𓍲 章 , 𝟏𝟗
. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐃𝐚𝐲
Seperti hari semalam, semua puteri itu sudah bangun awal lagi. Bersiap-siap untuk masuk ke dewan kuliah.
" Hari ini hari last kita belajar disini. Tak seronok lah " ujar Jungsoo sedih sambil berdiri dihadapan cermin dewan utama.
" Kan. Hari ini jugak lari terakhir kita dapat pakai macam ini " kata Yuha pula.
" Alah kamu ni. Kita kan hari-hari cantik " kata Haeyeon
" Jangan kata begitu Soo, Yuyu. Apa kata kita semua belajar bersungguh-sungguh hari ini nak " kata Chaera memberi semangat.
" Betul tu! Kita habis betul tenaga kita belajar untuk hari ini " sampuk Minjoo.
Merek bersorak semangat sebelum bergerak ke bilik kuliah untuk memulakan sesi pembelajaran yang terakhir.
Apabila Hwasa masuk kebilik kuliah itu, dia melihat wajah puteri-puteri yang semangat tak seperti hari-hari sebelumnya. Hwasa juga turut gembira.
" Lain macam je semangat hari ini " kata Hwasa.
" Kami memang semangat nak belajar dengan Hwasa ssaem hari ini! " jawab Haraa. Hwasa tertawa.
" Semangat nak belajar dengan saya atau sedih sebab hari ini hari terakhir belajar disini? " teka Hwasa. Para puteri agak terkejut dengan ayat Hwasa itu. Ada benarnya.
" Bukan ssaem. Kami memang semangat nak belajar dengan ssaem " ujar Arra. Hwasa mengangguk sahaja.
" Baiklah kalau begitu. Saya nak perkenalkan diri saya terlebih dahulu waalupun kamu semua sudah mengenali siapa saya. Kamu semua boleh panggil saya Hwasa ssaem seperti pengajar yang lain " ujar Hwasa. Para puteri menepuk tangan mereka.
" Hari ini, saya nak ajar kamu cara yang paling maksimum. Sebelum ini kamu sudah belajar berbagai cara betul kan? "
" YAAA!! " sahut para puteri.
" Wah, semangat-semangat. Suka saya dengar. Tajuk kita untuk hari ini ialah 'Trust Yourself'. Bukan saya kata kamu tak percayakan diri kamu. Tetapi tajuk hari ini ialah 'Trust Yourself' " terang Hwasa.
" Wow, sedap nama tajuknya " puji Haeyeon.
" Saya tahu itu " kata Hwasa. Yang lain turut tergelak dengan jawapan selamba Hwasa.
" Saya tak akan bawa kamu kemana-mana pun hari ini. Kita akan belajar di dalam academy ini sahaja. Tidak perlu berjalan jauh-jauh macam ssaem yang lain bawa kamu semua. Saya malas " kata Hwasa.
" Okay lah tu ssaem. Janji belajar juga dan jumpa guardion yang kacak-kacak lagi " jawab Jungsoo.
" Budak seketul ini lah " Minjoo menampar bahu Jungsoo dengan geram sekali. Jungsoo mengaduh kesakitan. Yang lain hanya tergelak melihat telatah Jungsoo dan Minjoo.
" Okay, ayuh kita berjalan keluar " Hwasa berjalan mendahului puteri-puteri keluar dari kuliah.
Hwasa membawa semua puteri itu berpusing-pusing disekitar Skye Academy.
" Okay, kita tinggal lagi setengah jam untuk belajar. Saya nak kamu fokus kehadapan. Fokus dengan langkah kamu " kata Hwasa. Para puteri mengerutkan dahi tanda pelik dengan arahan Hwasa yang mudah itu.
" Apa punya arahan lah ssaem ni. Benda senang macam tu pun nak suruh " kata Chuyeon. Hwasa menggelengkan kepalanya.
" Chu unnie... " Chuyeon memandang Jaeun yang memanggil namanya. Dia mengangkat keningnya tanda tidak faham maksud Jaeun.
Tiba-tiba jalan yang mereka lalu itu berubah menjadi sebuah jambatan gantung yang menyeramkan. Kelihatan agak lusuh.
Puteri-puteri itu sudah menjerit meminta tolong. Mereka memandang sekeliling mereka. Hanya ada curam kiri dan kanan mereka. Hwasa pula sudah berada dipuncaknya. Hanya puteri-puteri itu sahaja ditengah-tengah jambatan.
" Bonda! Ayahanda! Tolong Yuha! " pinte Yuha ketakutan. Dia dan Jungsoo berpaut sesama sendiri.
" Tenang semua, tenang! Ingat apa tajuk kita belajar hari ini. Trust Yourself. Jadi, kita kena percaya pada diri kita sekarang untuk lari dari jambatan bahaya ini " ujar Arra sebagai puteri tertua.
" Betul tu. Kita kena cuba dan tempuh tak kira apa pun " sambung Haeyeon.
Seorang demi seorang melarikan diri mereka dari jambatan gantung yang ngeri itu. Hanya tinggal puteri dari kerjaan Khisfire, Abingora, Kikoro dan Findara sahaja yang masih belum berganjak.
Jambatan gantung itu semakin lama kuat bergoyang. Tempat yang mereka pijak pun sudah semakin mereput dan jatuh ke gaung dibawahnya.
" Unnie, andai kata Soo tak lepas keluar dari tempat ini, maafkan Soo tau " ucap Jungsoo sambil menangis teresak-esak.
" Apa kamu cakap ni Soo! Mana Soo yang berani? Unnie tahu kamu boleh buat. Unnie akan bawa kamu keluar dari sini! " kata Minjoo.
Tiba-tiba satu tali pemegang jambatan itu putus. Jambatan mula tak seimbang. Kedudukan mereka mula berganjak seperti mahu jatuh.
Disebabkan goyangan yang kuat, tangan Mijoo terlepas dari memegang tali yang lagi satu. Kakinya tak henti mengelincir. Dia hanya dapat berpaut pada tali yang putus itu sahaja.
" Tolongg!! " jerit Mijoo ketakutan.
Yang lain sudah melepasi. Tinggal ah Mijoo, Yuha, Jungsoo dan Chaera disitu. Chaera masih membantu Mijoi untuk naik kepermukaan. Akhirnya lepas juga.
" Baiklah, dalam kiraan 3 kita lari bersama-sama kepangkal jambatan. Okay! " Chaera. Merek bertiga masih ragu-ragu. Yang lain sudah memanggil mereka dari puncak.
" Satu...dua...tiga! Lariii!! " jerit Chaera.
Sedikit sahaja lagi mereka mahu sampai dipenghujung. Tiba-tiba Yuha tersampuk dan terjatuh kebawah. Kyurin yang melihat itu, terus mengejar Yuha yang mula terjatuh. Tetapi Kyurin tidak sempat mencapai tangan Yuha.
Jungsoo yang sedari tadi terus melompat ke dalam gaung itu. Semua memandang kedalam gaung yang dalam da gelap. Tiada bunyi suara mahupun bayang mereka. Kyurin dan Minjoo sudah menangis disitu.
" Unnie sabar " Haraa memujuk Kyurin yang menangis.
" Kay dapat rasakan mereka akan berjaya unnie " kata Kayla pada Minjoo pula.
" Betul tu. Mina pun rasa macam tu juga " kata Mina.
Lama juga mereka memandang kedalam gaung. Sudah berapa jam Yuha dan Jungsoo tidak muncul lagi. Hwasa masih tidak beriak apa-apa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
" Benda dah berlaku. Saya dah pesan suruh kamu percaya pada diri kamu. Ayuh kita pulang " kata Hwasa. Puteri-puteri itu mula bangun dan memapah yang lain untuk beredar.
Baru sahaja mereka mahu menghilang, Hyejin terdengar suara seseorang seperti meminta tolong.
" Ssaem sebentar " kata Saehoon.
" Kenapa? " tanya Aerin.
" Saya dengar suara Soo.. " kata Saehoon. Suasana menjadi sepi. Saehoon mula menapakkan kakinya sebelah kedepan.
Kepulan kabus tebal itu menghalang penglihatan mereka untuk melihat kehadapan. Sepertinya ada bayang-bayang orang disitu tetapi tidak jelas.
" Sesiapa tolong Soo! " jerit Jungsoo. Tangannya tergapai-gapai ditebing gaung.
" Soo! " panggil Minjoo. Dengan segera mereka berlari kearah Jungsoo.
Dibelakang Jungsoo ada Yuha yang masih berpaut. Kaki Yuha sudah luka teruk. Aerin dan Haraa membantu menarik Yuha keatas. Manakala Minjoo dan Kayla pula membantu Jungsoo naik. Minjoo terus memeluk Jungsoo erat. Difikirannya takut bahawa Jungsoo sudah pergi tinggalkan dia.
" Soo berjaya unnie " kata Jungsoo tersenyum sebelum dia rebah. Badannya menggigil kesejukkan.
Hwasa mengarahkan Mark dan Chenle memangku Yuha dan Jungsoo pulang kebilik kuliah semula.
" Bawa mereka kebilik rawatan segera " arah Hwasa lagi. Mark dan Chenle terus berlalu.
" Harapnya mereka berdua baik-baik sahaja lah " ujar Mina risau.
" Betul tu " kata Haeyeon.
" Kamu semua boleh naik ke bilik kamu untuk berehat dahulu. Sebarang info saya akan hantar Dreamis beritahu kalian. Itu sahaja pelajaran kita hari ini " ujar Hwasa. Mereka mula bersurai dan kembali kebilik.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Okay double-update dengan yang preview bab. Haritu Kim dah janji nak buat double update kan. Jangan risau, ni bukan last bab af ni. Ada lagi. Nanti Kim akan update lagi. Tunggu tau😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro