
[S2]006🌈 [I'm back after 11 month]
Hi, miss me? :)
Mesti ada yang tak kenal aku dah.
Korang mesti lupa watak² dlm citer ni.
Aku harap season 2 ni banyak sambutan, kalau tak... Ummm aku nangis tepi pintu.
Ada lagi tak pembaca BR[THIL]?
Season 2 ni Kita chill je okay? Tak ada konflik mana pun. Lagipun Araa ingat nak buat full romance.
😭😭😭
Bahu yang terasa pegal kerana seharian kehulu-kehilir menyiapkan persiapan semperna runaway yang bakal berlangsung esok membuatkan CEO muda tetapi tidak muda dalam pengalaman perniagaan ini terasa letih.
Park Jimin, bersandar pada kerusi pejabatnya. Sejak pagi tadi hinggalah ke petang tidak melekat dia di pejabat. Dia jugalah turun naik ke lapangan terbang menjemput tetamu-tetamu khas yang bakal datang ke runaway nya nanti.
Orang akan berkata, eleh kau CEO buat apa susahkan diri dengan segala hal.. bagi je kerja dekat staf bawahan kau.
Haih..
Park Jimin bukan majikan seperti itu. Walaupun acap kali pekerja yang ditugaskan untuk melangsungkan acara besar ini menyuruh Tuan Pengarah itu duduk diam sahaja. Park Jimin hanya abaikan.
Dia tetap kehulu-hilir.
Beberapa dokumen yang berada atas meja sejak pagi tadi disentuh. Cermin mata yang ditanggalkan sebentar tadi kembali dipakai. Badan mula tegak tika pen berada di tangan.
Satu persatu dokumen dibuka dan diperiksa. Diteliti isi dokumen sebelum menandatangan. Tablet yang berada berdekatan dilihat.
Memaparkan carta mengenai dokumen yang dilihatnya. Hampir setengah jam Jimin memeriksa segala dokumen.
Interkom ditekan.
“ Bella , come in. ”
Tidak sampai beberapa minit. Pintu pejabat Jimin diketuk. Tersembul lah wajah Bella si personal assistant itu. Gadis berambut paras bahu itu melangkah kearah bos nya.
“ Ya, daepyonim. Ada apa panggil saya? ” Soal Bella sejurus berdiri dihadapan meja kerja Jimin.
Dokumen sebentar tadi diserahkan kepada Bella.
“Ini dokumen pagi tadi. Oh ya, Bella.
Any else tentang runaway untuk esok? ” Jimin menyoal Bella.
Bella memeriksa tablet yang disediakan oleh syarikat untuk kerjanya sebagai personal assistant Park Jimin. Jadi Bell sentiasa membawa kemana-mana.
“ Tiada apa dah daepyo. Cuma sekarang pekerja sedang periksa pentas dan buat perkara yang patut untuk esok. ”
Jimin mengangguk.
Dia harap tiada sebarang masalah yang berlaku. Walaupun bukan pertama kali dia membuat pertunjukkan ini namun dia mesti buat yang terbaik daripada yang terbaik.
“ Jadi, kerja dah selesai harini. Kalau macam tu jangan bagi sesiapa masuk ke dalam pejabat saya buat masa sekarang ya. ” Pesan Jimin.
Dia mahu berehat sebentar sebelum memandu pulang ke rumah.
Ah.. Jiae.. rindunya!
“ Dae, algeusumnida daepyonim. ”
“ Dae.. Sekarang dah nak dekat senja. Jangan lupa balik ya. ”
Bella hanya mengangguk sambil mengambil dokumen-dokumen. Jimin bersandar pada kerusi kerja.
“ Daepyonim nak saya suruh tea lady buatkan air untuk daepyonim? ” Ujar Bella dengan senyuman penuh makna. Jimin menggeleng sedikit.
“ No need, saya nak balik dah sekejap lagi. Rindu bini. ” Jimin tersengih. Alalalallaa rindu isteri!
Bella turut tersengih simpul.
“ Hehe.. betul ni taknak? Menyesal tahu. ”
“ Ya Bella, menyesal apa pula nya? ” Jimin menggeleng kecil. Ada sahaja karenah PA nya ini.
“ Tak ada apalah hehe. Baiklah daepyonim. Saya keluar dulu.”
Seusai sahaja Bella keluar. Jimin memejamkan mata. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Hampir sahaja jejak kacak ini mahu terlelap pintu biliknya dibuka.
Jimin berkerut dahi, dia dah cakap dia taknak sesiapa masuk.
“ Bella, saya dah cakap jangan bagi sesiapa masuk— ”
Siapa yang berani—
“ Tokk Tokk.. Mr.Park can I come in? ”
Suara seorang perempuan menerjah masuk kedalam gegendang telinga Jimin. Terhenti ayat Jimin. Terus tercelik mata sang jejaka bernama Park Jimin.
Terpampang permandangan kota Seoul dengan langit senja.
Suara ni..... Jimin kenal dengan pemilik suara ni.
Dengan penuh musykil Jimin memusingkan kerusi menghadap meja. Matanya membulat melihat Jeon Jiae, isterinya itu menuju kearahnya dengan secawan air di tangan.
“ Sayang? ”
“ Kenapa datang? abang baru nak balik lagi 10 minit. ”
Jiae menjeling manja, yelah 10 minit. Kalau dia tak datang rasanya ada tidur dekat pejabat sendiri.
“ Tea lady is coming. ”
Secawan air diletakkan atas meja kerja Jimin. Anak mata nya mencuri pandang wajah Jimin yang kelihatan penat. Inilah tea lady yang dimaksudkan oleh Bella.
Tea lady special!
Ini bukan tea lady! Ini my lady!
Jimin tak lepas menatap wajah tea lady istimewa nya itu. Kalau ini tea lady yang dimaksudkan Bella. Sudah semesti lulus untuk masuk!
“ Sayang nak periksa abanglah. Ingat abang sibuk lagi. Mana tahu penat sampai nak tidur dekat pejabat. ” Perli Jiae. Hidung Jimin dicubit sebelum melabuhkan punggung atas kerusi dihadapan Jimin.
Tangan Jiae yang berada atas meja
Jimin capai dan kucup beberapa kali. Lihat Jiae terus segar rasa. Bagaikan penyembuh segala keadaan.
“ Sibuk sikit. Now abang dah free. ” Sengih Jimin. Tangan isterinya ditarik rapat kearahnya. Jiae yang faham dengan tindakan Jimin itu mula bangun dan bergerak kearah Jimin.
“ Semua dah siap? ” Soal Jiae tatkala punggung nya menghenyak perlahan peha Jimin.
“ Eung~ ”
Pinggang Jiae dipeluk sedikit kemas. Badan setia bersandar pada kerusi kerja. Rambut hitam Jimin yang sedikit serabai Jiae rapikan semula.
“ Mana kembar dengan Byul? ” Jimin menyoal Jiae, selalunya anak kembarnya itu tidak boleh berenggang dengan Jiae. Tidak boleh tengok si papa bermanja sakan dengan mama.
Overdose, mesti dikacau!
Kini, Jiae direbut oleh tiga orang lelaki di dalam rumahnya.
Park Jimin, si bapak.
Park Jihyun dan Park Jihyul si kembar ultimate.
“ Tiga-tiga dekat rumah keluarga saya. Tadi eomma ada datang rumah. Kembar nak ikut eomma balik. Byul pun ikut. Abang tahu saja lah Byul sunyi tak ada abang kembar super kecoh tu. ”
Jimin menaikkan kening sedikit, senyuman nakal terbit di hujung bibir. YES TAK ADE HALANGAN!
“ Jadi.. sayanggggg. ”
Suara Jimin mula meleret.
“ Mwondae? ” Jiae jauhkan wajah sedikit bila Jimin mendekatkan jarak mereka.
“ Kita saja kan ada dekat rumah? ” Lirikkan menggoda diberikan. Bibir seksi Jimin menguntum senyum penuh makna.
Jiae mengerdipkan matanya beberapa kali. Eh bapak anak tiga ni. Gatal!
“ Muka apa tu.. kenapa buat muka nakal tu. ” Pipi Jimin dicucuk-cucuk. Nak lepas rindu lah tu.
Leher Jimin diurut sedikit. Bagi ganjaran!
“ Honeymoon time! ” Teriak Jimin. Pinggang Jiae dipaut kemas dan digoyangkan kekiri dan kekanan. Jiae tersengih sahaja.
“ Cara cakap macam baru kahwin. ” Jiae menjeling manja.
Beginilah pasangan yang sudah berkahwin hampir 7 tahun itu. Jika berjalan berdua mesti orang akan ingat mereka baru sahaja kahwin dan tiada anak lagi.
Masih mengekalkan kemanisan mereka. Kalah pasangan baru berkahwin.
“ Sayang, kita sentiasa macam baru kahwin. ”
Wajah Jimin ditekup dan hidung
mereka berlaga. Sesekali bibir nakal Jimin mengucup bibir munggil Jiae.
Mereka tersengih sesama sendiri. Jiae menunding kearah air kopi diatas meja.
“ Abang, coffee for you. ”
Jimin hanya pandang sekilas. Jiae pula mula menyentuh telefon bimbit Jimin yang berada atas meja. Rambut panjang Jiae yang menutupi leher dialihkan oleh Jimin.
“ But I want you. ”
🍳TBC🍳
Lots of love from Araa💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro