12
"Haknyeon, jomlah! Ada banyak lagi tempat nak kena pergi ni," Cerelia memanggil Haknyeon. Sudah di duga, Haknyeon takkan mampu nak lepaskan anak-anak kelawar yang comel lagi kan lembut itu.
"Kejap lah. Saya nak bawa seekor boleh?" Tanya Haknyeon. Dia sudah meletakkan seekor kelawar di dalam poket bajunya.
"Maaf ya, Tuan Haknyeon. Tuan tidak dibenarkan untuk membawa kelawar ini keluar dari sini." Sampuk Mack. Dia mengambil semula kelawar itu lalu dilepaskannya.
Haknyeon mencebik. "Bye kelawar comel." Dia melambai lalu melangkah keluar dari tempat itu.
"Macam macam lah dia ni. Terima kasih ya Mack. Jumpa lagi!" Kata Cerelia sebelum mengikut jejak langkah Haknyeon.
"Tuan Puteri tak dapat jumpa saya lagi," kata Mack sebelum pintu masuk tadi hilang bersama-sama dengannya.
"Jom, tempat seterusnya ni agak bahaya kalau nak berjalan." Kata Cerelia sambil memahami arahan yang ditulis di dalam peta.
"Habis tu? Awak nak saya melompat ke? Saya takde sayap macam awak," Haknyeon mencebik.
"Bijak betul awak ni. Nak melompat sangat ke? Pergilah, saya terbang dulu." Kata Cerelia seraya membuka lipatan sayapnya.
Haknyeon merengek seperti kanak-kanak kecil di atas tanah. Cerelia menggelengkan kepalanya. Tetapi di dalam hati, dia sudah berbunga-bunga melihat kerenah Haknyeon.
Cerelia turun semula. Dia senyum kepada Haknyeon lalu menghulurkan tangannya. "Cepat, jom saya bawa awak." Kata Cerelia.
Dengan segera, Haknyeon memegang tangan Cerelia. Cerelia yang malu kerana berlakunya skinship itu melepaskan semula tangan.
"Eh tadi awak suruh pegang, kan?" Tanya Haknyeon pelik.
"Kejap," Cerelia mengeluarkan sarung tangan dari dalam begnya. Entah kenapa, jantung dia berdegup kencang sewaktu berpegang tangan dengan Haknyeon tadi.
Dia memakai sarung tangan itu. Haknyeon memandang Cerelia dengan wajah pelik. "Tangan awak licin. Tak pasal-pasal nanti awak jatuh," Cerelia memberi alasan.
Haknyeon hanya mengangguk. Mereka memulakan semula perjalanan.
Haknyeon tidak berani memandang ke bawah kerana risau jika dia terjatuh ke dalam lopak air yang sangat dalam dan kotor.
Setelah melepasi lopak air yang besar itu, Cerelia dengan segera melepaskan tangan Haknyeon. Haknyeon yang tidak sempat meluruskan kaki akhirnya jatuh tersungkur di atas jalan.
"Aduh! Nak lepaskan pun tengoklah dulu keadaan saya," rungut Haknyeon seraya tangan sibuk membersihkan kotoran di baju.
"Eh awak ni. Dari tadi asyik complain aje. Saya dah terbangkan awak tau, bersyukurlah banyak!" Balas Cerelia tidak berpuas hati dengan rungutan Haknyeon.
Haknyeon hanya mencebik. "Baiklah Puteri Cerelia. Next location kita ke mana yaa?" Tanya Haknyeon.
"Tu. Nampak tak lubang tu," Cerelia menunjuk ke arah satu lubang kecil di atas tanah. Setelah melihat saiz dan ciri-ciri lubang itu yang sangat kecil dan kotor, Haknyeon segera menggelengkan kepala. "TAK NAKKKKK!".
Cerelia menepuk dahinya. "Awak nak ke tak nak ke tetap kena juga. Benda penting ada bawah tu." Kata Cerelia tegas.
Lalu, dengan berat hati Haknyeon pun melangkah pergi ke lubang itu. "Awak ikut belakang saya tau. Jangan tinggal saya!" Pinta Haknyeon umpama kanak-kanak kecil sambil mengeluarkan jari kelingking tanda 'janji' kepada Cerelia.
Cerelia hanya mengangguk. Tetapi hakikatnya, dia tidak boleh untuk mengikut sekali. Disebabkan oleh saiz lubang yang sangat kecil hanya Haknyeon sahaja yang dapat muat di dalam lubang itu.
Tambahan lagi, Cerelia menghidap Claustrophobia iaitu fobia terhadap ruang yang sempit. Jadi, dia tidak mampu untuk membantu Haknyeon.
Di dalam lubang.
Mak aih sempit betul. Lagi sempit dari salur pernafasan aku. Getus hati Haknyeon.
Dia sedang meniarap sambil bergerak untuk mencari bahan 'penting' yang disebut oleh Cerelia.
"Haknyeon! Awak okay bawah tu? Maaflah saya tak dapat join. Ruang dia kecil sangat," jerit Cerelia dari laluan masuk lubang.
Haknyeon mencebik. "Alasan...," katanya.
Hampir tiba di penghujung lubang, akhirnya kelihatan sesuatu yang amat terang dan bersinar. Dengan laju, Haknyeon merangkak ke arah sinaran itu. "JUMPA!!" Laung Haknyeon sedikit kuat supaya didengari oleh Cerelia.
Dia pun mengambil barang tersebut lalu berpatah balik ke laluan masuk tadi. Namun, kakinya seperti ditarik oleh sesuatu. Tanpa sempat menjerit meminta bantuan, mulutnya pula ditekup oleh seseorang.
Dan dalam sekelip mata Haknyeon hilang bersama dengan seseorang tadi.
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro