Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 8

" Ketibaan yang maha adil untuk menghukum manusia bernama Park Shinhye untuk ke muka pengadilan " suara seseorang telah menganggu tidurku yang lena.

" Segera lah ambil manusia ini wahai maha adil. Aku sudah tidak sanggup melihat jam loceng telefonnya menjerit kesakitan yang teramat. Ambil lah " suaranya kedengaran lagi.

Makin lama, makin bingit aku dengar. Kalau perlahan tidak mengapa. Ini, kuat macam speaker rumah aku. Aku pun gagahkan mata aku untuk dicelik.

" Bising lah, Kim " kataku dengan suara yang serak basah.

" Moga kau tenang disana " ujarnya. Apabila aku dengar dia berkata sedemikian, pantas aku bangun. Fuh, dah macam doakan aku mati je.

" Kau jangan macam-macam budak. Aku nak hidup lama lagi ni " kataku. Ditenyeh-tenyeh kedua mataku apabila cahaya lampu biliknya menerpa ke muka aku.

Tiba-tiba, Kim memanjat kerusi di meja studynya dan mencapai jam yang tersangkut elok pada dinding bilik ini.

" Kau dah kenapa, Kim? Nak memanjat bagai " kataku dalam keadaan mamai lagi.

Kim membawa jam itu ke muka aku. Jari telujuknya menujuk ke arah jam yang kini sudah masuk jam 8:40 pagi. Terbuntang mata aku terbuka melihat waktu itu. Tubuh Kim aku tolak saja tanpa berfikir apa-apa. Hanya dalam kepala aku adalah aku dah lambat nak masuk kerja sekarang.

Selesai mandi, aku memandang pakaian-pakaian yang elok tersangkut di dalam almari.

" Cair nanti baju tu kalau tenung lama-lama " tegur Kim. Aku menjeling ke arahnya.

Aku memusing menghadap Kim yang sedang duduk bersila di atas katilnya. Kim mengenakan pakaian yang agak comel bagi aku. Jarang ah budak ini nak pakai macam ni.

" Tahu aku lagi cantik dari kau. Jangan tengok macam tu. Aku takut esok nama aku naik dekat dalam list miss universe pula " perlinya. Dasar bocah!

Aku pula mencapai baju dress soft-colour dan dikenakan dengan kasut tumit yang tidak berapa tinggi. Cute bukan?

" Dah jom " ujarku pada Kim. Kim mencapai begnya dan kami pun berjalan turun ke bawah.

Sesampai kami berdua disana, wajah-wajah anak beranak Kim's sudah tiba. Nampak gayanya, kami sahaja yang terlambat.

" Maaf lambat " ujarku sambil bow berkali-kali.

" Tidak mengapa. Kami pun baru je tiba dekat sini. So, nak decide naik kereta siapa ni? " tanya Nayeon.

" Begini. Kim, Shinhye dan Nayeon noona satu kereta. Appa, Younghoon dan saya satu kereta. Deal? " tanya Wooshin terhadap cadangannya sebentar tadi.

" Okay, deal " balas aku. Kami pun beransur ke kereta seperti yang diperkatakan tadi. Kereta milik Wooshin bergerak terlebih dahalu. Dan kereta Nayeon mengikutinya dari belakang.

Suasana di dalam kereta Nayeon tersangat lah sunyi. Nak kata tak ada penumpang, ada lah juga walaupun berdua termasuk dia bertiga kan.

" Tahu lah kereta orang tua. Kalau ye pun, bukak lah radio ke, cucuk pendrive tu ke. Baru lah hidup sikit suasana dalam kereta ni " kataku memecahkan suasana yang sepi itu. Tapi tiada sahutan dari kedua manusia itu. Sabar saja lah hidup kau, Shinhye.

" Oh ye, Kim. Unnie nak tanya sesuatu pasal dia " Nayeon bersuara.

" Apa dia " balas Kim.

Okay, nampaknya ada gossip terbaru atau aku saja yang tidak tahu. Ayuh kita curi-curi dengar.

" Kim dah ada jawapannya? " tanya Nayeon.

" Entah lah, unnie. Suka atau tidak tu masih tak ada pilihannya. Kim perlukan masa untuk berfikir " kata Kim. Hurm, ni mesti pasal dia dengan Sunwoo kot.

" Terima je lah dia, Kim. Dia okay kan. Jangan jual mahal sangat. Nanti lama-lama menyesal baru tahu " sampuk aku tiba-tiba.

" Shushh, diam kamu. Kamu tidak terlibat dalam hal ini. Dan kamu tidak tahu apa-apa, Hye-ah " kata Nayeon.

Pulak dah. Okay, aku diam. Orang nak tolong bagi cadangan je. Apa lah korang ni.

Setelah berjam kami berada di dalam kereta untuk sampai ke Jeju, akhirnya sampai juga. Naik bengkak dah punggung aku ni.

Aku turun dari kereta untuk meregangkan badan yang terasa lenguh. Begitu juga yang lain. Lama dah tak rasa berjalan jauh macam ni.

" Ayuh kita masuk ke dalam " kata tuan Seojun.

Tuan Seojun mendahului dan kami hanya mengikutinya dari belakang.

Resort ini sememangnya sangat besar. Nak dikatakan, dalam plan lukisan hari itu pun memang agak mewah ukiran dan rekaannya. Mungkin dulu pemiliknya kerabat diraja ataupun orang berada.

Aku memerhati disetiap inci kawasan resort itu. Semuanya nampak luas dan cantik. Cuma rupanya sahaja sudah usang kerana sudah lama ditinggalkan. Tak ada lah macam rumah berhantu pula. Hanya penuh dengan habuk debu dan akar-akar yang baru nak menjalar sahaja.

" Shinhye-ah, nanti boleh dah kamu cari mana-mana kontraktor untuk ubah balik rekaan resort ni " ujar Younghoon.

" Urm, saya pun sekarang dalam proses nak cari. Kalau cepat dapat, cepat lah proses pembukaan resort ni. Tak sabar rasanya saya " kataku.

" Saya boleh tolong carikan untuk awak, Shinhye. Jangan risau, saya akan bantu awak untuk bangunkan balik resort ni. Saya yakin awak boleh " kata tuan Seojun pula sambil menepuk bahuku.

" Harapnya lah " kataku.

Kami berpecah kepada dua kumpulan. Aku, Kim dan Younghoon naik ke tingkat dua. Manakala, Nayeon, Wooshin dan tuan Seojun di bawah.

Aku mula mengutip ranting-ranting mati dan masukkan ke dalam plastik sampah yang besar.

Kim pula menyapu debu-debu pada setiap tingkap dan Younghoon menyapu lantai.

Tiba-tiba, tanpa aku perasan jari telujuk aku tercucuk duri ranting yang aku kutip tadi.

" Auch! " jeritku.

Darah mula mengalir keluar dari tempat luka itu. Aku jadi panik tiba-tiba.

Kim dan Younghoon berlari ke arah aku apabila dengar aku menjerit kecil tadi. Darah seperti tidak mahu berhenti dari keluar. Air mata aku dah start nak pecah.

" Yah, banyaknya keluar. Kim pergi cari kain atau apa-apa sahaja untuk balut jari, Hye " arah Younghoon pada Kim. Kim dengan segera turun kebawah seperti yang diarahkan.

" D-Darah.. " rengekku yang dah menangis dah pun.

" Hey, hey. Shushh, jangan nangis. Nanti baik lah ni " pujuk Younghoon. Aku masih panik bila nampak darah aku.

Younghoon tidak semena-mena membawa jari telujuk aku ke dalam mulutnya. Kemudian dia meludah semula darah tadi. Dan dia ulang semula. Automatik aku berhenti menangis. Muka aku bertukar merah. Dia sangat gentle.

" Dah jangan menangis. Bila saya buat macam ni, darah ni akan berkurang keluarnya. Kalau awak biarkan macam tadi, dia akan terus keluar " katanya.

Tidak lama kemudian, Kim tiba sambil membawa peti aid. Dan yang lain turut hadir sekali. Peti itu dibuka dan Younghoon mula merawat jari aku yang terluka.

" Kenapa boleh jadi? " tanya Wooshin.

" Dia tak pakai glove masa kutip ranting-ranting tu. Acah pro sangat " jawab Kim.

" Maaf " itu saja yang keluar dari mulutku.

" Dah siap. Awak duduk je diam sini. Biar saya dengan Kim je yang buat. Kalau awak buat kerja, nanti balutan tu terbukan balik " pesan Younghoon.

Jantung aku berdegup dengan laju sekali. Dah kenapa? Dia just tolong aku kan? Tapi, kenapa aku tiba-tiba rasa lain bila dia cuba pujuk aku tadi. Aish, jauhkan perasaan tak guna tu.

Mereka kembali menyambung kerja mereka. Manakala aku disuruhnya duduk diam disini.

Mulanya mata aku hanya fokus pada Kim buat kerja. Entah bagaimana, kornea mata aku ni degil sangat nak juga tengok si Younghoon tu buat kerja.

Bila dia pandang balik, mata kami akan bertembung. Disitu lah jantung aku bagai nak pecah. Dia pandang je lah wahai Shinhye!! Stop it!

Aku pun acah-acah main handphone sebab nak elak dari pandang Younghoon lagi.

Takut!!

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro