Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌Special chapter 💌

Aku menunggu penuh sabar di hadapan pagar sekolah. Harini Chan oppa ingin mengambilku.

"Hyah, Haein. Betul ke kau couple dengan oppa universiti? Bestnya!"

Aku hanya tersenyum manis. Oleh kerana Chan tag aku di instagram, heboh satu sekolah aku bercinta dengan pelajar universiti. Chan la ni, katanya ingin beritahu satu dunia yang aku ini miliknya. Siap ditagnya aku di bio instagram-nya dengan caption mine. Macam budak-budak saja.

"Haah, hehe." aku hanya tersenyum manis.

"Uwaaaa, congrats!"

"Thank you." dia masih teruja apabila aku mengiyakan pertanyaannya tadi.

"Sayang!" jerit seseorang.

Aku menoleh ke arah suara tadi. Ternyata Chan oppa sudah sampai.

Shi Young disebelahku sudah tersenyum teruja. Cuba mengawal diri daripada melompat.

"Eh, mana kereta?" tanyaku.

"Oppa parking jauh tadi. Jom, sambil balik kita singgah beli ais krim nae?"

"Oh, oppa kenalkan ni Shi Young. Classmate Haein."

"Oh, Heo Chan imnida. Can call me hers." kata Chan sambil menunjuk ke arah aku.

"Awww, shoo shweet!!!!" Shiyoung di depanku sudah meliang-liuk seperti lipan dijirus air panas.

"Hahaha, oppa ni gedik."

"Okaylah, I taknak ganggu love bird dating. Bye!!!" kata Shiyoung sebelum meminta diri.

"Jom sayang?" kata Chan sambil mengambil beg sekolahku, lalu digendongnya beg seberat lori itu.

"Jom!"

.
.
.

"Oppa tak malu ke jalan dengan budak sekolah macam Haein?" tanyaku.

"Tak, Haein kan kekasih hati oppa, bukan kekasih hati orang lain. So oppa tak kisah apa yang strangers cakap." tanganku dipegangnya erat.

"Aigu, aiskrim ni pun rasa tawar bila oppa bukak mulut. Hahaha." pantas aiskrim ini dijilat sebelum mencair.

"Oppa..tu siapa?" seorang perempuan seksi sedang berkipas di depan kereta milik Chan aku tunjuk.

"Oh, dia kawan oppa. Oppa nak bincang assignment sikit dengan dia. Sayang tak kisah kan?"

"Oh, Haein okay je!"

"Aigu, comelnya kesayangan oppa ni!" lantas rambutku diusapnya kasar.

"Oppa, habis kusut rambut Haein!"

"Kusut-kusut pun masih comel! Oppa lagi suka!"

Aku tersenyum mendengar ayatnya. Aishh, Chan ni memang manis mulut! Boleh diabetes aku lama-lama!

Dah tengok tak Dingo music? Amie tak boleh stop gelak la part Chan nyanyi HAHAHAHAHAHAHA, pastu siap tayang bontot lagi. Berpeluh-pekuh perform satu lagu. Nasib dapat high scor hahaha, paling tak leh bla, semua member dah macam tak larat nak dengar  dia nyanyi. aduhai chan chan..😹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro