2
Setelah Haknyeon tiba di rumah Younghoon, dia mengetuk tingkap rumah itu. "Eh? Kau tak reti ketuk guna pintu depan ke?" Marah Younghoon apabila dia membuka tingkap rumahnya.
"Nae? Bukan pintu rumah hyung dekat sini ke?" Tanya Haknyeon pelik. Younghoon mengendahkan soalan Haknyeon itu.
"Ada apa kau datang ni?" Tanya Younghoon lagi. Haknyeon yang mahu menjawab pertanyaan Younghoon itu tiba-tiba tergelak setelah dia melihat pakaian yang dipakai oleh Younghoon.
"Gelak pula? Eh peliklah kau ni." Younghoon tidak berpuas hati dengan reaksi Haknyeon. "Hyung, kau pakai baju apa ni?" Haknyeon masih tidak berhenti tertawa.
"Kau nak mempersendakan pakaian aku?" Tanya Younghoon dalam nada yang sedikit tinggi. Tanpa menunggu maklum balas daripada Haknyeon, dia menutup tingkap rumahnya dengan kasar.
Haknyeon mengelap air matanya yang keluar sedikit semasa dia sibuk ketawakan Younghoon. Dia menggantungkan roti yang dibelinya tadi di tingkap rumah Younghoon sebelum bergerak pula ke rumahnya.
Setibanya di rumah, dia menyimpan roti-roti yang dibeli tadi ke dalam rak makanan. Haknyeon mengeluarkan keju yang diberi oleh nenek tadi lalu dia meneliti keju tersebut. Lain dari yang lain. Dari segi warna, bentuk, rupa dan juga tekstur.
"Peliknya cheese ni." Haknyeon masih tidak berhenti lagi meneliti keju tersebut. Dia mengambil sebatang garfu lalu memotong keju itu kepada dua. Setelah keju itu terbelah, terdapat sekeping kertas yang elok dilipat di dalamnya.
"Kesedaran akan datang setelah pemisah ini berjaya dihapuskan." Haknyeon membaca bait-bait kata yang tertulis pada kertas itu. Setelah itu, dia segera mencubit sedikit keju itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Sejurus selepas itu, terpancar cahaya yang bersinar-sinar dari tulisan tadi. Perkataannya mulai hilang. Begitu juga dengan Haknyeon yang telah kaku tidak mampu berkata apa-apa. Seperti dibawa terbang lalu terlena di atas awan yang gebu, akhirnya Haknyeon juga pengsan di situ.
Keesokan hari.
Pintu rumah Haknyeon diketuk. Haknyeon bangun dalam keadaan yang masih lemah. Dia berjalan ke arah pintu sambil memegang belakang lehernya yang kesakitan akibat tertidur di atas meja makan.
Haknyeon cuba untuk membuka pintu rumah tetapi lain yang keluar. Roti-roti yang dibelinya semalam jatuh satu persatu. "Ini pintu ke rak makanan?" Tanya Haknyeon pelik. Tetapi masih tidak timbul rasa syak, mungkin kerana dia masih mamai.
Setelah memerhati keadaan sekeliling, Haknyeon pun pergi ke arah pintu. Setelah dia memulas tombol dan menarik pintu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat rumahnya sekarang berada di tingkat yang bawah sekali.
Haknyeon menepuk kepala dan menggosok matanya dengan kuat. "Aku dekat mana?" Terkeluar soalan itu dari mulut Haknyeon.
Kelmarin, persekitaran rumahnya dikelilingi dengan beberapa buah rumah-rumah kedai dan jalan yang agak sibuk. Kini kawasan perumahannya dipenuhi dengan bunga segar. Jalan raya digantikan dengan rumput-rumput hijau. Bangunan rumah kedai menjadi rumah teres. Hutan yang berada di belakang rumahnya telah menjadi sebatang sungai yang deras mengalir.
"Haknyeon! You're awake?" Tanya Lana. Menambahkan lagi denyutan kepala Haknyeon, dia pengsan buat kali kedua.
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro