihyo. "Handsome kan?"

Jihyo menyambut huluran Suzy. Diperhati gambar itu dengan penuh minat. Handsome...


Sabtu...

Jihyo melihat penampilannya dicermin. Pakaian yang cukup simple. Hanya hoodie oversized dan seluar tracksuit. Rambut diikat gaya ponytail mendedahkan leher jinjangnya.

"Cantik rupanya kau ni Jihyo. Sedih pulak aku..." Jihyo mengelap air mata palsunya. "Tak sabar nak tengok abang handsome. HAHAHAHAHAHA..."

Jihyo mengambil beg galasnya sebelum keluar dari rumahnya. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Susuk tubuh seorang lelaki berdiri di hadapan pintu rumahnya menarik perhatiannya.

"Aik... Anak siapa pulak yang sesat ni? Nak tegur ke tak nak? Kalau tak tegur kesian, kalau tegur malu pulak budak tu nanti." Jihyo berbicara sendiri.

Akhirnya Jihyo mengambil keputusan untuk menegur lelaki itu.

"Maafkan saya... awak cari siapa?" Walaupun agak gugup tapi dia perlu juga bertanya.

Lelaki itu berpusing menghadap Jihyo. Bibirnya melirik senyuman kecil.

Jihyo terpana. Ouhhh indahnya...

"Hi... Saya cari Song Jihyo."

"Saya? Hi... Saya Song Jihyo."

"Hi... Jeon Jungkook." Dia menghulur tangan untuk bersalaman bersama Jihyo.

Jihyo menyambut huluran tangan Jungkook bersama senyuman manisnya tapi maaf... hati anak Jeon tidak cair dengan senyuman itu.

Jungkook melepaskan pegangan mereka dan membuka pintu sebelah pemandu. Jihyo masuk kedalam.

"Thank you."

Jungkook mengangguk kecil tanda 'sama sama'.








Sudah setengah jam perjalanan mereka, keadaan dalam kereta hanya dihiasi dengan lagu-lagu yang berkumandang di corong radio.

Keadaan itu membuatkan Jihyo tidak senang duduk. Kekok dia jadinya. Sekali sekala dia menjeling memandang Jungkook. Lelaki itu terlalu fokus memandu.

"Kau nak tanya apa, tanya jelah." Jungkook menjeling Jihyo sekilas. Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu tidak senang duduk dari rumahnya tadi.

Jihyo memandang Jungkook tidak percaya. Ada mulut rupanya, ingatkan ada mata dengan tangan je.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"

"Lah... dah 30 minit kita dalam kereta ni, baru sekarang kau nak tanya kita nak pergi mana?" Jungkook tertawa kecil. Seakan-akan tidak percaya dengan soalan gadis itu.

Jihyo memutar bola matanya. Tadi dia juga yang kata soal saja apa-apa.

"Jawab jelah..."

"Kita nak pergi-" Percakapan Jungkook terhenti. "JIHYO, HATI-HATI!!!"

Tangan kiri Jungkook menahan tubuh Jihyo dari terhempap ke depan manakali tangan kirinya sibuk mengawal steering kereta.

Jihyo terkejut melihat batu-batuan besar yang jatuh daripada atas bukit. Dalam hatinya sudah berdoa agar dia dan Jungkook terselamat.

"Malulah Jihyo kalau kau mati single hiks..." Jihyo bermonolog dalam hati.

Batu-batuan besar menghempas jalan raya. Penuh cekap Jungkook mengawal steering kereta. Tidak mahu dia ataupun Jihyo tercedera.

Akhirnya batu-batuan itu berhenti menghempas jalan raya. Jungkook juga berjaya melepasi rintangan tersebut. Dia menghembus nafas lega. Jihyo yang berada disampingnya dipandang cemas.

"Kau okay tak?" Tubuh Jihyo ditilik. Risau jika terdapat sebarang luka di tubuh itu.

Kepala Jihyo yang tertunduk itu diangkat agar dapat memandang wajahnya. Jelas terpapar bibir gadis itu berdarah. Mungkin gadis itu gigit bibirnya terlalu kuat kerana takut. Tubuh Jihyo didakap erat.

Jihyo menangis di dalam dakapan Jungkook. Tidak percaya yang first date dah kena hadap benda macam ni.

"Nanti kita singgah supermarket. Aku tolong kau rawat luka ni. Jangan risau okay, semuanya okay je." Jungkook mengucup lembut dahi jihyo. Mahu menenangkan gadis itu.

Jihyo hanya mengangguk sebelum melelapkan matanya. Dia mahu berehat sebentar.







Dahi Jihyo berkerut apabila tidurnya diganggu. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Wajah kacak Jungkook menjadi tatapan pertamanya.

"Nak turun ke nak sambung tidur?" Lembut sahaja Jungkook bertutur.

Jihyo merenggangkan badannya sebelum mengangguk kecil. Dengan malas, kakinya melangkah keluar.

Pemandangan gunung-ganang dan langit biru menghiasi pemandangannya. Rambutnya dibuai angin.

"Cantiknya!" Senyuman manis jelas terhias diwajah.

Jungkook menarik tangan Jihyo agar mengikutinya. Risau jika gadis itu tiba-tiba hilang di lautan manusia.

"Jom..."

Ajakan Jungkook dibalas dengan anggukan kecil. Mereka jalan beriringan seperti pasangan kekasih.

"Jihyo, aku nak pergi beli ubat luka dekat farmasi. Kau tunggu sini je tau. Jangan pergi mana-mana." Rambut Jihyo diusap lembut.

"Okay... hati-hati, Jungkook." Jihyo melambai Jungkook.

Jungkook mengangguk kecil dan melempar senyuman manisnya.

Jihyo mengeluh kecil apabila susuk tubuh Jungkook hilang di celah-celah lautan manusia.

"Ehhh Tealive lah..." Jihyo berlalu pergi ke kedai Tealive. Air bang bang milk tea menarik minatnya.








Jungkook menelek-nelek beg kertas yang dipegangnya. Telefonnya diambil dari dalam kocek seluar. Dahinya berkerut sebaik sahaja memandang skrin telefonnya.

"Aik... banyaknya missed call daripada Suzy."

Jungkook mendail semula nombor telefon Suzy. Telefonnya didekatkan di telinga. Beberapa detik kemudian panggilannya berjaya bersambung fengan telefon milik Suzy.

"Hello Suzy... kau dah kenapa call aku banyak kali? Aku tahu lah kau kaya tapi jangan lah membazir. Membazir itu amalan syaiton..."

"Oi, aku telefon kau banyak kali kenapa tak angkat?" Jelas suara Suzy naik seoktaf.

"Aduh... aku tak ack-"

"Manusia mana yang tak reti jalan pakai mata ni?" Jungkook berbisik sendiri.

Bahunya yang dilanggar tadi diurut perlahan

"Haih... Jungkook. Ingatkan miskin je rupanya mata pun tak ada."

Tutur bicara lelaki itu yang sinis membuatkan Jungkook geram. Dia ke aku yang tak ada mata?

Perlahan-lahan kepalanya diangkat memandang gerangan tersebut. Matanya membulat.

"Jinhwan..."

"Hi, Jungkook Jeon."

-TBC-

Maaflah... hambar🌻✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro