Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𓍲 章 , 𝟏𝟖

. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .

𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼

⁂ 𝐃-𝐃𝐚𝐲 𝟑

Hari ini semua puteri itu bangun dengan awal sekali. Tiada lagi pekikan dari mulut Mamamoo mengejut mereka.

Mereka mengenakan pakaian yang baru lagi. Hari demi hari baju mereka bertukar setiap hari.

" Risau lah baju ni kotor nak berlatih sebentar lagi " ujar Haraa.

" Jangan risau Haraa. Unnie dapat rasakan baju kita bersih hari ini. Mungkin kita akan berlatih ditempat yang cantik " kata Minjoo.

" Betul tu. Dah masuk dua hari kita berlatih di tempat yang bahaya. Mungkin hari ini dan hari terakhir kita akan berlatih ditempat yang selamat sikit " sampuk Kyurin.

Yang lain turut mengangguk. Haraa kembali tersenyum. Mereka berarak beramai-ramai kebilik kuliah.

Wheein masuk dengan wajah yang gembira. Terkejut juga melihat para puteri sudah berada awal sebelum dia tiba.

" Haa, macam ini lah baru semangat saya nak ajar kalian. Bagus, bagus. Selepas ini sila kekalkan macam ini ye adik-adik sekalian " kata Wheein.

" Baiklah, semangat tak nak belajar hari ini? " tanya Wheein.

" Semangat!! " jawab para puteri serentak dengan kuat dan semangatnya. Wheein tertawa melihat mereka.

" Okay, ayuh kita berjalan-jalan sebentar iya wahai puteri sekalian! " serta merta bilik kuliah bertukar  menjadi sebuah tempat yang gelap tetapi diterangi cahaya yang cantik.

" Wahh, cantiknya " puji Kayla.

" Kan best kalau istana boleh bertukar macam tempat ini " sampuk Mina pula.

" Kan. Baru seronok duduk istana " balas Mel.

" Baiklah pelajar. Pelajaran kita hari ini bertajuk, 'Dare to Think'. Tahukan maksudnya? " tanya Wheein.

" Tah tahu ssaem! " jawab Jungsoo lurus. Chuyeon mencubit lengannya. Yang lain turut berdiam.

" Tidak mengapa. Saya nak uji minda kamu hari ini. Siapa disini ada kuasa minda? " tanya Wheein. Kayla dengan Mel mengangkat tangan mereka.

" Hari ini saya memerlukan pelajar yang lain. Iaitu, puteri dari kerajaan Nethilor, Belryna dan Gantrick " ujar Wheein. Ketiga-tiga kerajaan itu menapak kedepan. Yang lain memberi ruang untuk mereka.

" Arahan saya senang sahaja. Dengar baik-baik okay. Pertama, saya nak kamu bawa sekuntum bunga. Tidak kisah bunga apa sekali pun. Dan kedua, bawanya kepada saya dalam masa 2 minit sahaja " terang Wheein.

" Apa?! 2 minit sahaja ssaem? Mana cukup lah " ujar Hyejin.

" Siapa kata tak cukup. Lihat ya "

Dengan sekelip mata sahaja Wheein membawa sekuntum bunga datang kearah puteri-puteri itu. Mereka terlihat tergamam dengan ketangkasan Wheein sebentar tadi.

" Wah! Hebat betul ssaem ni " puji Chuyeon sambil menepuk tangannya.

" Kalau tak hebat, saya takkan jadi pengajar disini " balas Wheein.

" Baiklah, saya nak kamu mulakan dari....... " Wheein memberhentikan ayatnya. Puteri-puteri itu sudah bersedia untuk menggunakan kuasa mereka.

" Ssaem? Cepat lah " kata Yura.

" Baiklah. Sekarang!! " arah Wheein. Puteri-puteri itu mengelabah mencari bunga-bunga disekeliling tempat itu.

" Masa ada lagi tinggal 15 minit " jerit Wheein. Yang lain sudah mengelabah teruk.

Tiba-tiba muncul segumpulan awan yang besar. Semakin lama semakin dekat dengan kedudukan puteri-puteri itu.

" Eh, apa tu? " tanya Jaeun setelah nampak awak yang pelik itu.

" Awan mungkin. Tapi kenapa dia semakin turun? " tanya Chuyeon hairan.

Makin dipandang, awan itu seperti mengeluarkan cecair putih yang agak tebal sekali.

" Korang! Lihat keatas " jerit Arra. Puteri-puteri itu terus melihat keatas.

" Ssaem! Selamatkan mereka cepat ssaem! " ujar Saehoon cemas melihat puteri yang lain masih berada disitu. Wheein seperti tidak mengendahkan rayuan puteri yang lain.

Ada yang mahu menolong, tetapi kaki mereka seperti diikat oleh sesuatu. Apabila dilihat tiada apa pun yang menghalang mereka.

Ada yang menjerit memanggil nama yang lain tetapi tidak didengari langsung panggilan itu. Puteri yang melihat itu ada yang menangis ketakutan.

" 3, 2, 1..tamat " detikkan jam itu tamat pada masanya. Awan tadi sudah jatuh menghempap puteri-puteri yang diwakilkan sebentar tadi. Suasana menjadi sunyi sepi.

" S-Saem..keluarkan mereka " rayu Yuha teresak-esak. Wheein tidak beriak langsung.

Tiba-tiba, ada dua 5 ekor serigala datang keluar dari awan itu sambil memangku puteri-puteri itu.

(renjun)

(jeno)

(haechan)

(jaemin)

(unknown)

" I-Itu 00'liner " kata Kayla menunjuk kearah serigala itu. Yang lain turut memandang.

00'liner dan seekor lagi serigala itu meletakkan puteri-puteri itu diatas cendawan yang besar. Serigala yang tidak dikenali itu cuba menyedarkan puteri-puteri itu kembali. Lalu setelah beberapa saat, mereka sedar semula.

Puteri-puteri yang lain datang mengurumuni mereka yang baru tersedar.

" Haa macam mana tadi? Okay ke? " tanya Wheein pada wakilan puteri.

" Susah ssaem. Kepala saya jadi berat dan tidak boleh fokus semasa saya sedang mencari bunga. Minda saya jadi kosong semuanya. Saya menjadi kaku disitu. Saya pun tak tahu kenapa " jawab June.

" Betul tu. Saya pun rasa begitu. Pandangan saya jadi kabur terus. Betul, tak tipu ni " sambung Haraa.

" Saya pula dengar suara orang panggil nama saya. Tapi, dengar hujung-hujung je. Pemikiran saya entah kemana " jawab Aerin disebelah Haraa.

" Lepastu, sedar-sedar sudah ada dekat sini je " kata Yura.

" Betul sangat " sambung Hyejin.

" Tapi, kamu semua berjaya mendapatkan bunga itu kan? Lihat dekat tangan kamu " kata Wheein. mereka semua agak terkejut melihat apa yang mereka pegang. Benar, disetiap tangan mereka mesti ada sekuntum bunga yang berlainan.

" Macam mana... " ujar Minjoo hairan.

" Memang benar kamu tidak ingat apa yang berlaku. Minda jadi lari dari fokus. Tetapi, minda kamu telah mengawal pergerakkan tubuh kamu untuk mencari sekuntum bunga itu. Mungkin fikiran kamu entah kemana, tetapi dalam satu fikiran kamu masih kekal untuk mencari bunga yang diarah oleh saya. Benar? " kata Wheein. Mereka turut mengangguk.

" Baiklah, hari pun sudah semakin gelap. Ayuhlah kita balik kebilik kuliah " kata Wheein.

" Sebentar ssaem! " Wheein memberhentikan langkahnya. Kepalanya ditoleh kearah Arra.

" Bolehkah kami tahu siapa serigala yang asing tadi? " ujar Arra.

Serigala itu menukarkan dirinya menjadi seorang manusia biasa. Wajah yang kacak rupawan itu mengetuk hati para puteri.

" Perkenalkan saya Vanadey. Boleh panggil saya Van sahaja. Saya penjaga tempat ini " ujar Vanadey si serigala jadian.

" Uwah, sungguh kacak " puji Yuha.

" Betul tu. Kenapa semua guardion disini kelihatan kacak semuanya " kata Mel pula.

" Yah. Fokus, fokus! Ayuh balik " kata Mina.

Wheein dan 00'liner tergelak melihat mereka. Lalu tempat indah itu bertukar menjadi sebuah kuliah semula.

" Itu sahaja pembelajaran kita hari ini. Saya harap kamu berpuas hati dengan apa yang saya ajarkan kepada kamu semua. Terima kasih semua. Jumpa lagi dihari lain " ucap Wheein.

Selesai bersurai, para puteri balik kedorm masing-masing untuk berehat.

🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿

hai, im back gais! maaf lama tak update. busy gais busy. kerja tak habis lagi. harap ada yang masih sudi baca af ni🙏🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro