𓍲 章 , 𝟏𝟓
. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba.
Semua pihak diraja dari pelbagai kerajaan mula menghantar anak-anak puteri mereka ke Skye Academy.
Setelah semua pengawal selesai menghantar puteri-puteri, mereka pun pulang ke istana dengan selamat.
" Wah, ini ke tempatnya? Menakutkan saja lah " kata Chuyeon.
" Tak nampak macam academy pun " kata Minjoo
" Lebih kepada rumha berhantu ada lah " kata Yuha pula.
" Entah-entah kita semua ni kena tipu tak? " balas Jungsoo
" Betul lah, manusia dekat sini pun aku tak nampak langsung " kata Jaeun pula.
Mereka semua memandang sekeliling mereka. Benar, tiada sesiapa pun disitu melainkan mereka sahaja.
" Dah macam penjara pun ada kan " kata Hyejin.
" Itulah. Mesti rasa terseksa duduk dekat sini nanti. Dah rupa bangunan pun macam ni, apatah lagi cara mereka mengajar kan " sambung Mel pula.
" Jom lah kita balik nak? Macam buang masa je datang sini " ajak Kyurin. Dia sudah mengangkut barangnya.
" Eh sabar dulu. Mungkin mereka sudah tunggu kedatangan kita mungkin " kata Kayla menyedapkan hati yang lain.
" Betul tu. Apa kata kita cuba ketuk pintu itu " ujar June. June baru nak ketuk pintu itu, tetapi tangannya dihalang oleh Yura.
" Saya rasa tak payah lah. Menakutkan lah tempat ni " balas Yura.
" Apalah awak ni. Kita cuba dulu. Belum cuba, belum tahu kan " kata Chaera.
" Betul tu. Jom lah kita " sambung Saehoon.
Dengan beraninya, Saehoon mendekati pintu academy itu. Dia mengetuk pintu tersebut.
" Macam tak ada orang pun " kata Haraa.
Kali ini Kayla pula yang cuba ketuk. Dia mengetuk berkali-kali.
" Hello? Ada orang disebalik pintu ini? " tanya Kayla. Tiba-tiba ada satu getaran berlaku ditempat mereka berdiri. Semua sudah gelabah.
" Bonda! Ayahanda! Aerin takut " kata Aerin sambil memeluk barangnya.
" Apa pula ini? Gempa bumi berlaku ke? " kata Haeyeon.
Hyejin menggunakan kuasanya untuk memberhentikan getaran tanah yang sedang berlaku kepada mereka. Dan getaran itu terus berhenti.
" Terima kasih awak " ucap Mijoo kepada Hyejin.
" Sebaiknya kita terus terjah masuk kedalam sahaja. Kita tidak akan tahu apa akan berlaku jika kita berlama diluar ini lagi " kata Arra.
Dan semuanya mengikuti sahaja langkah Arra. Setibanya dimuka pintu, Arra mahu menyentuh tombol itu tetapi pintu itu terbuka dengan sendirinya. Mereka semua ketakutan.
" Tidak mengapa semuanya. Tiada sesiapa pun dihadapan ini. Ayuh kita masuk " kata Mina Arra lagi. Dan mereka pun masuk mengikuti Arra dari belakang.
Seeloknya mereka masuk, tiba-tiba pintu tadi kembali tertutup. Suasana menjadi gelap. Ibarat seperti berada didalam sebuah bilik yang gelap gelita. Mereka semua sudah ketakutan.
" A-Apa pula kali ini? " kata Yuha ketakutan.
" Apa hajat kalian kemari? " kata sebuah suara yang bergema diseluruh tempat itu.
" Sudah lah tu Haechanie. Suka lah kamu menakutkan mereka " marah Wheein sambil mencubit Haechan. Haechan mengaduh.
Suasana kembali menjadi cerah seperti asal. Dan terpampang lah keindahan disebalik pintu gerbang yang besar tadi.
(* gambar diatas ni, dimana dewan utama yang korang akan stay. termasuk lah dorm korang.)
" Uwah! Cantiknya tempat ni " kata Jungsoo. Yang lain turut terlopong.
" Selamat datang ke Skye Academy wahai puteri sekalian. Perkenalkan patik, Wheein. Saya pengajar disini " Wheein mula memperkenalkan dirinya.
" Saya Haechan, anak serigala " sampuk Haechan.
" H-Hai " kata puteri-puteri itu serentak.
Wheein dan Haechan memanggil pengawal untuk membawa dan mengangkut semua barang puteri itu kedalam dewan.
Apabila semuanya sudah masuk, separuh pengajar disitu sudah menunggu kehadiran mereka disitu.
Sekali lagi, puteru-puteri itu terlopong. Ternganga mulut mereka melihat kecantikan rekaan didalam academy tersebut. Disangkakan luaran mengerikan, rupanya didalam jauh beza keindahan.
" I-Ini ballroom utama ke miss? " tanya Mel.
" Benar tuan puteri. Mari kami semua perkenalkan diri kami semua " kata Jeno.
" Dimulakan dari yang paling tua " kata Chenle pula.
" Perkenalkan, saya Solar. Pengajar tahap 1. Kamu semua boleh panggil saya Solar unnie sahaja jika tak keberatan "
" Annyeong, saya Moonbyul. Pengajar tahap 2. Boleh panggil saya Byul unnie "
" Hi puteri, saya Wheein. Pengajar tahap 3 disini. Saya tak garang pun. Boleh bahasakan diri Wheein unnie "
" Adios princess, saya Hwasa. Pengajar terbaik tahap 4. Boleh panggil saya Hwasa unnie "
" Kami ni pengajar peringkat 1. Kami semua akan ajar kamu semua benda basic sahaja dahulu " kata Solar.
Kini giliran Dreamis pula untuk perkenalkan diri mereka.
" Annyeong puteri, nama saya Renjun. Saya pengajar tahap 1. Kamu semua boleh panggil saya Renjun sahaja "
" Hi puteri, saya Jeno. Pengajar tahap 2 "
" Annyeonghaseyo, saya seorang yang kac- " ayat Haechan dipotong oleh Chenle.
" Eyyyy hey hey hey hey. Berhenti kamu disitu. Seterusnya " kata Chenle. Haechan memandang Chenle dengan pandangan tak puas hati. Chenle hanya tergelak.
" Semula semula " kata Hwasa.
" Annyeonghaseyo, saya seorang yang ceria dan pembina suasana iaitu Haechan. Saya pula pengajar tahap 3 "
" Annyeong, saya lah putera kamu, eh- tak tak. Saya Jaemin. Pengajar tahap 4. Terima kasih "
" Mereka ni pula pengajar peringkat kedua nanti selepas kami. Jadi, pelajar akan jadi lebih menarik lah bersama mereka ni. Mereka ni 00'liner " kata Solar lagi.
" Habis tu, yang lagi 3 orang ni siapa? " tanya Chuyeon.
" Mereka nampak macam orang tapi sebaliknya bukan. Sila perkenalkan diri " kata Wheein.
" Hi, saya Mark. Yang ini Chenle, dan yang hujung sekali tu Jisung. Kami ini bukan pengajar kamu, tetapi kami adalah pembantu Guru disini " jelas Mark.
" Kadang-kadang kami tolong juga mereka semua ni " sambung Chenle. Jisung hanya tersenyum.
" Comel lah Jisung " puji Kyurin. Jisung tersenyum malu.
" Jadi, 00'liner dengan mereka bertiga ni kami gelarkan Dreamis " kata Moonbyul.
" Selamat berkenalan puteri " kata pengajar serentak sambil tunduk hormat. Puteri-puteri itu membalas.
" Ada apa-apa soalan? " tanya Wheein.
" Saya ada soalan " ujar Mina.
" Ya, teruskan " kata Renjun.
" Boleh saya tahu umur kalian semuanya? " tanya Mina.
" Boleh tuan puteri " balas Hwasa.
" Dimulai dari Solar unnie, 290 tahun. Byul unnie, 280 tahun. Saya dan Wheein sebaya, 250 tahun " jawab Hwasa.
" Manakala Dreamis pula. Mark, 220 tahun. 00'liner, 210 tahun. Chenle, 200 tahun. Dan Jisungie, 190 tahun " sambung Wheein pula.
Semua puteri sudah tergamam mendengar umur-umur pengajar itu. Mana taknya, beratus tahun umur mereka. Nak dibandingkan dengan mereka yang manusia itu.
" Saya, saya ada soalan yang nak diajukan. Siapa pemilik tempat ini? " tanya Haraa.
" Baiklah. Pemilik tempat ini namanya Kim Younghee. Kami gelarkan dia, Guru Kim. Umurnya 200 tahun " kata Solar.
" Oh, sebaya Chenle " sampuk Saehoon.
" Ya betul. Guru Kim bukan manusia biasa macam kalian semua. Dia lah pengajar yang telah mengajar kami semua sehingga berjaya menjadi pengajar disini " sambung Solar.
" Dan, dia baik tahu. Dia tak pernah marah kami semua even ada buat salah. Tapi, jika kesalahan itu melibatkan nyawa orang lain dia akan bertukar menjadi berbahaya juga lah " kata Jaemin.
" Berbahaya? " tanya Haraa.
" Iya berbahaya. Jadi, sila berhati-hati dengan Guru Kim " kata Mark.
" Jadi, selepas ini apa perlu buat? " tanya Minjoo.
" Kalian semua boleh naik ke bilik masing-masing dahulu. Malam nanti Mark, Chenle dan Jisung akan agihkan barang keperluan untuk kamu semua " kata Moonbyul.
Semua puteri itu dihantar kebilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti mereka yang pertama.
( okay, imagine ni bilik korang duduk tau )
* semua bilik sama sahaja jenisnya seperti gambar diatas ini.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Okay, siap update. Okay tak ni? Tau ada typo bersepah dekat atas tu tadi😂 cliche ke? ada yang tak faham cerita diatas ke? faham rasanya kan. oky, nanti next bab kim akan update lagi. tunggu sahaja okay🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro