Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[S2] 003🌈

🏨Hospital Seonyun🏨

  Kaki Jimin yang kehulu-kehilir seperti mundar mandir ditenungku bersama keluhan berat. Siapa yang tidak risau, anak kembar kami terlantar di hospital. Anak sulung kami. Paling menggamit kegusaran di hati seorang ibu seperti aku adalah keadaan mereka.

" Abang.. "

Jimin toleh memandang ku.
Terpalit senyuman nipis melihat wajah sedihnya.
Tanpa membuang masa tangannya diraih untuk menarik nya duduk disebelah ku.

" anja-isseo , penat saya tengok awak mundar mandir— "

" anak kita sayang, anak kembar kita. Jihyun.. Jihyul.. saya risau. " Pintas nya laju. Belakang tapak tangannya diusap lembut olehku. Sisi kepala disandarkan pada bahunya.

Menyumbang kan segala kekuatan yang berbaki dalam diri. Wajah muram Jimin dicuri pandang.

" Abang ingat saya tak risau? Saya seratus kali ganda risau tapi kita kena terima ini semua ketentuan Tuhan. Mana tahu Lepas turunnya hujan timbulnya pelangi?
No one knows. "

Satu keluhan berat terbit di bibir munggil Jimin. Pipinya diusap perlahan bagi menenangkan nya. Mesti dia rasa bersalah sebab punca si kembar diejek kerana dia. Aku terlampau faham dengan keaadan Jimin sekarang.

" Ottokhaji? (Macam mana ni?) " Gelabah Jimin. " Saman? " Ujar Jimin.

" Kita boleh bincang dengan pihak sekolah dulu. Nak saman budak kecil ianya tak logik yeobo. " Seketika wajah gusarnya di tenung.

" Saya akan bincang pihak atasan. "

" Sayang ikut abang,, sayang tahu abang merancang yang terbaik untuk keluarga kita " Kalini aku hanya turutkan arahan dia. Malas mahu bertekak dengan dia.

" Sayang.. gomapda cause trust me " Pipiku dicekup lembut dan bibirku dicium sekilas. Perangai sweet dia tak pernah luntur macam dulu-dulu.
Tetap sama.

Kepala aku terlentok ke sisi melihat sisi manis nya. Haihh aku tak sanggup nak kehilangan dia suatu hari nanti.

Tubuhnya yang sasa menjadi sasaran pelukan aku.

" Jadi tulang belakang suami satu tanggungjawab isteri. " Senyumku dengan ceria. Bukannya aku tak sedih tapi pengajaran sebelum ni buat aku lebih tabah dan cekal.

Walaupun ada masa, aku turut rebah menyembah bumi dengan dugaan yang dilemparkan. Pada waktu itu aku memerlukan "payung" untuk melindungi diri aku daripada terkena "titisan hujan" yang telah tercipta.

" Jeon Jiae saya
makin tabah sekarang ni " Pipi diusap-usap oleh tangan besarnya.

" Thanks for God "

Akhirnya aku dapat buat
Park Jimin si lelaki mata sepet
ni senyum dengan ayat aku.
Buat kesekian kali, tangannya diusap-usap perlahan.

" Jangan sedih², sayang tahu Jihyun dengan Jihyul selamat. Kita fikir positif okay? Doakan yang terbaik. "

" alright sayang but—"

Klerkk-

Bunyi geseran pintu yang terbuka mengejutkan kami. Tanpa membuang masa kami berdiri dan menghampiri seorang doktor lelaki dalam linkungan 40 tahun.

" Annyeonghasumika Tuan Park, Puan Park " Tundukan hormat dijamu.

" dae annyeonghaseyo Doktor Han- kkeureom eottaeyeo? "

" Anak kembar Tuan dengan Puan tidak mengalami sebarang kecederaan yang Serius cuma Jihyul cedera sedikit di kepala namun tidak menjejaskan struktur otaknya. Jihyun pula hanya Luka sedikit di bahagian siku cuma punca tidak sedarkan diri disebabkan mabuk darah. Boleh melawat sekarang, Jihyun sudah sedar."

Segera itu aku terus menghela nafas lega. Jimin disebelah dikerling sekilas. Nasib baik sedikit senyuman tercalit di bibir munggil lelaki itu.

" Syukurlah. Jeongmal kamsahaeyo " Jimin membongkok kan badannya dan aku turut sertainya.

" aigoo itu memang tugas saya " Senyum Doktor Han.

" Sebelum tu boleh saya tanya sebab apa anak Tuan Puan Park cedera sehingga begitu? "

Aku dengan Jimin saling membalas pandangan. Takkan nak jujur yang anak kami kena pukul dengan budak sebaya sendiri?

Mintak kena tempah keranda gamaknya.
Tapi isu ini akan terbongkar juga jika tidak dijaba dengan baik.

" ar... " Teragak-agak dibuatnya. Aku menggaru dahi yang tidak gatal.

Aduhhh.. Kini aku ingin jaga nama keluarga kami kebenarnya. Yang penting nama Jimin. Bibir dikemam sedikit.

" Dibuli " Kendur sahaja suara Park Jimin apabila berbicara mengenai ini. Namun senyuman nipis yang sedikit hambar dapat dikesan melalui iris mataku.

Tidak mengapalah kalau Jimin sendiri yang membuka mulut. Asalkan bukan daripada mulut aku sudahlah. Nanti apa pula yang Jimin kata.

Tercetus pula pergaduhan antara kami nanti.

" ouh saya dah agak. Lihat daripada luka dia pun saya dah dapat agak. Cuma nak minta kepastian sahaja. Pastikan mereka tidak tertekan ya. Takut menjejaskan pemikiran mereka kerana baru sahaja mengalami trauma sebegini. " Senyum Doktor Han.

" dae, kamsahamnida sebab ambil berat. " Ikhlas ku berterima kasih.

" kkeureom,, saya minta diri dulu. "

" dae kamsahamnida " Ucap Kami berdua serentak. Sejurus itu Doktor Han berlalu pergi dan meninggalkan kami berdua Di hadapan wad yang menempatkan anak kembar aku.

" Abang, jom masuk " Lengannya dipaut olehku. Sebentar, menelek sedikit wajahnya yang kelihatan sugul. Tadi bukan main ceria bila dapat tahu keadaan kembar tu okay.

Ni kenapa pula?

Dia leraikan pautan tangan aku dekat lengan dia. Termanggu-manggu aku dibuatnya.

Kenapa??????

" wae? "

" anniya, sayang masuklah abang tunggu kat luar je. Lagipun abang takut abang akan marah Jihyun. " Senyumnya nipis. Pandangan nya dilarikan bila aku tenung tajam muka dia.

Aku menyepetkan mata bila Jimin dah mula nak buat drama dekat sini. Ada yang kena ganyang kat sini kang. Babap nanti.

Tangannya dicapai kembali dan tarik
sedikit sehingga berganjak ke depan sedikit.

" shh jangan nak merepek. Jom masuk. "

" No excuses! "

" Tsk s..sayang taknak! "

•'•'•'•'•

Bunyi pintu ditolak membuatkan iris mata budak lelaki yang berumur 5 tahun yang kelihatan kesal,sedih bercampur dengan rasa bersalah mula menoleh memandang muka pintu .

Membulat terus matanya itu apabila dapat mengenal pasti figura siapa yang masuk ke dalam wad nya. Terkebil-kebil anak matanya memandang gerangan yang paling digeruninya sekarang.

" Mama.. Papa.. " Jihyun memandang kedua ibu bapanya dengan pandangan yang penuh dengan rasa bersalah. Apabila melihat senyuman mama nya, hati yang penuh dengan kegusaran sedikit sebanyak tercuit dengan senyuman manis seorang ibu.

Tapi..

Apabila terpandangkan wajah papa nya yang suram membuatkan hatinya yang lega sedikit kembali meragut kegusaran. Baju hospital yang ditubuhnya mula digenggam mengelap peluh yang berkumpul.

" Anak mama okay? " Ubun-ubun anak sulungnya ini diusapnya dengan penuh kasih sayang.

" urm gwaenchana.. " Mengendur sahaja suara Jihyun. Pandangan nya mula beralih pada Park Jihyul adik kembarnya yang berada di katil sebelah.

Seketika sahaja sebelum berpaling bertentangan dengan arah tadi. Hatinya tak kuat melihat adiknya sebegitu.
Sedih bercampur aduk dengan rasa bersalah.

Itu yang dia rasakan ketika ini.

Jiae yang perasan perubahan riak wajah anaknya itu mula mengendur kan senyumannya.

" anak mama ada cedera dekat mana² ? "

Makin bertambah rasa bersalah nya, tidak akan mama nya ini tidak perasan akan adiknya yang terlantar disebelahnya?

Ini membuatkan dia makin rasa bersalah dengan adiknya kini. Mahu mendengar suara papanya sudah tentu tidak akan.

Dari riak wajah papanya, dia dapat tahu papa nya kini sedang marah akannya.

Tunggu sahaja larva yang meledak itu meletus. Silap kata sedikit pasti menengking papa nya itu.

Jimin pula hanya diam memerhati adegan Di hadapan nya ini. Entah mengapa rasa sedih makin membuak-buak. Marah pula nasib baik dapat dikawalnya. Cuma dia sebagai bapa kepada anak-anak kembarnya turut merasa bersalah dengan semua yang berlaku.

Haihh Entahlah, ini Rasa bersalah.
Itu pun rasa bersalah.

" mama, Hyun okay. Lebih baik mama ambik berat pasal Hyul. Hyun okay. Hyun rasa makin bersalah bila mama ambil berat pasal Hyun sedangkan Hyul dekat sebelah Hyun tak sedarkan diri. "

" Hyun, jangan cakap macam tu "

" Macam mana Hyun boleh tak jaga adik baik² papa amanahkan Hyun sebagai abang jaga adik. " Akhirnya suara seorang ayah mula kedengaran. Kedengaran sedikit tegas dan cukup membuatkan tangkai hati kecil Jihyun terasa dijentik.

" Jimin geumanhaera.. ingat apa Doktor Han pesan."

" Sepatutnya Hyun yang patut dipukul Kan dengan Jang Rohui? Tiada siapa yang akan risau kalau Hyun yang cedera. Hyun ni bukannya ada orang nak sayang. "

" Park Jihyun! " Naik seoktaf suara Jimin mendengar ayat mengarut anaknya itu. Niatnya hanya ingin menanyakan hal itu tapi lain pula jadinya.

Mungkin apabila dia melihat keadaan anaknya, Jihyul yang terlantar tidak sedarkan diri membuatkan emosinya
tidak terkawal.

Mungkin..

Terhinjut juga bahu Jiae dan Jihyun.

" sudahlah papa, papa buat Hyun rasa teruk.

Rasa teruk sangat dengan semua ni."

Air mata yang jatuh ke pipi dikesat kasar. Tanpa membuang masa terus Jihyun baring membelakangi Jihyul dan menarik selimut menyelubungi tubuh genitnya itu.

Rambut yang terjuntai ke hadapan di kuak ke belakang. Jimin menarik nafas bagi menstabilkan perasaannya yang terlalu ikutkan kemarahan syaitan.

" Park Jimin we need to talk about this. "

Tegas Jiae. Tanpa memandang wajah suaminya yang sedang sugul itu dia terus mengendahkan dan berjalan melepasi suaminya itu.

Rasanya, biarlah kalini dia menunjukkan sisi tegasnya pula kepada Jimin. Jika dia terus berlembut memberi muka pasti lagi keras kepala Jimin tu.

•'•'•'•'•

" Sayang, tunggu "

Apabila sudah sampai di Taman hospital, Jimin memanggil Jiae yang jauh kedepan. Sebelah tangan Jiae diraih bila Jiae memperlahankan orakan langkah.

" Awak kecewakan saya. " Ujarnya seraya berpaling menghadap wajah lelaki kesayangan nya.

" kawal marah awak Jimin. Saya bukannya nak bising sangat tapi awak kena ingat pesan Doktor Han. "

" Sayang— "

" Sayang juga taknak buat abang tertekan. Saya juga tak mampu nak marah awak teruk-teruk untuk hal ini. "

" Sayang, saya tak dapat nak kawal emosi saya. Saya juga bersusah payah menahan perasaan bila terpandang wajah Jihyul. Saya bukannya mahu pilih kasih tetapi saya cuma tersepit dalam diri saya sendiri. "

" Sayang tak ada sekelumit niat pun nak marah tegur sampai macam ni tapi kalau saya tak buka mulut masuk campur sampai bila awak nak dingin macam Tu bila dengan Jihyun. Dia anak awak juga Park Jimin. "

" mianhaeseo... " Jimin menundukkan kepalanya dan mengusap belakang lehernya. Terasa teruk sebagai seorang ayah.

Jiae datang merapati suaminya. Tubuh sasa Jimin didakap erat. Disembamkan wajahnya pada bahu Jimin.

" Suami saya dah matang dan dah pandai fikir secara lebih luas. Saya cuma minta satu je, turunkan ego awak dekat Jihyun. dia masih kecil dan perlukan bimbingan dan dorongan kita. "

" boleh? "

" Saya cuba yang terbaik, sayang.. "

Tanpa memikirkan beberapa pesakit² yang lalu lalang, Jimin memegang jawline isterinya dan merapatkan bibirnya ke bibir Jiae.

•'•'•'•'•

Drttt... Drrttt...

Gadis disebelahnya hanya melihat si cinta hatinya mengeluarkan aset kesayangan nya daripada poket seluar. Tautan jari jemari yang terselit antara jari jemari sang cinta hati makin bertaut apabila si gadis ingin melepaskan tautan tangan.

Niat mahu memberi ruang buat sang cinta hati terbatal. Haihhh orang mahu bagi ruang persendirian kepadanga tapi enggan pula.

Bukan dia tidak tahu pemanggil itu.

Ahn Bella

Secretary suaminya.

" Hello Bella, Ada apa call saya? "

" Hello daepyonim..kkeureom saya nak cakap sesuatu dengan daepyonim... "

" Saya tengah cuti ni, semua hal berjalan dengan lancar bukan? "

" urm dae, kkeundae harini pasukan perancangan Ada buat meeting untuk details baju-baju untuk runaway minggu depan. Kalau boleh daepyo-nim boleh turun padang lihat hasil kerja mereka. "

" eoh chincha? Urmm... "

" mana Hoseok? Diakan COO , why not him take over my place? "

" baru tadi secretary Nara maklumkan yang sajang-nim sibuk sedikit. "

" urm kalau macam tu nanti saya bagitahu awak keputusan. "

" nae daepyo-nim,, annyeonghigaseyo. "

" nae... "

Ttut---

Daripada raut wajah Jimin dan perbualan di antara suami pendek dan secretary Bella, Jiae sudah tahu butiran mengenai perbualan mereka.

Sudah tentu mengenai hal syarikat.

Bibir dicebikkan acap kali. Anak Mata Jimin memandang si gadis genit disebelahnya ini.

" wae? "

" urm abang kena pergi syarikat sebab pasukan perancangan nak buat meeting untuk details baju runaway nanti. "

" Abang tak tengok lagi? "

" macam tu lah... isteri abang punya idea dan berkerja sama. Semestinya semua akan berjalan lancar bukan? "

" tch.. " Wajah Jimin dijeling geram.

" Kalau abang pergi, siapa nak pujuk Jihyun? Habislah rancangan Kita nanti. " Muncung Jimin.

" Biar sayang attend mesyuarat tu. Macam lah tak biasa ganti abang meeting untuk hal cam ni. "

" really? Sure? "

" yes, sebab Inikan hasil kerja kita. Gojeongma sayang tahu citarasa abang macam mana. I'm your wife right 😙 " Kenyitan Mata diberi.

" kalau macam Tu sayang gerak dulu ea " Pipi sang suami di raih kemudian ciuman hangat diberikan di pipi.

" Nak naik apa? abang hantar sayang eh "

"haih takpe, sayang Naik grab car . "

" Serius ni? "

" dae, nanti sayang call. Annyeong! " Seusai mencium pipi lelaki ini buat kali kedua, Jiae mula mengaturkan langkahnya beredar dari kawasan wad.

" Hati² sayang! "

Jiae toleh ke belakang dan melayang
flying kiss dengan senyuman manis yang tidak lekang daripada bibir. Jimin Pula acah² menangkap flying kiss itu dan sematkan di bibirnya💋✨

Dari jarak yang sedikit jauh mereka saling berbalas senyuman.

-------•

"annyeonghaseyo Bella! "

" Puan! Ada apa call saya? Nak ajak lepak ke? Kalau nak ajak lepak tak boleh la Puan.... "

" lepak tu yang kedua. Yang utamanya, saya gantikan suami saya attend mesyuarat kejap lagi. "

" CHINCHA?! WUAHH NAMPAKNYA KAMI PERLU SAMBUT PUAN NI! BUKAN SENANG NAK TENGOK PUAN PARK NI URUSKAN MEETING. "

" EHHH, ANNIYO~ iyelah, last saya gantikan suami saya dua bulan lepas kan. "

" dae! "

" Tapi, saya nak semua dah sedia tau bila dah sampai nanti. Kalau tak saya suruh Jimin potong gaji awak! "

" Puannnnnnnnnnnn "

" Ahahhahaha nongdam nongdam~ tapi awak tahu saya ni jenis tepati masa kan? "

" aippp aipp captain! Jumpa dekat sana nanti~ annyeonghigaseyo Puan "

" nae yeppo~ "

Sejurus panggilan Telefon dimatikan. Jiae menyeluk telefonnya ke dalam poket seluar track suits . Sebenarnya dia tidak mahu mengambil grab car kerana dia terlupa membawa beg duit. Nasib baiklah dia selalu letak beberapa keping not duit Di dalam poket seluar jika dia memakaikan seluar.

Kakinya mengatur langkah menuju ke arah pondok bas yang tidak jauh daripada hospital. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang disediakan khas. Hajatnya mahu menaiki bas sahaja.

Cuaca harini elok sahaja, tidak terlalu panas sehinggakan membuat dia dehydrated . Namun telinganya dihembus sang angin, ia meleret ke pangkal cuping telinga. Angin yang menerpa sungguh mendamaikan hati.

Haraplah orang lain tidak mengecam dirinya ini. Sudahlah berpakaian sesantainya. Dengan berbekalkan legging dan t-shirt bernama supreme. Sungguh simple. Sebab itulah dia fikir dia mahu balik rumah dahulu untuk menukar pakaian.

Takkan dirinya nak pergi syarikat Jimin pakai selekeh-selekeh. Laki kau Tu dah lah CEO syarikat pakaian yang terkenal.

" Lambat pulak bas ni " Rungutnya. Setahu nya waktu sebegini lah Bas berhenti.

Ppin!

Bunyi hon kereta menarik minatnya dan membuatkan dia terpaling kearah bertentangan dengan pandangannya sebentar tadi.

Lihat seorang wanita dengan pemakaian feminine keluar dari kereta dengan keadaan yang tidak sabar-sabar dan menuju ke arah dirinya.

" Jiae! "

" Eh Joohyun! " Sahutnya teruja bila mengecam figura bertubuh genit yang meluru kearahnya. Akibat teruja menyambut kedatangannya dia bangun dan melangkah beberapa tapak.

" eonnie buat apa doo kat sini? Mana keluarga eonnie? " Soalnya.

" Dari Hospital tadi, kembar masuk hospital. Jimin jaga diorang. Sekarang ni eonnie nak balik rumah. "

" chincha? Omona... Teruk ke? " Berkerut mukanya seperti membayangkan keadaan anak kembar Jiae.

" little bit... "

" nanti Kami datang melawat ya "

" Boleh jugak, ajaklah Yang lain tak adalah sunyi sangat kembar Tu "

" Kalau kau tunggu bas, nampaknya lagi 20 minit. Jom Joohyun hantar eonnie "Pelawanya yang sudah berpaut pada lengan Jiae.

" Serius ni, tak menyusahkan? "

" Apa Yang susahnya, Kita dah macam keluarga. Khaja eonnie! "


👣👣👣

🎈2379 words🎈

Terima kasih.
Terima kasih.
Kerana sudi baca & vote.
Baca & vote.
Cerita ini.
💕💕💕💕

Double update for you all.



❤️Loves a lot from Araa ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro