𝕭𝖆𝖇 : 6
Selepas balik kerja tadi, aku berhajat nak rehat sebenarnya. Tapi, hati terdetik nak pergi ke tengok resort tu.
Aku pun mandi dan terus bersiap-siap. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik. Siapa lagi kan, mesti lah empunya bilik ni.
" Lah, nak kemana? " tanyanya.
" Aku nak Jeju lah rasanya " kataku. Kim memandang muka aku lama tanpa sebarang reaksi ditunjukkan.
" Apa? Kau nak pergi jemput abang kau kan? Pergi jelah " kataku lagi.
" Bukan. Kau kene serangan gila ke apa? Apa ke jadahnya nak ke Jeju petang hari macam ni. Kau ingat Jeju tu macam kau nak pergi ke kampus aku je ke? " tanyanya.
" Aku bosan lah. Lagi pun kau tak ada kejap lagi. Mende aku nak buat? Tidur macam kau? Malas aku " kataku.
" Dah. Ambil handbeg kau, pergi pakai kasut then ikut aku ke airport sekarang. Berani membantah? " tanyanya. Aku cepat-cepat mengeleng. Takut aku. Aku pun akur je lah arahan budak itu.
Ini pakaian yang aku pakai.
Yang ini pula yang Kim pakai. Simple seperti biasa. Susah nak tengok dia pakai elegant sikit.
Aku ikut saja Kim dari belakang. Kim berhenti seketika dilobby. Menunggu seseorang mungkin.
Tidak lama kemudian, tuan Seojun turun dengan pakaian yang biasa sahaja. Adakah tuan Seojun nak ikut juga? Kekok lah aku kejap lagi.
" Nah, kuncinya Kim. Bawak elok-elok. Appa tau kamu bawak macam mana. Bawak elok-elok sikit. Dah petang ni. Balik nanti, jangan bagi abang Hoon bawak. Kesiankan dia " pesan tuan Seojun pada Kim.
" Wow, Kim drive hari ini? Amazing " pujiku. Kim mengambil kunci kereta dari tangan tuan Seojun dan kami terus ke garage kereta.
Apabila enjen kereta mula memanas, Kim memulakan pemanduannya ke lokasi yang dituju iaitu airport.
Hari ini ada orang drive untuk aku. Selalunya aku saja yang jadi driver minah kecik ni. Kan best kalau dia pun nak bawakkan aku macam ni. Tapi itu semua angan-angan.
Sesampainya disana, Kim memakir keretanya ditapak parking kereta. Kereta dikunci terlebih dahulu sebelum kami bergerak masuk ke dalam kawasan airport.
" Mana Younghoon? " tanyaku sambil mata melilau disekitar tempat.
" Kejap, aku call " kata Kim. Telefon miliknya dikeluarkan dan menekan nombor seseorang.
" Hello, abang dekat mana? " tanya Kim.
" Ah, okay-okay. Abang tunggu je situ. Kejap lagi Kim dengan Hye sampai situ " katanya lagi. Lalu talian ditamatkan.
" Jom " ajak Kim. Aku mengangguk dan mengikutnya dari belakang.
Aku dah nampak dari jauh wajah Younghoon yang sedang menuruni escalator. Ya Tuhan, kacaknya anak orang.
" Kim! " panggil Younghoon setelah dia nampak wajah adik kesayanganya ini. Younghoon berlari anak kearah Kim. Alahai comelnya.
" Kim. Rindunya dekat dia " ujar Younghoon sambil memeluk Kim erat.
Iyalah, dah 3 tahun dia tak jumpa adik dinginnya sorang ni. Aku masih disitu berdiri tegak seperti tiang airport itu.
" Eh, lupa pula dekat Hye " katanya sambil tersenyum kearah aku. Pelukan mereka terlerai. Aku sekadar tersenyum saja. Younghoon menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku. Aku membalasnya dengan sopan.
" Korang dah makan ke belum ni? " tanya Younghoon.
" Diet " jawab Kim sepatah. Younghoon memandang aku dan aku membalas pandangannya. Aku faham perasaan kau Younghoon. Sakit hati kan. Aku faham tu tapi aku sabar je.
" Er, belum lagi. Hye baru balik kerja. Kim tadi pun baru balik dari jogging. So, kami siap-siap dan terus datang sini " kataku.
" Okay, jom saya belanja makan dulu sebelum kita balik. Alang-alang saya pun dah lapar ni " katanya lagi. Aku sekadar mengangguk.
" Adik abang ni nak makan apa~ Uyuu uyuuu~ " aku tergelak melihat gelagat mereka berdua. Younghoon memang tak berubah langsung. Suka sangat main pipi Kim tu. Si Kim pulak, tak suka skinship dari abangnya.
Jadi, sebelum balik kami singgah di sebuah restoran untuk mengisi perut yang sudah kelaparan tahap kritikal ini.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro