𓍲 章 , 𝟐𝟎
. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
" Akhirnya dapat berehat selepas melalui empat hari mengajar puteri-puteri tu " keluh Wheein sambil baring diatas katil milik Solar. Begitu juga dengan Hwasa.
Moonbyul menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah maknae berdua itu.
" Dah bangun-bangun. Nak baring, katil milik sendirian berhad ada kan. Shushh! " Solar menolak Wheein dan Hwasa turun dari katilnya. Tetapi mereka berdua berdegil nak baring juga. Mulalah pergelutan antara mereka bertiga. Moonbyul hanya melihat sahaja.
Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dari luar.
" Kejap " kata Moonbyul. Moonbyul bangun dan membuka pintu.
" Oh, Jisung-ah. Kenapa? " tanya Moonbyul kepada Jisung.
" Guru panggil kita semua dekat bilik dia " ujar Jisung. Moonbyul mengangguk faham. Jisung pun beredar.
" Yah, Kim nak jumpa kita semua dekat bilik dia. Ayuh " kata Moonbyul. Dia berjalan keluar terlebih dahulu dan diikuti solar dan Hwasa serta Wheein.
Pintu bilik Kim diketuk oleh Solar. Pintu bilik Kim dibuka oleh Mark yang berada disebalik pintu. Mereka masuk dan duduk dikerusi yang disediakan.
" Bagaimana kalian selama empat hari mengajar mereka? " tanya Kim.
" Boleh lah. Ada yang sudah boleh asah kuasa mereka dan masih ada yang ragu-ragu untuk belajar " jawab Wheein.
" Oh ya, bagaimana dengan keadaan Yuha dan Jungsoo, Mark-ssi? " tanya Kim.
" Tiada sebarang luka yang serius. Mereka baik-baik sahaja Guru. Kami sudah hantar mereka balik ke bilik mereka tadi " jawab Mark. Kim mengangguk faham.
" Bagus lah kalau begitu. Lagipun latihan pagi tadi bukan ditempat yang sebenar pun. Hanya bayangan mereka sahaja. Sebab itu tiada apa-apa luka pun. Kalau mereka jatuh tadi, mereka akan muncul dikuliah " ujar Hwasa.
" Tidak mengapa. Kim hanya mahu ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi bantu Kim dalam mengajar puteri-puteri itu. Jika tiada kalian, siapa lah Kim disini " ucap Kim dengam seikhlas hatinya. Haechan sudah mula buat drama sedihnya disitu.
Air mata palsu saja dibuat-buatnya. Menunjukkan dia sedang terharu mendengar ucapan Kim. Wheein yang melihatnya mula geram.
" Ah kamu. Mula dah dia, mula dah " kata Wheein sambil memandang tempat lain. Haechan yang perasan terus membaling Wheein dengan bebola ais kecil. Wheein terus menjegilkan matanya kepada Wheein. Solar yang perasan terus menjentik dahi mereka berdua itu. Dan kembali fokus apa yang Kim cakapkan.
" Kalau sudi, marilah makan sekalu dengan Kim malam ini didewan makan. Kita buka meja makan beramai-ramai dengan para puteri " ujar Kim.
" Boleh sahaja. Nanti kami akan hadir malam ini " kata Renjun. Dan semua mula keluar dari bilik Kim.
Mamamoo berjalan ke dewan makan untuk menyediakan barang makan. Manakala Dreamis pula membantu mencuci meja. Tidak lupa juga Kim turut membantu mereka.
Tepat pada waktunya, puteri-puteri itu turun untuk menjamu makan malam dengan para pengajar.
" Jemput makan semua! " ujar Haechan riang. Dan mereka mula menjamu makanan dengan seleranya. Suasana dewan makan itu penuh dengan gelak tawa mereka.
Selesai makan, pembantu-pembantu disitu mula membersihkan meja makan. Pengajar dan puteri sudah beredar sejak tadi.
Kim dan Mamamoo bersiar-siar dihalaman academy. Melihat bintang-bintang yang muncul. Tidak lama selepas itu, Dreamis turut muncul berlarian dihalaman. Mamamoo mengikut Kim duduk dibangku.
" Cantik sungguh langit malam ini " ujar Hwasa.
" Betul tu " kata Solar.
" Memang cantik sangat. Rasa teringat je kisah lama kan " ujar Wheein. Kim disebelahnya yang tersenyum kini senyumannya pudar.
" Kim, okay? " tanya Moonbyul. Kim hanya tersenyum.
" Tidak mengapa. Kim hanya teringat kenangan lama dengan dia " ujar Kim sayu.
" Kami pun rindukan dia Kim " kata Solar. Mamamoo memeluk Kim untuk menenangkan Kim.
Tiba-tiba, Jaemin berlari kearah Mamamoo dan Kim. Termengah-mengah dia berlari sambil membawa sepucuk surat. Kim mengambil surat itu lalu membaca isinya.
______________________________
Untuk: Guru Kim
Daripada: Raja Sooman
Annyeong Kim. Bagaimana kamu disana? Sudah lama kita tak bertemu kan. Bagaimana dengan puteri-puteri itu? Kamu sudah ajar mereka dengan bagus ke untuk lawan musuh nanti? Beta tak sabar nak lihat perang seterusnya.
Beta mahu menjemput kamu dan pihak academy untuk hadir ke majlis tari menari pada tarikh dan hari yang ditetapkan dihadapan.
Dan beta tak sabar nak bertemu dengan kamu wahai Guru Kim. Sila bawa tangan kosong sahaja. Beta mahu pertemukan puteri-puteri itu dengan putera-putera dari kerajaan seberang.
Jika kamu sudi, datang lah.
Terima kasih.
______________________________
" Hah, Raja Sooman? Wow, dia nak buat majlis tari menari lah " Wheein bersuara.
" Wah! Dah lama tak pergi kan majlis macam ini! " kata Hwasa pula.
" Korang ni. Baca betul-betul isi tersebut. Mesti ada muslihat disebalik kata-kata didalamnya " ujar Solar. Hwasa dan Wheein terdiam.
" Arahkan semua puteri untuk hadir kedewan utama segera. Kita perlu bersedia " arah Kim pada Jaemin. Dengan pantas Jaemin kembali kedalam academy untuk memaklumkan hal tersebut.
Semua puteri mula berkumpul didewan seperti yang diarahkan. Setelah itu, Kim dan yang lain turut tiba disitu.
" Apa khabar semuanya? Maaf jika saya menganggu kamu untuk berehat malam ini. Tetapi saya ada benda penting untuk diperkatakan kepada kamu semua " kata Kim. Semua puteri berdiri dibarisan masing-masing. Dan macam ahli tentera pula.
" Baru sahaja tadi saya mendapat surat jemputan dari Kerajaan Luciana iaitu Raja Sooman. Baginda menjemput kita untuk menghadiri majlis tari menari diistananya pada hari lusa. Jadi kita ada masa lagi. Kamu tahu apa hajat saya suruh kamu semua datang kesini? " tanya Kim. Ada yang menggelengkan kepala kerana tidak tahu.
" Saya tahu " kata Haraa mengangkat tanganya sebelah.
" Apa dia? "
" Guru nak kami semua belajar menari? " jawab Haraa ragu-ragu. Kim mengangguk.
" Saya akan serahkan semuanya kepada pengajar kamu " kata Kim.
" Baiklah semuanya. Jadi, mulai sekarang saya nak kamu duduk ditempat yang selesa. Jangan ada yang berkepit ataupun berlaga. Sila ambil penjarakkan antara kalian " arah Solar.
" Tapi, takkan pakai baju tidur ini ssaem? " tanya Chuyeon.
Tanpa diminta, baju tidur mereka ditukar oleh Kim menjadi sebuah gaun yang simple.
" Uwah, cantik! " puji para puteri itu.
" Baiklah pengajar, sila ambil pasangan kamu sekarang " arah Moonbyul.
Dreamis dan pengawal datang membantu Mamamoo untuk mengajar para puteri menari.
Pada malam itu, mereka berlatih bersungguh-sungguh.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
yohohot! update lagi. uwuu semangat nak habiskan af ni. makin lama makin dekat dah bab akhir kita. jangan lupa untuk komen dan vote tau wahai princess sekalian 🤭💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro