Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[S2] 004🌈


    Seperti biasa keadaan di meja makan kediaman milik pemuda bernama Jeon Jungkook riuh rendah akibat suara si anak sulung Jeon Saetbyul yang tidak putus-putus mengomel di meja makan.

Namun Jungkook dan Seul hanya pasang telinga mendengar ngomelan anak sulungnya itu. Sehinggalah Jeon Saetbyul si puteri sulungnya itu mengetuk meja makan dengan penyepit Elsa miliknya.

Ttuk TTUK!

Serentak Jungkook, Seul, Haejung dan Hajung memandang kearah Saetbyul. Terhenti pergerakan tangan si kembar Hajung yang ingin meletakkan kacang pis dalam pinggan Haejung.

" waeirae, sae? " Soal Jungkook berbasa-basi. Bukan dia tidak dengar omelan anak sulungnya itu mengomel sejak tadi macam radio rosak. Cuma dia mahu mendengar omelan anaknya tanpa menyampuk.

Tahu sangat perangai anak sulung kesayangan nya itu. Bila si anak dara itu bercerita jangan menyampuk nanti keluarlah segala mulut kepohnya.

" Daddy ni tak dengar ke apa yang
Sae kata tadi? DADDY NI! " Muncung sahaja bibir si gadis kecil itu.

" Daddy dengar sayang tapi mana kamu dapat tahu? " Sengaja Jungkook menyoal anak sulungnya itu. Bukan dia tidak tahu hal sebenar tetapi dia mahu mendengar celoteh anaknya itu.

" Betul daddy, Saetbyul tengok sendiri kejadian tu. Saetbyul tahu semuanya. "

" Aish daddy, listen to me! "

" Arra..arra daddy percaya cakap kamu. " Senyum Jungkook bila melihat kesabaran anaknya yang meledak kian meletus.

Suka sangat menyakat anak sulungnya itu.
Perangai memang lah~

Bambi eyes milik Saetbyul mula tersenyum. Gembira bila daddy berotot nya itu mendengar ngomelan nya. Rasa tidak sia-sia pun ada sekarang ni.

" Mummy? "

" nado, mummy percayakan
puteri mummy ni. " Saetbyul yang berada disebelah dicubit pipi gebu gebas tu.

Pipi pau daya tarikan Saetbyul.
Dengan Bambi eyes yang sememangnya mengikut genetik Jeon Jungkook.

" Kamu ni Saetbyul, tak cerita dekat daddy pun daddy dah tahu okay? Kamu lupa ke yang immo kamu tu noona daddy? "

" Arra arra, Saetbyul nak bagitahu je. " Panjang muncung ditarik. Mata memandang sipi daddy nya yang setia merenung wajah Saetbyul.

" Ke Saetbyul risau dengan Ji twin? " Usik si ayah nakal.

" Risaulah! "

" Sayang Ji twin's ke daddy? " Uji Jungkook. Mahu lihat pilihan anak gadisnya. Iyalah, waktu Saetbyul berumur dalam linkungan dua tahun sehinggalah sekarang Saetbyul Masih memilih daddy nya.

Sayang betul dekat daddy kacaknya.

" Daddy lah, daddy no.1 ! Saetbyul kan nak kawin dengan daddy. Heee " Tersengih-sengih budak gadis ini. Matanya dikenyit-kenyitkan kepada daddy nya yang sedia tersenyum sejak tadi.

Macam mahu mengorat pun ada
sekarang ni. Seul yang melihat telatah anaknya yang seperti nak tackle suaminya ketika ini mula senyum simpul.

" Aipp Saetbyul mana boleh kawin
dengan daddy.
Daddy kan mummy punya. " Tangan kiri Jungkook dicapai dan dipaut kemas.

Dibawa hingga ke pipi gebu gebas nya.
Tangan besor gedabak panjang-panjang!
Ada muat satu muka.

Jungkook hanya geleng kepala melihat telatah Seul yang mengada-ngada tapi nampak comel juga.

" Betul tu Saetbyul. Daddy kan mummy punya~ " Ditarik pula genggaman tangan yang saling terpaut kearah Jeon Jungkook.

Dicium-dicium tangan isterinya itu.
Choppp!!! Jangan risau tadi sempat si Jebon ni capai tisu dan lap bibir seksinya.

So, no kotoran okayhhh🕺

Berkerut-kerut wajah Tiga beradik melihat kemanisan mummy dan daddy nya.
Rasa macam nak hantuk kepala kat meja.

Pandai dah budak² ni mengomel bila Mummy daddy nya bersawit de'amor dihadapan mereka.

Jeles pula si kecil
molek tiga orang ni.

Mujur sajalah masing² masih mentah dan tidak kenal apa itu erti cinta.

" aishhh daddy mummy shetop! "

" Mummy daddy ni sweet bukan kemain kalah uncle chim tapi mana tambahan adik lagi satu? " Celoteh Haejung si bongsu kembar.

" Nak sweet² masuk bilik. Namo tunjuk dekat Hajung. " Arah si abang kembar Hajung pula.

" Sayang, Kita dah dapat lampu hijau. " Diusik nakal isterinya dengan wajah nakalnya.

Naik merah wajah Seul mendengar ayat Jungkook yang sememangnya merepek tahap gaban. Apa pulak nya cakap depan anak gitu?

Sapoiii ajorrrr hanggg
aaaa Jebonnnnn.

" Aishh apa awak ni merepek! Malas ar layan awak! "

Melekek ketawa empat beranak bila si mummy sudah menahan malu.
Sekarang ni Seul rasa macam nak benam muka dalam makgeoli biar mabuk gitu.

" Jangan malu sayang. Macam tak biasa. Malam ni on? "

Usik Jungkook dengan nada menggodanya.

" Diam lah Jebon "

Di tepis-tepis aura menggoda Jungkook. Sekarang depan anak² kut takkan nak bersemut depan anak².

Sudahlah Bahasa Jungkook extreme.

" Jeon Jebon ni lah yang engkau sayang tau. "

" Gais tutup telinga pelisss mummy nak bedal daddy kamu. "

" Terima kasih untuk makanan ini! "

Desup!

Ciput sahaja tiga beradik itu lari daripada meja makan. Nak bagi ruang dekat mummy daddy nya.

Tahu² sajalah mereka bila daddy nya dah gelenyang sebegitu.

" anak dah lari. Meh sini nak kiss.
Majuk Kan tadi? "

" come to me sayang³~ "

👣👣👣

Ttak! ttak! ttak!


Pintu kereta mewah dibuka dari luar oleh orang suruhan yang lengkap ber'suit' hitam. Butang suit dibuka dengan wajah yang serba serbi tak kena. Seorang gadis yang berpakaian pejabat mengikut tindak tanduknya. Rambut yang tersanggul kemas diperbetulkan.

Dengan wajah yang kusut Jang Sungyeol yang berumur lewat 20-an melangkah masuk ke dalam rumah agam yang mewah itu diikuti oleh gadis jelita tadi.

" Jang Rohui "

Suara tegas seorang bapa mula menerjah seorang budak yang duduk diatas sofa mahal dengan keaadan yang cemas dan gelisah teruk.

Takut dirinya dimarahi oleh papanya.
Habis dirinya nanti.

" pa..pa "

Terkebil-kebil si kecil ini. Takut dengan panahan mata papa nya yang merenung nya terus kakinya melangkah kearah gadis jelita yang setia berada di sebelah papa nya.

" Mummy... "

Dipeluk terus gadis yang digelar
" mummy " itu.
Disini lah tempat dia melepaskan rindunya terhadap mama nya.

Sudah menganggap bahawa gadis ini adalah peganti mummy nya. Sejak dia lahir dia sudah dimanjakan oleh gadis ini tetapi dia lebih merindui mama nya.

" how can you do that? " Soal Sungyeol.

" pa..i'm sorry "

" Hui tahu kan appa Jihyun dan Jihyul tu rakan se perniagaan papa? Selama ni Papa berjaya disebabkan mereka? Macam mana papa nak letak muka papa ni? " Risau Sungyeol.

Bibir digigit sambil memikirkan nasibnya nanti. Bukan dia tidak tahu walaupun Jimin selalu sibuk dengan kerja tetapi dia terlampau menyayangi anak kembarnya itu.

Habislah Sungyeol.
Mungkin jika disaman memang parah syarikatnya.

" Rohui mana tahu. " Jawapan ringkas yang terbit di bibir anak kecil itu Makin menambahkan kegusaran nya.

" Sekarang papa nak anak papa ni minta maaf dekat Hyun dan hyul. Papa taknak nanti syarikat papa kena saman. "

" Rohui tak mahu minta maaf.
Mereka yang cari pasal kenapa pula Rohui perlu minta maaf? . " Angkuh lagikan keras kepala.

Dia sungguh tidak dapat menerima hakikat bahawa papa nya lebih pentingkan syarikat daripada anak kandung sendiri.

" Kamu ingat papa tak tahu semuanya?
Jang Rohui! Jujur dengan papa! "

" Anniyeo! Rohui tak mahu! "

" Rohui-aa dengar cakap mummy.
Mummy tahu hati Rohui baik. Mummy taknak Rohui terlalu ikutkan hawa nafsu syaitan. "

" Dengar cakap mummy hm? " Gadis itu memberi nasihat yang berguna kepada budak yang berumur 5 tahun ini.

Dia yakin. Jang Rohui tidak senakal dan sejahat mana. Perlu di didik dan diberi kasih sayang. Anak kecil ini kurang kasih sayang seorang ibu. Tempat yang seharusnya dia bergantung.

Gadis ini bukan ibu kandungnya.
Walaupun nampak ciri² seorang ibu
mithali tapi bagi Rohui dia teringin mendapat kasih sayang seorang ibu yang bergelar isteri papa nya.

" Rohui.. betul apa yang mummy cakap. kita betul ke salah kita tetap kena minta maaf. Adeul.. belajar untuk memaafkan orang. Kamu bijak hui, jangan gunakan kebijakkan kamu kearah kejahatan. Kamu masih muda. " Dari berdiri kini Sungyeol bercangkung di hadapan anak tunggalnya.

" Baiklah papa, hui dengar nasihat papa dengan mummy. " akur Jang Rohui.

Seusai itu kepala kecilnya diusap lembut oleh Sungyeol. Terlampau sayang terhadap anak tunggalnya ini.

Sudahlah lelaki.
Sayangnya kalau sifat jahat hadir pada diri anak kecil ini. Perlu berwaspada.

" Tell me,, sebab apa Hui buat semua tu? " Soal Sungyeol ingin berbicara mengenai sebab berlaku hal yang menyesakkan akal fikirannya. Amarah ditolak jauh-jauh. Dia tidak mahu anaknya berasa tertekan lagi.

Berubah terus wajah Jang Rohui itu.
Dada nya turun naik menahan sebak apabila mengingati sebab utama.

" Mereka ada mama! Hui tak pernah dapat kasih sayang seorang mama. " Luah si Rohui dengan sepenuh hati.

Meruntun pilu hati Sungyeol mendengar ayat yang bergema keluar daripada mulut anak lelakinya.

" Hui... "

" Tiap² hari waktu balik hui tengok budak² tadika mama papa mereka ambil. Tapi paling hui terkesan bila lihat Hyul dengan Hyun. Mama kembar tu baik sangat sampai belanja semua budak tadika aiskrim seminggu sekali. Hantar sampai depan kelas. Selalu hantar bekal. Ambil berat dekat kembar.

Tiap kali hui tengok. Hui terfikir. Kenapa hui lahir sedangkan mama mati untuk lahirkan hui?

Papa.. "

" Tapi kamu ada mummy. " Tangkas Sungyeol. Melangut sedikit ingin melihat wajah manis gadis yang berdiri dihadapan nya kini. Senyuman diberikan kepada si gadis.

Gadis itu juga menunduk memandang jejaka tinggi yang sedang duduk bercangkung di hadapan anak tunggal lelakinya. Wajah majikan nya yang tersenyum dipandang lama.

Rohui pula silih berganti memandang mummy nya dan papa nya.

" Papa dengan mummy tak kahwin lagi.
Hui tak dapat rasa kehadiran seorang ibu tu kalau mummy tak kawin dengan papa. " Celoteh Jang Rohui berkata.

" Kalau macam tu papa akan kahwin dengan mummy. "

Terbuntang bulat mata gadis itu mendengar bait-bait satu persatu perkataan yang keluar daripada
bibir cantik duda hot ini.

" Yeol.. " Debut gadis itu dengan riak terkejut nya. Terpempan dibuatnya, memang dia memiliki perasaan terhadap Sungyeol dan berangan tinggi untuk menjadi suri hati Encik Sungyeol.

" Kim Aurora.. gyeolhonhabsida. "

👣👣👣


Dreaming Skyscraper JM’

" Selamat Tengahari Puan Park! "

Kehadiran si isteri Park daepyonim disambut dengan meriah.
Masing² berdiri di luar bilik meeting.

Berkobar-kobar para staff ketika menunggu kehadiran Jeon Jiae apabila desus desas yang mengatakan bahawa Cik Puan Muda kecil molek itu menggantikan meeting tergempar pada hari ini.

Kerana mereka tahu, jika isteri daepyonim ambil alih meeting mesti suasana santai dan damai memainkan peranan. Mudah berurusan dengan Jiae.

Terkejut beruk Jiae melihat staff menyambut nya di muka pintu bilik meeting dengan sapaan lantang nya.

" ehh tak perlu sampai semua berdiri kat luar. Kamu semua ni kalau Jimin tahu dia mesti gigit saya sebab awak semua teruja sangat. "

" Tak apa Puan, lagipun kami yang sukarela. "

" Terima kasih semua, saya hargai sangat. Sudah awak semua masuk. "

" Puan masuk dulu. "

" ada-ada je awak semua ni. " Senyuman manis tersimpul. Geli hati dengan layanan baik daripada pekerja suami tercinta.

" Bukan selalu nak tengok Puan Park ni ganti Park daepyonim dekat sini. "

" Ini pun saya take over sebab nak bagi daepyonim kesayangan awak semua rehat. "

" Auchhh so sweet lah Puan! "

" Hahahah, dah²-kita dah
boleh start Kan? "

" kkeureomnyeo! "

👣👣👣


" Terima kasih atas semua usaha keras awak semua. Lepas ni kita boleh focus untuk tujuan utama kita. Iaitu runaway next week. " Rambut di selak kebelakang apabila sedar bahawa sudah satu jam bermesyuarat.

Berakhir juga meeting mereka lepas satu jam berteleku dalam bilik mesyuarat.
Kertas-kertas yang berada ditangan Jiae diselak sekali lagi.

Diperiksa setiap portfolio presentation mengenai details Majlis Yang bakal berlangsung dengan megahnya nanti.

" Dan pastikan semua model untuk runaway nanti ada. Kalau boleh cari
extra models untuk kecemasan. Mana tahu seorang models tiba-tiba sakit perut Salah makan ke. Nanti tumbuh uban pula daepyonim kamu tu fikir jalan penyelesaian. " Sempat mengumpat cik shuben hehehehe.

" algaesumnida! "

" Saya rasa saya takda hak nak cakap pasal ni—tapi pasal syarikat pelabur dan dari luar negara turut attend the runaway right? "

" dae! "

" Ada maklumat apa² mengenai jumlah pelabur dan ahli perniagaan yang sertai runaway kita? "

Tujuan dia menanya semua ini. Bertujuan untuk memaklumkan kepada suaminya yang ketot tu. Diberi amanah kepada dirinya bertanya pada Bella setiausaha suaminya ini tentang pelabur dan ahli perniagaan yang turut serta.

" Apa pulak tak layak Puan.. walaupun Puan hanya pereka fashion terkenal dan isteri daepyonim. Park daepyonim bagi harapan penuh dekat Puan.

Sebab dia tahu dan yakin isteri dia boleh kendalikan hal dia kalau CEO Kami takde. Alaaa si Cik Puan Muda kan selalu take over tempat daepyonim." Tutur Bella si gadis kacukan Korea dan England.

Nama England nya.
Bella Dylan.

Nama Korean nya.
Kim Bella.

Sudahlah kecil molek.
Bentuk wajah yang serupa dengan
Rachel Park atau Nama asalnya
Park Minyoung.
Mata yang bulat seperti Lisa Blackpink.
Hidung mancung.

Kulit putih mulus pula.
Macam manalah Jimin boleh tak terpikat?
Jimin sudah dibutakan dengan cinta
Jeon Jiae 🤣

Lagi satu, berani?
Kalau takmahu pipi menebal gara-gara ditumbuk buatlah.

" and , pasal tetamu besar yang datang nanti. Semuanya saya dah ada senarai. Kira² dalam berpuluh juga lah tetamu
besar yang hadir nanti. Selebihnya artis undangan dan wartawan.

Puan jangan risau, semua maklumat tentang mereka Bella dah uruskan. " Semangat Bella ingin memberi kepercayaan kepada isteri boss nya itu. Thumbs up diberikan.

" good, nampaknya Bella dah boleh kendalikan syarikat ini nampaknya- " Usik Jiae nakal.

" annimida Puan! Andwae wiheomhae! Jadi setiausaha pun dah bebal otak saya Inikan pula nak jadi CEO? Haremmm jawabnya nanti. "

Seisi ruangan bilik mesyuarat bergema dengan gelak ketawa yang memecahkan perut mendengar bebelan/ngomelan gadis kacukan ini.

" Kalau boleh email kan semua data mengenai tetamu tu pada Jimin okay? " Arah Jiae apabila keadaan sudah pulih daripada virus ketawa.

" aip aip captain! "

Senyum manis Jiae melihat pekerja
Jimin yang semuanya Happy go lucky.
Cuma masih wujud beberapa staff sahaja yang bukan daripada pasukan perancangan agak sombong sedikit disebabkan jarang berjumpa dengan si wifeu jemenggggg.

" Lee Nara.. "

Nama secretary Jung Hoseok tubit di bibir nya. Alis matanya kini fokus pada Lee Nara yang duduk tidak jauh daripada nya.

Gadis yang bertocang kuda itu terus menumpukan perhatian pada Jeon Jiae saat Nama penuhnya dipanggil.

" Dae Puan? "

" COO Jung Hoseok.. eodinyago?
Bukan ke dia patut ganti daepyonim
kalau daepyonim cuti? "

" Harini Hoseok sajang-nim tak sedap badan katanya. Daripada pagi tadi asyik mengadu morning sickness. Lemau sahaja saya lihat tadi. Macam biskut cream cracker kena celup dalam kopi panas. "

" Tak sihat lah tu. Nanti saya cuba call
isteri dia. Btw semua dah settle so— "

Ttukk ttuk!

Saat pintu utama bilik mesyuarat di ketuk. Semua mata-mata tertumpu pada pintu bilik mesyuarat. Terbantut terus ayat Jiae yang ingin disampaikan.

Sapo yang kaco ni?
Bukan senang nak senang dapat feeling focus lagu ni—

Cakk!!

" everything is going well? "

" daepyonim! "

Terkejut tambah teruja para staff melihat kehadiran daepyonim kesayangan mereka.
Dengan berpakaian santai Park Jimin muncul di muka pintu bilik mesyuarat syarikatnya.

Niatnya ingin menjemput kekasih
hatinya itu. Sanggup naik bas nak ambik bini. Sebab dirinya tahu yang isterinya itu akan pandu kereta.

Apa hengko ingat CEO macam aku tak reti Naik bas? Hello ini Park Jimin okay—

" Awak? "

" nah I'm here. So how?
Everything gone fine? "

Langkah diatur kearah isterinya yang duduk di seat utama dalam bilik mesyuarat yang sedia besar ini. Pipi isterinya menjadi sasaran cubitan manjanya. Hasilnya perut keras Jimin dicubit kembali.

Ermm... ada six pack...

Staff² yang melihat adegan tak berbayar
itu hanya senyum dan tersengih.
Muncul sudah perangai ulat bulu CEO mereka. Geli hati mereka menyaksikan kesemutan suami isteri itu.

" Semua dah settle. "

" charanda. Kalau kerja semua dah settle boleh balik awal okay? After lunch hour dan siapkan semua kerja saya benarkan semua pekerja balik.

Inform kan dekat pekerja lain okay? "

Itu yang ditunggu-tunggukan selama ini.
Arahan balik awal yang diluluskan oleh daepyonim mereka . Semua pekerja dlam bilik mesyuarat ini bersorak gembira.

Dalam fikiran masing² sudah terbayangkan pusat karaoke, tidur, makan dan melakukan aktiviti santai.

Ada masa yang terluang ini.
Memang nikmat ler jawabnya.

" chincha?! Woahhhhh!! "

" Kamsahamnida daepyonim! "

" Daepyonim jjang!! Kkaepjang! "

Tersenyum lega Jimin, dapat dilihat wajah gembira para pekerjanya itu. Dalam benak fikiran terfikir..... Banyak sangat ke dia bagi kerja sebab bersorak gembira macam tak pernah dapat cuti.

" Jiae daepyonim ada hal nak cakap lagi? "

" eobseoyeo tch. "

Decit Jiae bila Jimin mengenakannya. Muncung sedepa bibir Jiae bila diusik sebegitu. Mahu perli lah tu. Siap daepyonim bagai.

Melihat isterinya yang sudah jeling padu kearahnya dia mengusap rambut Jiae perlahan sambil meneruskan ayatnya.

" Ouh ya, Bella... Saya nak awak inform dekat pekerja pelatih pada semua bahagian diminta jumpa saya dekat bilik pejabat saya ya? "

" Baik daepyonim. " Ujar Bella sambil tangannya menari pantas pada permukaan helaian kertas buku nota kecil nya.

" asap okay? Sebab lepas ni saya ada appointment dengan Cik Puan Daepyonim awak ni. " Tepat Jimin berdiri di belakang kerusi utama yang di duduki Jiae ataupun wajarnya tempat duduknya. Tangan gatalnya menekup pipi isterinya dan menekan-nekan pipi isterinya itu.

Anda faham bukan?

Dalam hati Jiae tak habis² mengingatkan diri supaya bersabar dengan tindakan Jimin terhadapnya.

Siaplah kau Lepas ni Park Jimin.

" Akan dilaksanakan dengan segera! "

" Okay, semua boleh bersurai :) "

" Kamsahamnida daepyonim! "

Beransur-ansur para staff bahagian perancangan dan secretary
COO dan CEO.

Sempat menyempat si Bella membuat tanda call dekat Jiae. Tahu sahaja Jiae dengan tindakan Bella itu.
Ajak lepak lah tu nanti.

" dae Terima kasih atas usaha
anda semua. " Ujar Jiae dan menunduk hormat.

Mereka berdua turut melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Jiae menghentak kaki tanda protes saat keluar daripada bilik mesyuarat. Jimin mengekori Jiae dari belakang. Tahu sahaja angin isterinya itu.

Merajuk lah Tu.

Bahasa tubuh dah cukup bukti menandakan Jiae merajuk.

Timbul idea nakal ingin mengacau
lagi isterinya itu.

" pewittt awek sengsorang ke.. nak nombor boleh? Saya bujang lagi. " Dirangkul leher Jiae dari arah tepi.

Geram Pula Jiae dibuatnya.
Boleh pulak si Jimbit ni kata dirinya masih bujang terantang-tang?
Nak kena manusia ni.

Nafas dihembus secara kasar.
Matilah engko Jimin kena karate dengan Jiae nanti.

" Tepilah! Saya dah ada tiga orang anak.
Suami saya tak sedar diri kata yang dia Tu bujang. " Ditepis kasar tangan Jimin namun tidak Pula si jejaka ini melepaskan rangkulan pada leher isterinya.

" Takpelah saya nak ngorat awek lain lah.
Tak silap saya Cikgu kembar, Miyawaki Sakura tu masih single~ "

Selamba badak Jimin sahaja melepaskan rangkulan leher dan menonong jalan ke depan meninggal kan Jiae dibelakang.

" Dengar² poligami ni harus~ "

Berasap telinga Jiae mendengar ayat Jimin. File nipis Yang berada digenggaman tangannya Di genggam erat.

Dipandang sekilas file itu dan beralih pula pada badan belakang Jimin yang sudah menjauh.

Ouh...
Awak main kasar dengan saya?

Siap kau Park Jimin.

Kekuda di pasang kemudian pantas dia berlari laju kearah Jimin.

PPAK!!

Bunyi kuat yang terhasil pada file yang berlaga dengan badan belakang Jimin membuatkan para staff terbeliak melihat adegan panas yang mungkin menyakitkan badan Jimin.

" aduhh ,, hahahhaa sakitlah sayang. " Adu Jimin dengan ketawa yang masih bersisa buatkan Jiae Makin sakit hati.
Sebal rasanya.

Jimin sudah agak yang dirinya bakal dibedal oleh si kembar Jungkook ini. Tadah badan je lah. Dah lama tak tengok Jiae menyinga macam ni. Kalau dulu memang badan Jimin dicubit je.

" Awak memang kan Jimin?!
Saya merajuk setahun dengan awak!
No doubt! "

" Hahahaha"

Para staff daripada jabatan tertinggi iaitu pasukan pemasaran hanya mampu tersengih dan menahan ketawa sahaja melihat boss mereka mengusik isterinya.

Senang hati mereka melihat daepyonim kesayangan mereka gelak ketawa sebegitu. Kalau tak memang selalu Serius sahaja ditempat kerja.

" Jalan sekarang sebelum saya
pukul awak! " Dengan ganasnya Jiae memusingkan badan Jimin menghadap jalan lurus yang menempatkan bilik pejabat Jimin.

" kiss first. "

Orang tengah sakit hati dia boleh pula nak cium-cium. Kaki nak?

" ni kiss dia.. haa ni makan dia! "

Bbuk!!

" sakitlah sayang! " Adu Jimin sambil mengusap badan belakangnya di tumbuk padu oleh tangan kecil Jiae. Kau jangan macam-macam si Jiae ni hari-hari tumbuk punchbag dalam bilik gym dekat rumah.

Kecil² cili padi betul!
Menyengat tumbukkan dia.

" Jalan sekarang. Taknak dengar awak merepek dekat koridor ni. " Tegas Jiae namun Jimin buat muka selamba dia je.

" Iyelah jalan lah ni. "

Baru jalan beberapa langkah. Jimin berhenti kan langkah dan undur balik dan hasilnnya lengan sasa nya berkerja dengan mencempung tubuh kecil isterinya ini. Dahi Jiae dicium sekilas.

No hal~

Dulu sebelum pregnant kan Byul berat Jiae
70 Kg. Sekarang lepas lahirkan Byul, semua pantang dijaga. Siap makan supplement bagai. Exercise.

Kira² berat 46 Kg je.

Ringan bukan?

Mana author tahu?

Author yg buat cerita ni
author tahu ar😂


Jiae?

Terkejut bukan kepalang.
Rasa nak tampar je Jimin sekarang ni. Pipi sudah memerah membahang.

Sudahlah depan pekerja dia.
Apa pula yang diorang onion nanti.
Memang haruslah jadi bahan gossip punya.

" kyah Jimin!
Turunkan saya, melampau awak ea! "

Dada Jimin di pukul tanda malu yang menguasai diri. Sudahlah berlari.

Ssup!!!

Hilang macam tu sahaja mereka berdua.
Laju benar si Jimin ni berlari.

Sesampai sahaja di depan pintu besar bilik CEO. Bella dikejutkan dengan pasangan sweet ini.

Seperti terkena renjatan elektrik laju
sahaja Bella Dylan ini berdiri. Muka kekok ditayangkan kerana sebentar tadi dia sedang melepak sebenarnya.

Haraplah tidak terkantoi.
Riwayatnya Masih panjanggggg.

Tambahan pula dengan keaadan daepyonim nya dengan rakannya ini.
Fuhhh mereciks!

Berkelip-kelip Mata bulatnya
melihat tontonan free ini.

" Bella nanti mereka dah sampai bagitahu tau. Saya takut asyik sangat kang. "

" Baik daepyonim~ " Meleret sahaja suara Bella bila seakan-akan faham dengan ayat yang disampaikan kepadanya.

Kenyitan mata diberikan kepada Jiae
yang speechless tahap dewa itu.
Terkumat-kamit bibirnya menyumpah seranah suaminya ini.

" Kyah awak nak buat apa
dekat saya hah?! "

" Bagi Byul adik nak? " Muka nakal 🌚 ditayangkan. Sengaja diredupkan matanya bagi nampak menggoda.

Tak keruan Jiae dibuatnya!

Hah mampos!
Gasak!

" micheoseo?! "

PPAP!

Pintu bilik CEO yang besar lagikan mewah itu terkatup rapat maka orang luar tidak boleh mendengar apa yang dibualkan kerana bilik didiami oleh mereka saat ini adalah bilik kalis bunyi.

Maka tamatlah riwayat seketul
Jeon Jiae tatkala pintu besar dan tebal
ini ditutup.

Namun bidai Masih tidak tertutup.
Baru sahaja pekerja² di bahagian pemasaran dan juga secretary Bella ingin menjengah-

KKIKKKK!


Dengan lajunya semua bidai tertutup.

" arhhh "

Merungut mereka apabila mereka tidak dapat mengintai pasangan suami isteri itu. Bukan selalu nak tengok pasangan suami isteri tu manis macam madu siap bercempung lagi.

Rugi tak rakam.
Aishh peluang keemasan Tu!

" Tak sangka daepyonim kesayangan kita Tu degil juga orangnya. " Ujar Noksun si ahli tertua antara mereka sepasukan dan ketua bahagian pemasaran.

Jang Noksun,36.
Status berkahwin, anak 2.

Bila set-set makcik pakcik membawang kat tempat kerja Inilah jadi. Sesambil itu mereka sepasukan melangkah kearah tempat duduk mereka.

" Tahu takpe-korang nampak en tadi camne isteri daepyonim geram dengan daepyonim tadi? " Ujar si ahli termuda
Kim Haisu,24 tahun.

Berwajah cantik tetapi banyak mulut
kalau jumpa geng sekepala.

" Perghhh! Cenggini " Sahut lagi empat orang.

" Tapi daepyonim sweet juga en? Tengokkan umur baru 27 tapi anak dah tiga. Hah kau Hwasin bila nak kawin? Teringin juga nak makan buffet kau. "
Ujar si Jung Eunha.

" Tch, jodoh cantik aku tak sampai agi lah. " Decit Lee Hwasin yang dari dulu tak laku-laku.

" Poyo! "

" Hah kau Eunha bila kau nak kawin dengan Pak Mingyu kau? " Soalan cepumas berbalas kembali. Bukan Hwasin tidak tahu yang Eunha dengan Mingyu dah lama tapi gituuu je lah.

Lagilah sedihnya.

" Eh Aku pulak kena. Nanti korang dapat kad jemputan aku jangan terkejut tau! Eksekutif punya!  " Jeling Eunha. Terus dirinya buat-buat sibuk dengan menekan-nekan papan kekunci komputer.

Geram pula, tahulah dia NAK kawin bila dengan putera kacak nya itu.

Noksun yang melihat menggelengkan kepala. Bergaduh saja kerja. Jodohkan nanti baru tahu. Terkemut-kemut nanti tahan malu.

" Dah-dah buat kerja masing² nanti pihak atasan dengar buat malu je nanti. " Lerai si Noksun yang sudah duduk di tempat nya.

" Iyelahhh. "





______To Be Continue______

💜✨Kirim Salam Sayang Araa
untuk lovely readers ✨💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro