CHAPTER 16
Terowong sepanjang 500 meter itu dihubungkan kepada laluan di persisiran pantai. Ia adalah sebuah terowong tua yang separa siap. Sebahagian daripadanya mungkin sudah runtuh kerana tidak dibina dengan betul betul kukuh. Ditambah lagi dengan usianya yang sudah betul betul tua. Di bahagian luarnya ditutup lumut hijau dan pokok pokok kecil. Di dalamnya pula tersangatlah gelap dan berbau agak hapak. Baekhyun dan Lay memasuki terowong itu. Tangan Baekhyun meraba raba di dinding terowong untuk mencari suis elektrik.
Pakk!
Sebahagian lampu di dalamnya masih menyala tetapi cahayanya sekadar samar samar. Mereka dapat melihat dengan jelas keadaan di dalam terowong itu dan laluan yang akan ditujui nanti. Dinding bahagian dalam terowong dicengkam dengan akar pokok dan ada di beberapa bahagian dindingnya sudah menampakkan garis garis rekahan yang panjang. Salur salur paip dan udara kebanyakannya sudah bocor dan ditutupi karat. Air keluar dari paip paip itu menyebabkan lantai terowong sedikit lembap dan berselut kerana bercampur dengan tanah.
Tanpa gentar mereka berdua terus berjalan menyelusuri terowong itu. Ada kalanya beberapa ekor kelawar akan terbang menerpa ke arah kepala mereka. Mungkin bunyi yang mereka hasilkan menarik deria pendengaran kelawar kelawar yang bergantungan di atap terowong.
"Kalau kau nampak apa apa bagi tahu aku,"kata Baekhyun sewaktu mereka sudah sampai di bahagian tengah terowong. Lepas apa yang jadi, Lay rasa dia takan taruh kepercayaan sepenuhnya pada Baekhyun. Baekhyun dah bunuh dua orang kawannya. Dan Lay tahu dia kena lebih berhati hati dengan Byun Baekhyun. Kata kata Baekhyun sekadar Lay angguk dengan bersahaja. Dalam hati masih berjaga jaga dengan segala tindak tanduk Baekhyun yang tak boleh Lay agak. Liciknya Baekhyun.
Semasa melangkah Lay rasa sesuatu yang tajam dan keras mencucuk permukaan tapak kasutnya. Lay berhenti sekejap dan memeriksa belakang kasutnya, takut terpijak benda tajam seperti paku ke. Takde apa pun. Dia mula berasa pelik melihat beberapa bonjolan pada tanah di sekitarnya. Dia kuis bonjol itu dengan kaki. Berasa lebih ingin tahu, Lay gali lumpur lumpur itu dan cuba mengeluarkan benda tajam yang dia terpijak tadi. Dia tiba tiba jatuh terduduk dengan wajah terkejut. Apa yang sedang dipegangnya sekarang adalah kepala tengkorak manusia. Lay gali lagi lumpur di sekitar dan menemuai beberapa lagi bahagian tulang tulang manusia yang lain. Tanpa sedar, dia sudah jauh ditinggalkan oleh Baekhyun. Dia berlari anak mengejar lelaki itu yang berada di hadapan.
"Aku jumpa tengkorak dan tulang tulang manusia,"kata Lay dah mula cemas. Ini lebih menyakinkannya bahawa mereka berdua bukanlah orang yang pertama sampai dam masuk ke dalam terowong ni. Mungkin sebelum dah ramai, tapi tak sempat keluar dan terperangkap kat dalam ni sampai mati, mereput sehingga tinggal tulang belulang. Itu yang membuatkan Lay sedikit cuak dan takut.
"Worker worker yang bina terowong ni dulu kot,"balas Baekhyun. Dia tanggalkan bajunya dan balut pada sebatang kayu yang dia ambil sebelum masuk ke sini. Kain itu dinyalakan dengan lighter, dijadikan obor sebab bahagian tengah terowong memang sangat gelap. Lampu lampu di sini semuanya dah rosak. Berpandukan cahaya itu, mereka samar samar dapat melihat ada satu jambatan gantung yang agak panjang. Jambatan itu merentangi satu lubang besar yang berada di bawahnya. Lubang apa? Tak pasti. Mungkin tempat sumber air semasa worker worker lakukan pembinaan dulu.
Baekhyun dan Lay menuju ke jambatan itu. Kedua duanya mula menelan air liur apabila melihat jambatan itu dengan lebih dekat. Ia terlalu buruk, nazak dan terlompang di beberapa bahagian. Sebahagian dari kayu di jambatan itu mungkin sudah reput dan tak pasti dengan keadaannya itu ia cukup kuat untuk menampung beban di atasnya. Dari hujung jambatan itu kelihatan garis garis cahaya yang menandakan di situ adalah jalan keluar.
Baekhyun dengan berani memijakkan kaki di atas jambatan itu. Ia sedikit bergoyang. Tangannya erat memegang tali. Lay hanya melihat Baekhyun. Beberapa saat saja, kayu yang menampung kaki Baekhyun patah remuk. Baekhyun terus berlari semula menjauhi jambatan itu. Dia melurut dadanya yang menerpa dengan kuat.
"Aku tak rasa kita boleh guna jambatan ni,"kata Baekhyun. Lubang kat bawah tu kelihatan sangat gelap dan mungkin cukup dalam.
"Habis tu nak buat apa sekarang?"soal Lay.
Pangg! Pangg! Sruuu!
Baekhyun dan Lay saling berpandangan menyaksikan sekumpulan kelawar dengan jumlah yang sangat banyak berterbangan laju di sekeliling mereka lalu keluar dari terowong itu. Baekhyun dan Lay menundukkan tubuh mereka.
"Wae? Apa yang jadi?"soal Baekhyun. Lay hanya mengangkat bahunya. Baekhyun halakan obor ke arah sekelilingnya. Bintik bintik cahaya berwarna hijau kekuningan memancar di dalam gelap. Baekhyun dan Lay bangun dan berundur ke tepi terowong.
"Cahaya apa tadi tu?"soal Lay cuak. Baekhyun arahkan Lay supaya diam. Dia segara matikan nyalaan obor di tangannya. Suasana gelip gelita sepenuhnya. Masing masing sudah siap menggenggam pistol yang diacukan ke arah yang tertentu. Bunyi bising yang dihasilkan oleh kelawar kelawar yang sedang berterbangan agak menganggu fokus mereka.
Lay rasa betisnya dibelit dengan sesuatu benda yang sejuk, lembap dan besar. Benda itu laju merangkap ke atas tubuh Lay. Lay terus lepaskan tembakan rambang yang membuatkan Baekhyun di sebelahnya terkejut.
"Wtf, Lay....kau nak tembak aku ke,"maki Baekhyun.
"Benda tu tengah belit aku. Tolong aku Baek,"Lay menjerit dan terkapai kapai cuba melepaskan belitan kemas anaconda pada pinggangnya. Baekhyun terpaksa menjauh dari Lay untuk elak tembakan dari Lay.
"Lay, kau kat mana?"jerit Baekhyun meraba raba di sekitarnya yang terasa kosong. Dia cuma dapat dengar suara Lay je. Keadaan terlalu gelap. Dia berusaha mencari lighter di dalam poket seluar tapi dalam keadaan kalut itu, apa yang dicari tak jumpa.
"Tolong aku Baek! Tolong!"Lay meronta ronta. Dia rebah menghempas bumi. Dua tembakan terakhir dilepaskan sebelum pistolnya kehabisan peluru. Dia cuba melepaskan diri dengan mencakar dan mencengkam ular itu. Bukan sekor yang datang menyerangnya. Mungkin 2-3 ekor sebab ular ular tu dah mula gigit kaki, tangan dan belakang tubuh. Baekhyun pulak, tak tahu ke mana dah hilang.
"Lay! Lay, kau dengar aku tak?"Baekhyun masih mencari.
"Baek....aku kat sini,"balas Lay. Suaranya kedengaran lemah dan perlahan. Belitan yang sudah mencecah dadanya itu menyebabkan nafasnya terhalang.
"Kat sini Baek!" Baekhyun amati suara itu dengan penuh teliti. Fokus, dan
"Puiii!"
Tembakan dilepaskan ke sebelah kanan yang dia pasti kat situ Lay berada.
"Lay!"
"Baek, sini! Tembak lagi!"
Baekhyun akur dan terus menembak. Beberapa tembakannya tepat mengena pada ular yang membelit tubuh Lay. Lay cuba bergerak dan mendekat ke arah Baekhyun.
"Baek, datang sini cepat!"suara Lay makin dekat dengan Baekhyun. Baekhyun berjaya sentuh tubuh Lay. Dia cuba tarik, kemudian tembak ular ular yang tengah belit Lay sampai makhluk tu lepaskan Lay. Bukan setakat Lay, Baekhyun pun turut diserang. Dapat rasa benda tu belit kakinya. Dia lekas mengangkat tubuh Lay dan membawa ke arah sumber cahaya.
Dia turunkan Lay ke tanah. Termengah mengah Baekhyun menarik nafas untuk mengisi bekalan oksigen yang banyak hilang dari tubuhnya. Syukur Lay selamat. Cuma tubuh Lay penuh dengan kesan gigitan dan tembakan yang tersasar dari Baekhyun tadi.
"Kau tak apa apa Lay!"Dia bangunkan Lay dan sandarkannya ke dinding. Lay pegang dadanya yang membuak buak keluar darah dengan banyak, menitik melalui tangannya. Salah satu tembakan Baekhyun tadi terkena di dada Lay.
Lay hanya tenang dengan bibirnya menguntum segaris senyuman.
"Lay aku betul betul tak sengaja,"Baekhyun gugup bercampur cemas. Dia turut menekup dada Lay, cuba menghentikan darah yang mengalir. Lay menghempaskan nafas yang terputus putus.
"Aku benci kau Baek! Kau ambek awek aku. Kau bunuh Kyung Soo depan mata aku. Apa lagi yang kau nak! Baek, listen....aku nak kau keluar dari sini! Kau kena hidup dan terus jadi bangsat, supaya ramai lagi yang akan benci kau,"Lay menghamburkan tawa yang membuatkan muka Baekhyun berkerut pelik. Dia menumbuk bahu Baekhyun perlahan. Tanpa apa apa pun sebab, Baekhyun turut sama melepaskan tawa.
"Bullshit Lay. Kau tahu kan aku lagi kacak dari kau, sebab tu Abeera curang kat kau dan pilih aku. So, that's not my fault dude,"Baekhyun merangkul bahu Lay. Mata Lay masih mencelik dan nafasnya sudah mengendur sedikit demi sedikit. Baekhyun tahu ini detik yang terakhir bagi Lay, biarlah Lay menghembuskan nafas terakhir di sampingnya sebagai kawan. Walaupun kawan yang dibenci. Tetap kawan kan.
"Hahahaha, Abeera!"satu hilai tawa menganggu suasana sunyi itu. Yang pasti bukan dari Baekhyun dan Lay. Mereka berdua saling membalas pandangan sebelum mata masing masing tertumpu ke hadapan. Di situ, satu tubuh sedang menapak ke arah mereka. Baekhyun bangun sambil statik mengacukan pistolnya.
"Saper tu wei? Malaikat maut yang datang nak cabut nyawa aku ke?"kata Lay sambil menarik hujung seluar Baekhyun.
"Diamlah Lay!"Baekhyun biarkan Lay berehat di belakangnya.
"See you again Byun Baekhyun!"
Mata Baekhyun mencelik dengan lebih luas melihat wanita di hadapannya itu. Wanita itu berhenti lebih kurang satu meter dari Baekhyun.
"Kau tak mati lagi? Wtf!"
"Yup, kau ingat kau sorang je ke nak keluar dari sini,"Ji Hyo bermain main dengan pistolnya.
"Hahaha, so kau datang sini nak bunuh aku?"
"Sepatutnya kat resort tu lagi aku dah bunuh kau,"Ji Hyo melangkah mengelilingi Baekhyun. Sempat dia mengerling ke arah Lay di belakang Baekhyun.
"Tu kenapa tu kawan kau? Dah nazak ke!"Ji Hyo berhenti di sebelah Lay. Baekhyun hanya memerhatikan apa yang akan Ji Hyo buat.
"Listen Ji Hyo, aku takde niat pon nak tinggalkan kau time tu. Semua jadi....."
"Stop it Baekhyun! Kau selalu bagi banyak alasan. Aku nak sangat tahu alasan apa yang kau bagi pada Abeera masa kau tolak dia ajak kau kahwin,"soal Ji Hyo tersengih melihat wajah Baekhyun yang terus berubah. Nama Abeera cukup menjerut urat urat darah dalam tubuh Baekhyun, membuatkan wajahnya beransur pucat.
"Abeera? Kau cakap apa ni? Apa maksud kau?"Baekhyun buat blur, tapi gagal menyembunyikan air mukanya yang seakan akan tahu sesuatu itu.
"Kau kenal Abeera kan! Yup, kau memang kenal dia,"Ji Hyo lebih rapat dengan Baekhyun. Dilurutkan pistolnya di bawah dagu Baekhyun.
"Tak payah menipu Baekhyun,"
Baekhyun hilang kata kata. Seakan mulutnya dijahit.
"Siapa kau sebenarnya!'
"Song Ji Hyo! Adik kepada Abeera. Ni bukan kali pertama kita jumpa Baekhyun. I remember you since our first meet. Do you remember that,"Ji Hyo mendaratkan tangannya di bahu Baekhyun. Jarinya melilit hujung rambut Baekhyun yang sedikit basah. Dipandang lama ke dalam anak mata berwarna brown milik lelaki itu.
"Bagitahu aku apa yang kau ingat! Tentang Abeera, tentang apa yang kau buat pada dia sampai dia bunuh diri! Tell me everything because you are the reason why my sister dead!" herdik Ji Hyo.
Baekhyun menelan air luir sebelum anak tekaknya berani mengeluarkan suara.
"Memang salah aku Abeera bunuh diri......"
💞💞💞💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro