Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 5

Hari ini, aku masuk keje lambat sikit. Rasa lenguh-lenguh badan pula. Semalam gedik sangat nak ikut minah atlet tu jogging seharian.

" Bangun lah, Shinhye-ssi. Bukan aku yang bayar gaji kau " kata Kim yang masih baring disebelah aku.

" 5 minit, please " rengeku sambil memeluk leher Kim. Aku membenamkan mukaku dileher Kim. Ye, aku paling suka cuddle macam koala. Kim dah biasa dengan perangai aku. Jadi, dia biarkan je.

" Kim, kau tak masuk kampus ke hari ini? " tanyaku yang masih diposisi yang sama.

" Aku nak jemput abang aku dekat airport petang nanti " balasnya. Tangan tak lekang dari bermain game ditelefon bimbitnya.

" Kiranya kau cuti lah hari ini? " tanyaku lagi. Kim berdeham menandakan jawapannya 'Ya'. Aku mengohkan saja.

" Ah, malasnya nak keje hari ini. Ambil rest day pun sama je macam tak rest " rungutku. Aku mengambil keputusan untuk bangun juga dan bersiap-siap untuk masuk kerja.

Ini lah pakai aku untuk hari ini. Kalau bukan sebab kerja, tak rajin lah aku nak pakai macam ni.

Ayuh kita masuk kerja.

Aku berjalan kearah lift untuk turun ke tingkat bawah iaitu lobby. Sebelum masuk kerja mesti kene thumbprint dahulu. Nanti kene potong kerja, nyahh!

" Selamat pagi, Miss Shinhye " sapa seorang staff restoran yang juga baru masuk kerja. Aku membalasnya dengan mesra.

" Lambat masuk kerja, Miss " tegur Irene iaitu Assistant Manager Front Office. Sahabat aku juga. Aku berjalan mendekati kaunter.

" Saja masuk lambat. Badan rasa lenguh sebab semalam ikutnya si Kim pergi jongging " ujarku padanya.

" Eh eh. Tahu kan, Younghoon abangnya Kim nak balik sini petang ni " tanyanya.

" Tahu dah. Yang kau excited sangat kenapa? " tanyaku.

" Gila tak excited. Dah lah handsome. Baik hati pulak tu. Putih melepak nyah. Silap muda dari aku je. Kalau tak, lama dah aku try " katanya dengan gaya yang mengada. Aku memandangnya atas bawah.

" Mende? Alah budak ini. Support lah sikit kakak kau sorang ni. Bergurau pun tak boleh langsung dia ni. Dah, pergi masuk pejabat kau sana. Kejap lagi bapak mertua kau turun tu " katanya. Aku memberikan jelingan menyampah padanya dan terus berlalu ke pejabat aku.

" Dasar orang tua tapi macam anak dara. Dikatanya tuan Seojun tu bapak mertua aku. Sejak bila lah " rungutku seorang diri.

Selang beberapa minit kemudian, susuk tubuh tuan Seojun mula muncul ketika dia melalui di hadapan pejabat aku.

" Petang nanti Kim nak pergi jemput abang dia. Aku nak buat apa? Baik aku tidur kan " kataku sendirian sambil menulis report hari ini.

Tok, tok, tok!

" Urm, masuk " jawabku. Wajah Nayeon muncul disebalik pintu pejabat.

" Oh, unnie. Ada apa? " tanyaku.

" Tuan Seojun panggil ke pejabat dia. Sekarang " katanya. Aku mengangguk dan mengikut Nayeon dari belakang hingga ke pejabat tuan Seojun.

" Tuan, Shinhye dah sampai " ujar Nayeon pada tuan Seojun.

" Jemput duduk, Hye " ujarnya. Aku segera melabuhkan punggung diatas kerusi di hadapan mejanya.

" Ada apa tuan panggil saya? " tanyaku sopan.

" Awak ingat lagi tak pasal kursus besar yang kita pergi dekat Incheon haritu? " tanyanya dengan sebuah senyuman gembira. Aku jadi tertanya-tanya.

" Kursus? Ah! Yang pembentangan projek pembuatan resort di pulau Jeju tu ke? " tanyaku. Tuan Seojun mengangguk.

" Okay, kenapa dengan benda tu? " tanyaku hairan. Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kearah aku. Terkejut aku dibuatnya. Dah kenapa.

" Tahniah. Awak bakal menjadi pemilik resort itu nanti, Shinhye " ujarnya. Alangkah terkejut beruk aku dibuatnya disitu. Nak melompat kang, nampak macam pesakit mental. Jadi aku cover ayu didepannya. Gelak pun fake semuanya.

" B-Betul ke? Saya dah tak ingat pasal tu langsung, Tuan. Saya ingatkan kertas kerja tu mereka takkan terima. Bersyukurnya saya. Tak sangka, kerja keras saya usahakan selama ni akhirnya berjaya! Terima kasih, tuan " ucapku yang tak henti-henti tersenyum.

Betul. Aku dah lama usahakan resort yang kene reject dekat pulau Jeju tu. Projek tu diusahakan sejak ayah aku masih bergelar seorang arkitek berjaya di pulau tersebut. Kini, aku lah pewarisnya pula. Puas aku keluarkan kertas kerja. Akhirnya tercapai juga hasrat aku. Bukan itu saja. Resort itu juga adalah tanah rasmi milik nenek dan datuk aku. Sebab itu aku usahakan untuk dapatkan semula sebelum mereka berhajat untuk runtuhkannya.

Aku keluar dari pejabat tuan Seojun dengan hati yang berbunga-bunga. Jujur aku cakap, ini lah perkara yang buat aku gembira sangat. Aku bangga sebab dapat membantu keluarga aku.

" Senang hati nampak? " tegur Wooshin ketika berselisih dengan aku didepan kaunter.

Aku memandangnya dan terus aku memeluknya dengan erat sekali. Entahlah, aku happy sangat-sangat sekarang.

" Okay, Hye. Tenang-tenang. Kita ni masih dalam hotel. Kawasan kerja. Orang ramai dekat kaunter ni " kata Wooshin. Terus aku tersedar akan sesuatu. Mata aku tepat memandang kearah orang ramai beratur dihadapan kaunter. Merah muka aku dibuatnya. Cepat-cepat aku berlari masuk ke dalam pejabat aku.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro