💌14💌
Sudah seminggu semenjak campfire tu berakhir. Aku masih lagi resah gelisah. Memikirkan perempuan milik orang itu.
Hari ini, kami bertujuh akan berjumpa di cafe. Lepak-lepak selepas tamat sahaja program csr. Walaupun markah yang diperoleh agak lumayan, tapi hatiku masih lagi tidak tenang.
Aku mengeluh kuat. Seperti ada duri yang membocorkan hatiku. Kejadian tempoh lalu menggamit semula fikiranku.
Hampir semua peserta sudah pulang. Aku lihat, Haera masih lagi terduduk di kerusi kayu. Menunggu kedatangan Seungsik. Kakinya dibelek, mungkin masih sakit.
Seketika, wajahnya diangkat seraya mata kami saling bersatu. Satu perasaan aneh menyerbu. Seperti magnet, daya tarikan gadis itu mengusik benak perasaanku.
Tak semena-mena, aku terlihat dia melambai ke arahku. Oh, nampaknya dia panggil aku.
"Ye?" ruang kosong di sebelahnya ditepuk perlahan. Tanda menyuruh aku untuk duduk. Dengan pantas, kerusi kayu itu aku henyak.
"Sunbae. Terima kasih sangat sebab banyak tolong saya."
"Eh, dan memang tugas akulah pastikan semua peserta selamat." senyuman manis aku hadiahkan kepadanya.
"Sunbae, saranghae."
Aku terkedu, dia memandangku lama. Kami saling bertatapan.
"J-jangan main-main Haera shi."
"Saya tak main-mainlah! Saya suka sunbae." aku berpaling ke arah lain.
Bagaimana aku ingin membalas sukanya, jika dia sudah milik orang lain?
"Hoi Chan! Termenung saja!" nampaknya rakan-rakanku sudah sampai.
Mataku terlihat kelibat perempuan di sebelah Seungsik.
"Seungsik, dia siapa?"
"Oh, kenalkan ini Haera. Choi Haera. Girlfriend aku."
Ah sekejap, aku pening.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro