Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45

NAFAS dihembus berat. Jimin menyandarkan dirinya ke dinding berhadapan dengan wad milik Jiae.

Air mata ditahan seboleh-bolehnya. Ahli Bangtan yang berada ditepi tidak dihiraukan.

Dia hanya mampu eraung dalam hati sahaja. Malas mahu menunjukkan sisi cengeng nya pada Bangtan

Menunggu doktor Jennie keluar kerana doktor perempuan itu sedang merawat isterinya.

Jin yang berada di tepi Jimin mula memeluk bahu rakannya dari tepi . Perbuatan Jin membuatkan Jimin menoleh kearahnya.

"Gwaenchana,, jiae mesti okay punya. Think positive man " Senyum Jin.

Jimin hanya tersenyum nipis.

"Aku harap dia okay" Balas jimin yang mula menunduk

Hilang semangatnya.

Rasa bodoh sebab tak dapat protect isteri sendiri

Sudah lah dia meninggikan suara pada Jiae pagi tadi. Ini pula, dia gagal untuk menjaga Jiae sebaik yang mungkin.

Dia rasa bersalah sangat.

Apa yang patut dia buat?

"Chin up man,, cuba semangat sikit. Kau nampak macam mochi yang dah basi tau" Tegur Yoongi

Dia menaikkan dagu Jimin semula. Dia tidak mahu melihat rakannya ini terus layu sahaja.

Seboleh nya Jimin mesti kuat dan bersemangat. Dia nampak macam patah semangat sangat.

Sebab itu lah Yoongi menegur rakannya itu

//Sweet YoonMin 😱//

"Chimchim yaaa aku yakin isteri kau okay punya. Dia kan kuat" Kata Hoseok pula.

Hoseok tersenyum manis bila Jimin memandangnya. Cuba memberi kekuatan pada sahabatnya ini.

"Yup,betul apa yang Hoseok hyung cakap. Jiae akan okay,,percayalah pada kookienut mu ini" Kali ini Jungkook pula bertutur.

"Mengaku pun yang dia tu kelapa" Kata Taehyung

Terus Jungkook mencerlung Taehyung. Bibir diketapkan bila geram.

"Shut up hyung, dahlah alien" Jeling Jungkook

Taehyung menyepak kaki Jungkook bila geram kena panggil panggilan alien itu

"Arkkk appo !" Jungkook menggosok-gosok kaki kanannya.

Terus tersenyum Jimin apabila melihat gelagat duaorang sahabat nya itu.

Pintu wad Jiae ditolak ketepi dan tersenggullah muka Doktor Jennie dan seorang jururawat yang menemani dibelakang.

Terus Jimin pergi kearah Doktor Jennie itu

"Macam mana dengan isteri saya doktor? Dia okay? "Tanya Jimin dengan cemas

Doktor Jennie tersenyum.

"She's fine,, dia cuma mengalami pendarahan sahaja. Nasib baiklah encik cepat membawa isteri encik datang ke hospital kalau tidak kandungan isteri encik akan gugur. " Terang Doktor Jennie

Jimin menghembuskan nafas lega. Diurut dada nya berkali-kali. Lega dibuatnya.

Bangtan hanya tersenyum lega.

"Jadi, boleh saya lawat isteri saya? " Pinta Jimin

"Sure you can sebab dia memang cari awak tadi,, saya pergi dulu" Doktor Jennie tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya sebelum melangkah pergi

Jimin menunduk memegang lututnya,, lega sangat dia mendengar isterinya baik baik sahaja. Sekarang dia perlu melawat isterinya itu

Baru sahaja dia memegang penghadang pintu pada pintu wad itu bahunya disentuh oleh Namjoon

"Chim"

Jimin menoleh kebelakang memandang Namjoon yang tersenyum kearahnya.

"Dae hyung? "

"Kami balik bakery dulu,, kesian Yuna dengan Seul dekat bakery tu. Sebab tadi Yuna call Jin dia cakap pelanggan ramai" Tutur Namjoon

Jimin memandang wajah Namjoon sebelum menganggukkan kepala. Tersenyum sesaat.

"Arraseo, chim nak luangkan masa dengan Ae" Jimin mengetap bibirnya

"Baiklah,, kata dekat dia get well soon tau" Kata Jin pula

Jimin menganggukkan kepalanya dan selepas itu terus dia masuk kedalam wad.

Pintu wad ditutup rapat oleh Jimin. Dipusing badannya menghadap depan semula.

Dia lihat Jiae sedang memandang kearah nya.

Sebuah senyuman terpalit diwajah gadis itu seraya melihat suaminya masuk kedalam wad.

Jimin berlari anak kearah Jiae. Tangan Jiae terus diraih seraya melabuhkan punggung diatas kerusi yang tersedia ditepi katil.

Tangan kanan Jimin memegang erat tangan kanan Jiae dan tangan kirinya mengusap rambut Jiae.

Sesekali tangan kanan Jiae dicium oleh Jimin.

"Sayang... gwaenchana? " Soal Jimin yang cuba untuk menyembunyikan rasa risaunya

Jiae tatap kelopak mata Jimin yang bergenang dengan air mata. Mesti dari tadi dia menahan rasa mahu menangis itu.

"Nan gwaenchana,, awak... " Jawab Jiae dengan suara yang lemah itu.

"Huhmm? Kenapa sayang? "

"Why, awak tahan rasa nak menangis tu. Don't hold it. Lepaskan. I'm here for you " Senyum Jiae

Dia tahu,, suaminya itu sedang menahan tangisan.. Mesti dia rasa sedih.. Risau.. Risau dengan masalah yang baru terjadi. Dan juga dia rasa bersalah kerana menengkingnya pagi tadi?

Air mata yang ditahan sejak tadi dirembeskan juga.

Wajah disembamkan ditangan kanan Jiae. Teresak-esak melepaskan tangisan. Bahu juga terhinjut-hinjut mengikut rentak tangisan.

Sebak hati jiae melihat keadaan suaminya ini. Pertama kali dalam hidupnya melihat Jimin yang menangis seteruk ini.

Bunyi tangisan makin lama makin jelas didengari dipelosok telingan Jiae

Ditatap sepenuhnya lelaki kesayangannya ini.

Dia mahu menenangkan lelaki ini.

Berusaha,, dia cuba bangun dari pembaringan dan cuba untuk untuk duduk.
Walaupun dia terpaksa menahan sakit dibahagian rahimnya dia tetap mahu duduk.

Selepas berjaya dia duduk bersila. Tangan kiri nya mengurut perlahan belakang tengkuk Jimin

"Menangis semahu-mahunya saya tahu awak sedih.. Sedang menanggung sesuatu. Susah bukan? Kalau awak ada masalah awak patut kongsi dengan saya biar kita sesama kongsi perasaan susah itu. I'm here for you right? Saya sentiasa jadi tulang belakang awak.

Maaf, kalau pagi tadi saya kacau mood awak. Terasa hati? Hati perempuan mana yang tidak terusik bila dimarahi oleh suaminya. Tapi saya cuba untuk faham. Awak... " Kata-kata Jiae terberhenti disitu

"...awak dapat mesej ugutan dari Yoonhye ya? "

Jimin mengangkat kepalanya. Dia memandang Jiae yang memandang nya.

Anak mata Jimin memandang kearah lain. Tak betah hati untuk menatap mata isterinya itu.

Lagi-lagi dengan muka yang memerah disebabkan menangis. Nampak cengeng disitu 👶

Dagu jimin dipegang lembut lalu ditolehkan memandang Jiae.

"It's okay,, you can tell me. " Senyum Jiae

Jimin terdiam sejenak sebelum membuka mulutnya

"Urm.. Ya.. " Jawab Jimin perlahan

"Kenapa awak tak beritahu saya? "

"Saya takut kalau awak takut dan nampak cemas saja. Saya taknak isteri saya sakit" Jawab Jimin

Tangan kiri Jiae yang berada didagunya diraih lalu mencium jari jemari tersebut.

"Okay,, so lepas ni saya taknak awak sorok sesuatu dari saya. Lagi-lagi tentang masalah. "

"Arraseo jagi"

Jiae tersenyum manis,, dia mengusap tangan Jimin.

Jiae tetap tersenyum walaupun lepas apa yang terjadi. Bagi dia, dia tidak perlu berasa lemah tapi dia perlu jadi kuat kerana dia tahu selepas ini makin galak si perempuan gila itu bertindak

"Maaf sebab marah awak tadi" Ucap Jimin yang rasa bersalah

Hingus yang mengalir disedut perlahan.

"Saya maafkan awak" Jiae tergelak kecil.

Jari jemarinya mengelap hingus yang mengalir dari hidung Jimin. Tidak lipa juga dia mengesat air mata yang masih bersisa di pipi.

Jimin hanya memerhati setiap perbuatan Jiae. Anak matnya dari tadi memandang wajah isterinya ini.

Sayang pada wanita yang dihadapannya ini tidak dapat diungkapkan.

Matanya beralih pada bibir Jiae yang tidak berhenti mengukirkan senyuman dari tadi.

Automatik tangannya menyentuh seulas bibir merah itu.

Rindu pada bibir gadis ini. Padahal baru dua hari tidak mencium bibir gadis itu.

Jiae memandang jimin melalui ekor matanya.

Nampak sangat yang pandangan Jimin seperti mahu memakan bibirnya itu.

Sengaja dia mengemam bibirnya daripada disentuh oleh Jimin.

Mahu mengusik lelakinya ini.

Jimin mencepuk bibir Jiae bila dia tahu Jiae sengaja mengemamkan bibir.

"Kyah, jangan kemam lah bibir awak tu, saya nak sentuh" Omel Jimin

"Buat apa nak sentuh? Hmm?" Jiae menekup pipi Jimin

"Alaa, saya dah lama tak sentuh bibir awak. Bibir awak lembut. Saya suka" Jimin tersenyum simpul.

"Buat apa sentuh, baik cium terus" Selamba Jiae

"Huh? "

Jimin tersenyum penuh makna. Dia pandang Jiae yang balas tenungan mata dia.

Jiae melepaskan tekupan pipi Jimin sebelum merebahkan diri diatas katil hospital.

Sakit pulak pinggangnya bila asyik duduk sahaja.

Jimin bangun lalu duduk bersila diatas katil hospital. Disebabkan ni wad vvip jadi katil hospital sebesar katil yang bersaiz Queen.

Jimin pandang Jiae dengan pandangan yang menggoda. Kepalanya dilentokkan sedikit.

Kali ini tangan nya menekup pipi Jiae pula.

Didekatkan mukanya dengan muka Jiae.

"Awak.. Kenapa--"

"Shh, Jeon Jiae i want you" Cantas Jimin laju.

Jimin cakap dengan nada yang begitu lembut dan terselit suara menggodanya.

Anak mata Jiae tunak merenung lembut sepasang anak mata Jimin.

"Koren kiss or french kiss? " Soal Jimin

"Korean kiss" Jawab Jiae dengan polos

Jimin tersenyum senget lalu melagakan hidung nya dengan hidung kecil milik jiae.

"Jimin..awak nak bu---"

Percakapan Jiae dicantas sekali lagi. Seulas bibir Jiae dicium lembut oleh Jimin.

Jiae memejamkan matanya dan selepas itu dia turut membalas ciuman lembut itu. Jimin mengalihkan tangannya dipipi Jiae lalu sebelah tangannya menolak lembut belakang leher Jiae bagi memperdalamkan ciuman Jiae meletakkan tangannya dibahu Jimin

Jimin tersenyum dalam ciuman bila Jiae memegang bahunya.

Korean Kiss ~

••••••

8:00 P.M 🌃

Aku keluar dari tandas bila dah siap mandi. Hari ni aku terpaksa bermalam di hospital. Esok baru boleh keluar.

Huh~

Nasib badan lah,, nasib lah antibody aku kuat jadi cepat untuk aku sembuh.

Sayang kau badan. 😂

Aku berjalan-jalan disekitar bilik wad aku. Takda minat nak duduk buat masa sekarang ni. Aku melangkah kearah tingkap.

Aku pandang gerimis hujan yang melekap pada cermin tingkap dibahagian luar. Lah, hujan ke? Tak sedar pon. 😂😂

Pemandangan bandar seoul pada waktu malam memang cantik walaupun dibasahi dengan cecair hujan.

Tengok hujan, teringat pulak dekat Jimin. Terbayang muka dia dekat cermin tingkap ni.

Mana suami pendek aku tu pergi?

Jangan cakap dia pergi melepak dengan Bangtan pula.

Sememangnya tadi memang Hoseok ada call Jimin sebentar tadi.

Humph,,sah lah melepak ni.

Siap kau Jimin kalau kau datang.

Brrrr!!

Aku sentuh perut ku yang berkeroncong. Ergh,lapar lah pulak padahal baru je makan malam tadi.

Aegi-yaaa kamu lapar ya?

Kejap ya mama call papa.

Aku melangkah kearah katil lalu melabuhkan punggung ditepi katil. Iphone yang ditepi bantal aku capai.

Baru sahaja aku ingin call Jimin,, satu panggilan masuk. Tertera nama Jimin disitu.

Aku mencebik kecil,, nasib tak call kalau tak habis kredit aku call suami pendek aku ni.

Icon hijau aku, slide kan ketepi. Phone dilekapkan ditelinga.

"Sayang---"

"Kyah Park Jimin neo, eodiyageo? " Cantas ku

"Saya dengan Bangtan ni dekat cafe hospital"

Aku dah agak. Dia masuk kejap lagi aku jamin selipar atas muka dia nanti 😏

"Buat apa duk kat situ hah?"

"Lepak-lepak je.Teman Hoseok dengan Namjoon cuci mata"

Ouh lepak-lepak.Teman Seok dengan Namjoon cuci mata.Tunggu hang Jimin aku mai sana. Aku heret kau nanti.

Aku turun dari katil,,selipar disarungkan sebelum menapak keluar dari wad.Langkah dilajukan kearah lift.

"Ouhhh cuci mata~"

"Erk,sayang saya teman je."

"Ouh really? Wait huh"

Aku terus end call.

Bila lift sudah terbuka di tingkat 1 terus aku melangkah keluar dengan jururawatyang bernama Rora ditepi. Aku minta jururawat ini menemani kerana aku takut tetiba rebah ke apa ke. Sebab rahimku masih sakit. Jadi peluang untuk rebah tu tinggi.

Sesampai sahaja dicafe hospital aku mencari kelibat Bangtan.

Aku kecilkan mata bila nampak Bangtan duduk dengan beberapa jururawat perempuan.

Aku ulang balik.

JURURAWAT PEREMPUAN

Perlahan lahan aku berjalan kearah diorang yang langsung tak perasan aku pergi kat diorang.

Seronok ya.Tunggu ya korang.

Tika ini aku rasa nak meletus je bila seorang jururawat itu menyentuh bahu Jimin, memicit pipi Jimin dan memegang tangan Jimin

"Rora,awak kenal tak jururawat yang bergelak ketawa dengan sekumpulan lelaki tu?"

Tanya aku kepada Rora,,Rora menganggukkan kepalanya.

"Siapa mereka?"

"Itu jururawat junior saya.Laura,Jane dengan Jihye." Jawab Rora lembut

Heh, berani kau ya perempuan.

Kau nak berkerja ke nak menggatal huh?

Bila aku sampai je dekat meja diorang. Terus aku sapa mereka.

"Wow, rancaknya berborak. Can i join? " Tegur ku.

Aku sentuh bahu Jungkook.

Terus mereka semua memandang kearah ku. Reaksi mereka? Mereka terkejut? Semestinyalah.

"Erk, Jiae" Kata Namjoon

"Jagiya"

Pandangan aku terarah pada Jimin. Aku dah buat muka bengang abadi

"Excuse, but korang takda kerja ke lepak sini?  Huh bangtan?  Jangan kotorkan mata suami aku lah" Dingin ku

Bangtan dah garu kepala masing-masing

Mati kutu, tak tau nak cakap apa.

"Jiae ah, anniyo" Lembut Jin

"Betul tu, kitaorang cuma bersembang  dengan sepupu Jimin " Sokong Yoongi

Aku kecilkan mataku. Aku pandng tiga orang jururawat yang hanya diamkan diri

"Eh, Staff nurse Rora,, buat apa dekat sini? " Kata Laura takut-takut

"Laura, Jane, Jihye bukan ke ini masa kerja awak? Kenapa duduk dekat sini? " Kata Rora

Mereka bertiga terus gelabah.

"Kami cuma---"

"Sudah saya tidak mahu cakap tentang hal ini lagi. Pergi buat kerja kamu" Cantas Rora

Mereka bertiga hanya akur.

"Tapi, Jihye cuma bersembang dengan sepupu dia"Kata Jane dengan dingin.

"Iye saya tahu tapi kalau pihak atasan nampak kamu bersembang ni. Teruk jadinya" Kata Rora lembut

Dia tidak mahu junior nya ditangkap kerana malas membuat kerja

"Rora, saya nak masuk wad saya balik." Pinta ku bila jihye tu memeluk lengan Jimin.

Kenapa Jimin tak halang?

Ergh.

Dia boleh pula berborak dengan sepupu dia tu tanpa toleh sedikit pun dekat aku.

Kecewa.

Itu yang aku rasakan. 

Hati aku dah crack 💔

"Saya hantar awak" Ujar Rora

"No thanks i want some space" Aku tolak pelawaan dia.

Sempat aku jeling dekat Jimin dengan SEPUPU jimin.

Bermesra lah korang sampai esok pagi.
Hati wa dah crack bila tengok kemesraan korang berdua.

Patah seribuuu hatikuuuu bila mengenangkan kemesraan korang berdua~ 😞😭

Aku menekan nekan butang lift kasar bila geram.Bila pintu lift tak bukak bukak nak aje aku tumbuk tapi aku pikir nanti kena saman.buat malu je.

Bila pintu lift tu dh terbukak terus aku masuk dalam dan tekan tingkat tiga.

Aku sandarkan badan dekat dinding lift bila rasa air kata bergenang dekat tubir mata.

Aku tarik nafas dan hembus cuba untuk menenangkan diri. Aku taknak gaduh lagi dengan jimin tapi situasi tadi buat aku sakit hati je.

Tengoklah kalau dia masuk bilik wad nanti aku smash selipar jepun hijo aku dekat muka dia tu.

Bila pintu lift dah terbuka aku tercengang bila muka Jimin betul betul depan pintu lift, aku pandang sejenak wajah Jimin yang tercungap-cungap memandangku.Peluh didahi pun menitik-nitik. Mungkin dia berlari ke sini menggunakan laluan tangga?
Kenapa tak duduk je kat cafe tu dengan sepupu kau tu? 😒

Aku berjalan melintasi Jimin tanpa menoleh sikit pun dekat Jimin.

Aku pegang perut ku lalu berjalan masuk kedalam wad aku. Aku tahu Jimin ikut aku dari belakang. Aku hanya biarkan saja. Malas nak ambil kisah.

Dengan langkah yang perlahan aku melangkah kearah katil. Tetiba lutut ku terasa lemah. Hampir sahaja aku terjatuh tetapi Jimin sempat mendakap bahuku dari belakang. Aku pandang Jimin sekejap, bila aku memalingkan wajah kedepan dengan secara tak langsung aku menolak tubuh Jimin. Jimin terdorong kebelakang sedikit.

Bukan sengaja aku ingin bertindak kasar begitu tetapi hati aku masih sakit.

Mungkin bagi orang lain diluar sana fikir perkara ini hanya hal remeh temeh tapi tidak bagi aku.

Aku sungguh terkilan sangat. Tak kisahlah tu sepupu ke sedara ke so whatever tapi kenapa Jimin hanya membiarkan dirinya disentuh dan begitu? Lagi lagi dihadapan ku. Rasa terkilan tu semakin bertambah.

Aku naik keatas katil. Duduk diatas katil tu.

"Sayang.. Biar saya jelaskan dulu" Pinta Jimin

Aku terus pandang tajam kearah Jimin. Memanah anak mata redup tu

"Awak ingat dengan apa yang saya nampak tadi apa huh? Awak suami saya tahu? Tapi awak boleh bermesra dengan perempuan lain depan saya?! Ada awak bangun untuk dapatkan saya? Takda kan?  Awak sibuk dengan sepupu awak tu. Awak layan dia macam awak layan saya. Saya atau pun dia yang isteri awak huh?!  Cakap Jimin cakap! "Tengking ku.

Selipar jepun aku baling dekat dia, tapi tersasar ke bahunya. Target aku dekat muka sebenarnya

Jimin sedikit tersentak dengan tengkingan Jiae. Dia mendekati Jiae.

"Sayang, kenapa dengan awak ni? Saya dah cakap kan dia sepupu saya. Kenapa awak tak faham ni?  Saya dah lama tak jumpa dia. Maaf sebab abaikan awak tadi. Saya teruja bila dpat jumpa dia.. Saya ras----"

"Apa?  Teruja?  Heh. Baguslah nanti bila saya mati bersalin nanti pergi jadikan dia bini baru awak! "

PPang!!!

Kepala aku terteleng ketepi dan pipi kiri ku terasa kebas akibat hasil tamparan kuat  daripada Jimin. Aku tersentap bila Jimin sanggup tampar aku.

Airmata yang disimpan dari tadi terus bertindak untuk mengalir.

Sanggup dia tampar aku.

Aku pegang pipi kiri aku.

"Sayang.. Mianhae" Bergetar suara Jimin meminta maaf. Cuba nak meraih tanganku tapi aku tepis sekuat yang mungkin.

"Haha, terima kasih untuk tamparan ni. Leave me alone.Saya taknak tengok muka awak"

Aku berkelubung dalam selimut. Menangis semahu mahunya. Aku biarkan esakkan tangisan aku didengari. Tak betah hati nak tangisan.

Jimin meraup kasar wajahnya bila sedar dia dah buat satu lagi kesilapan yang besar. Dia hanya duduk diatas katil  itu ,,dia takmahu keluar dari sini.

Biar dia stay dengan isterinya itu. Walaupun tangisan isterinya itu menyesakkan dadanya. Tapi dia sanggup.

Bukan apa dia tak suka bila sebut tentang kematian.

Paling dia takut akan hal itu.





Jiae-ah neomu mianhaeseo,, saya salah. Forgive me jebal.


••••••
🌴2658 Words🌴

Maaf sebab buat part sedih sikit. Araa try my best untuk hasilkan yang terbaik untuk babyboo sekalian.

Thanks to Babymochiii_Hobiee for the great poster. It's simple but nice. Iloveitsomuch

And for stan MIN YOONGI wait . After this fanfic have done,, i'll make story of Yoongi.

(Speaking kelaut, jangan kecam naa)

Komen

Vote

Lots of loves from Araa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro