𓍲 章 , 𝟐𝟒
. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
Kini, Skye academy berlangsung seperti biasa. Hanya tinggal Mamamoo dan Dreamis yang menjaga tempat tersebut.
Tiada apa-apa perubahan langsung dibuat setelah Kim pergi tinggalkan mereka. Jika ada Kim, mesti akan ada perubahan di Skye Academy.
Segala penerimaan pelajar baru disitu telah pun ditolak atas sebab tertentu.
Jika bukan Kim, siapa lagi yang akan mengarahkan mereka. Tanpa Kim, siapalah diri mereka.
Dari ajaran dan belaan Kim, mereka menjadi kuat sehingga kini. Rasa dihormati dan faham apa erti kasih sayang.
Setelah pulangnya para puteri, Mamamoo dan Dreamis membuat haluan masing-masing. Jarang bertegur sapa seperti dulu.
Bilik Kim selalu dikemas oleh Mamamoo. Apabila berada didalamnya, teringat akan kehadiran Kim disitu bersama mereka.
" Kami rindukan kamu Guru... " ujar Hwasa sayu. Air matanya jatuh berguguran. Dengan lajunya dia keluar dari bilik Kim.
Malam itu, hanya mereka sahaja yang ada makan didewan makan. Bunyi lagaan sudu sahaja kedengaran.
Selesai makan, Jisung dan Chenle bersiar-siar ditaman belakang Skye Academy.
" Hyung "
" Urm "
" Kemana Guru Kim pergi ya? " tanya Jisung. Benar, hanya Jisung sahaja tidak tahu bahawa Kim sudah pergi. Mereka merahsiakan pada Jisung mengatakan bahawa Kim ada urusan diluar.
" Guru ada urusan yang perlu dia selesai kan Jisung-ah. Jangan risau, kita selamat dekat sini. Hyung dapat rasakan dia lihat kuta dari jauh.. " ujar Chenle sayu sambil tersenyum lemah. Tubir matanya mula bertakung dengan air mata. Cepat-cepat dia hapuskan sebelum kantoi.
" Chenle, Jisung-ah! Mari masuk. Dah malam ini " panggil Solar dari balkoni.
" Nae noona! " balas Chenle. Chenle menarik Jisung untuk masuk.
Ketika mereka lalu ditaman bunga itu, Jisung memandang kearah satu figura yang tak aneh baginya. Dia memberhentikan langkahnya. Begitu juga Chenle. Chenle memandang Jisung hairan.
" Kenapa Jisung-ah? " tanya Chenle.
" Hyung, saya nampak Guru dekat bunga tu " kata Jisung. Chenle segera memandang. Tetapi tiada sesiapa pun disitu.
" Perasaan kamu je tu. Dah jom masuk " ajak Chenle.
Pagi esoknya, seperti biasa Mamamoo akan bangun terlebih dahulu. Menyiapkan sarapan untuk Dreamis.
Hari ini mereka mahu mencuci disekitar Skye Academy. Arahan dari Solar juga.
1. Solar dan Moonbyul mencuci dibahagian bilik persalinan
2. Wheein dan Hwasa mengemas peralatan latihan sebelum ini
3. Mark, Chenle dan Jisung mengemas bilik kuliah
4. Jeno dan Jaemin mencuci dewan makan
5. Renjun dan Jeno mengemas ballroom utama
Semua memulakan tugasan masing-masing seperti yang ditetapkan.
Ketika Jisung lalu dihujung bilik kuliah, dia ternampak satu cahaya yang keluar dari celah-celah pintu bilik yang bertentangan dengannya.
" Cahaya apa itu? " Jisung jalan mendekati pintu tersebut. Dia memandang kekiri dan kekanan. Tiada sesiapa yang melihatnya. Perlahan-lahan dia menerjah masuk kebilik itu.
Apabila dia masuk, dia ternampak ada sebuah pokok yang aneh hidup ditengah kolam bilik itu.
" Bilik apa ini? Tak pernah nampak pun " Jisung datang mendekati pokok itu. Baru dia nak sentuh, ada satu suara menyapanya.
" Jisung-ah "
Jisung terus menoleh kebelakang. Dan terlihatlah tubuh Kim yang elok berdiri sambil tersenyum kearahnya.
" Guru! " jerit Jisung. Dengan segera dia datang kearah Kim lalu memeluk Kim.
" Maafkan Kim, Jisung-ah " ucap Kim sayu.
" Guru kemana? Kenapa lama sangat keluar? Jisung rindu nak bermain dengan Guru lagi " ujar Jisung manja.
" Mamamoo noona dan Dreamis hyung kan ada bermain dengan Jisung " kata Kim. Jisung menggelengkan kepalanya.
" Tak nak. Mereka tak nak bercakap sesama sendiri. Jisung sunyi tau " ujarnya lagi. Senyuman Kim sedikit pudar.
Adakah sebab dirinya tinggalkan mereka, mereka jadi sedemikian? Apa yang perlu dia buat untuj kembalikan kebahagiaan mereka.
Tiba-tiba, suara Wheein menjerit memanggil nama Jisung. Kim melepaskan pelukan Jisung.
" Pergilah. Wheein noona cari kamu tu. Mesti dia risau " kata Kim.
" Tapi.. "
Bbam!!
Pintu bilik itu ditendang kuat oleh Jeno membuatkan pintu itu terus terbuka. Wheein berlari mendapatkan Jisung.
" Kamu kemana Jisung-ah! Puas noona dan yang lain cari. Kamu buat dekat sini? Macam mana kamu masuk sini? Bukannya ada sesiapa lah " marah Wheein.
" Tapi..tadi ada Guru lah " kata Jisung. Wheein terus terasa sebak mendengat kata-kata Jisung. Air matanya mengalir. Lengan Jisung dia tarik keluar.
" Jumpa lagi Guru " ujar Jisung sebelum pintu bilik itu tertutup kembali.
Kim kembali muncul setelah mereka keluar.
" Maafkan Kim semua.. " ujar Kim. Air matanya mengalir. Badannya bertukar menjadi taburan bunga mawar berwarna ungun.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
sksksksk! update lagi. kali ini jalan cerita kena pendekkan je dah. dah nak habis lah katakan. wkwkwkwkwkwkwkwk. stay tuned tau😘❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro