Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

Ting tong ! Bunyi loceng rumah Haknyeon kedengaran. Haknyeon segera berlari ke arah pintu lalu membukanya tanpa melihat dahulu siapakah gerangan tetamu yang telah hadir pada pagi-pagi itu.

Setelah dia membuka pintu, terdapat seorang gadis memakai baju hijau serta sayap yang berkibar-kibar di belakang badannya. Haknyeon yang masih tidak membiasakan diri dengan Kerajaan Elvenia itu terkejut sehingga dia terjatuh.

Gadis yang tadinya terbang kini telah turun lalu menapakkan kakinya di hadapan rumah Haknyeon.
"Awak okey?" Tanya gadis itu. Dia membantu Haknyeon untuk berdiri semula.

"Sorry, saya terkejut tadi," Haknyeon hanya tersengih. Dia seakan tidak sedar bahawa gadis itu merupakan orang yang tak dikenalinya tetapi entah mengapa tidak timbul langsung rasa curiga. Mungkin dia mempercayai bahawa kesemua penduduk di kerajaan itu baik-baik semuanya.

"Sebelum saya nyatakan hasrat saya ke mari, izinkan saya untuk perkenalkan diri. Nama saya Cerelia. Saya ke sini sebab nak ajak awak datang ke majlis tari-menari malam ini. Itu sahaja, bye bye!" Gadis yang bernama Cerelia itu keluar semula dari rumah Haknyeon.

"Kejap!" Haknyeon menjerit lalu mengejar Cerelia. "Majlis tari-menari? Dekat mana?" Tanya Haknyeon.

Cerelia mengangkat sebelah keningnya. "Macam mana awak boleh tak tahu?" Dia berjalan semula masuk ke dalam rumah Haknyeon.

"Saya orang baru?" Tanya Haknyeon semula. Dia tidak tahu macam mana untuk terangkan kehadirannya di dalam kerajaan itu.

Mulut Cerelia terbuka luas. Dia memerhati keadaan sekeliling lalu menutup pintu rumah Haknyeon.

"Baik. Jangan panik. Buat seperti biasa. Tarik nafas. Okay hembus," Cerelia tiba-tiba bertukar menjadi cemas sambil melakonkan semula arahannya itu.

Manakala Haknyeon pula hanya memerhati. Mungkin juga dia bingung dengan telatah Cerelia yang gelabah semacam.

"Kenapa ni? Saya okay je. Kenapa awak yang nervous?" Tanya Haknyeon.

"Baguslah kalau awak okay. Awak nak saya tolong awak keluar dari sini?"

Pertanyaan Cerelia tadi dibalas anggukan oleh Haknyeon. Mereka berdua memandang antara satu sama lain, seakan sedang bercakap melalui mata.

"Okay okay, stop. Mata saya sakit." Cerelia menutup matanya. Haknyeon hanya tersenyum melihat Cerelia yang sangat comel pada matanya.

"Ayden, boleh kamu terangkan tentang apa yang dah terjadi?" Tanya Raja Elbert.

Beliau pelik bagaimana seorang pengawal boleh berada di dalam kawasan yang tak sepatutnya. Cermin ajaib yang sentiasa tertutup juga telah memaparkan gambaran kerajaan luar membuatkan beliau lebih tertanya-tanya.

"Saya nampak ada pencuri masuk ke dalam bilik ini tadi," Ayden mencipta alasan. Riak mukanya harus kekal tenang jika tidak mahu disyaki.

"Kamu dapat tangkap tak pencuri tu?" Tanya Raja Elbert.

"Tak. Dia berjaya larikan diri," satu lagi penipuan keluar dari mulut Ayden.

"Kamu pasti?" Raja Elbert menunjukkan wajah yang agak tegang.

Peluh yang keluar dari liang roma Ayden juga turun dengan agak banyak.

"Pa.. pasti tuan," Dia memperlahankan suaranya. Mukanya agak pucat pada ketika itu.

"Baiklah. Saya akan lepaskan kamu kali ini. Lain kali jangan biarkan sesiapa terlepas. Faham?" Raja Elbert pun beredar dari bilik itu. Sempat juga dia mengambil kain lalu menutup semula cermin ajaib itu. Ditarik juga Ayden supaya keluar dari situ.

' Sorry Lana. '

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro