Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8

Sejurus selepas masuk ke dalam dewan itu, dapat didengari alunan muzik yang sangat indah. Raja Elbert sedang berdiri di atas pentas kecil sambil menyaksikan rakyatnya bergembira.

Lana pula sedang sibuk mencari Ayden. Sejak mereka terpaksa berpisah di mahligai, itu merupakan kali terakhir mereka berjumpa.

Seram bila difikirkan balik yang Lana berjaya menjumpai jalan keluar sendiri setelah lama bersembunyi di dalam kotak keranda yang berhabuk.

Pada ketika itu, Cerelia sedang berusaha untuk menyedarkan Haknyeon yang tiba-tiba sahaja pengsan. Air direnjis, tetapi tidak memberi kesan. Kini dia telah mengisi air sehingga penuh satu cawan lalu disimbah kepada Haknyeon.

Dengan segala usaha yang telah dilakukan, akhirnya Haknyeon berjaya sedar semula. "Ahh, basah! Awak kencing dekat saya ke, Cerelia?" Tanya Haknyeon gelabah.

Walaupun soalan itu agak kurang ajar tetapi Cerelia lega kerana Haknyeon sudah kembali sedar. "Awak ingat saya ni apa? Anjing? Boleh kencing merata tempat. Penat saya dukung awak, lepastu tuduh melulu," Cerelia mencebik.

Melihat reaksi Haknyeon yang bersalah, Cerelia cuba untuk menahan gelak. "Maaf," Haknyeon menundukkan kepalanya.

"It's okay. Jom kita menari!" Cerelia menarik tangan Haknyeon lalu berjalan bersama menuju ke tengah dewan.

"Ayden?" Lana berbisik setelah ternampak Ayden sedang membawa satu barang yang agak besar keluar dari kawasan mahligai.

Dia segera berlari ke arah Ayden melalui rumput-rumput hijau yang panjang. Setelah berada berdekatan dengan Ayden, dia memanggil lagi jejaka itu sambil bersembunyi di sebalik rumput.

Ayden juga mendengar panggilan Lana, tetapi dia tidak berjaya menemukan tuan kepada suara itu. Dia meneruskan semula perjalanannya keluar dari mahligai sambil membawa 'barang' tadi.


Haknyeon duduk di atas kerusi setelah siap menari. Ramai tetamu yang memuji gerakan Haknyeon yang agak lain daripada mereka.

"Seronok menari?" tanya Cerelia lalu duduk di sebelah Haknyeon. Pada masa yang sama, dia melagakan gelas minumannya dengan Haknyeon sebagai tanda 'cheers'.

"Seronok sangat. Tak pernah orang puji saya menari, kali ni first time saya tengok orang melopong." Haknyeon menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

"Dekat sini tarian kami klasik, dekat dunia awak tarian hip hop. Memanglah diorang suka," jelas Cerelia.

"Macam mana awak tahu tu tarian hip hop?" tanya Haknyeon pelik. Sejak bila kerajaan fantasi itu ada mengajar tentang budaya dunia lain? Tanya Haknyeon di dalam hati.

"Oh. Saya pernah sampai juga dekat kerajaan awak tu." jawab Cerelia dalam nada yang tenang.

Tetapi tidak pula pada Haknyeon yang kini menunjukkan reaksi berlebihan. Hampir tersembur air yang berada dalam mulutnya. Manakala Cerelia pula hanya tersenyum sinis.

"Nanti saya cerita dekat awak. Jom ikut saya jumpa ayahanda saya." ajak Cerelia yang sudah sedia berdiri.

Haknyeon yang masih terkejut hanya menurut. Mukanya jelas menunjukkan wajah bingung. Di benak fikirannya penuh dengan persoalan-persoalan yang agak mengarut tentang Cerelia. Dalam khusyuk dia berfikir, sehingga tak sedar yang kakinya telah sampai di atas pentas.

"Perkenalkan ayahanda saya, King Elbert dan juga ibunda saya Queen Shailene," Cerelia berhenti sebentar untuk melihat lagi reaksi Haknyeon.

"What the -,"

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro