Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 4

Pagi-pagi lagi otak aku dah serabut. Semuanya gara-gara si Yuvin tu. Sakit betul hati aku ni.

Aku punyalah semangat nak breakfast dengan Kim berdua saja hari ni. Tiba-tiba malaun bernama Yuvin tu, telefon aku sebab nak duit. Apa? Ingat aku ni bank sendirian berhad dia ke apa?

" Aik, tadi bukan lagi semangat nak breakfast. Kalau boleh tak nak tidur langsung semata-mata nak sarapan pagi dengan aku. Ni dah kenapa muncung macam selipar jamban rumah pakcik aku ni? " tanya Kim setibanya dia dihadapan aku.

Aku membetulkan kedudukan aku dan memberikan sedikit ruang untuk Nayeon duduk. Aku tidak membalas pertanyaan Kim. Selebihnya memilih berdiam sahaja.

" Urm, bisu dah rupanya. Patutlah " kata Kim lagi. Aku menjeling kearahnya. Kim ralit dengan telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, makanan telah pun tiba. Para pelayan terus beredar setelah menghidangkan kami makanan yang aku pesan pagi itu.

" Kim " panggilku.

" Urm " jawabnya tapi masih tidak henti makan.

" Yuvin kacau aku lah " aduku. Dan berharap Kim akan membalasnya dengan baik.

" Huh? Yuvin? Teman lelaki awak tu? " tanya Nayeon.

" Bukan. Bekas teman lelaki " balasku. Dan untuk kali keduanya manusia yang terkejut dengan jawapan aku. Nayeon memandang aku dan Kim bersilih ganti.

" S-Serius lah? Bila tu? " tanyanya.

" Semalam, masa nak sambut hari jadi dia dekat kampus " balasku dengan nada sayu.

" Omo. Tabah ye, Shinhye-ah. Unnie akan sokong kamu dalam apa jua. Semangat tau! " ujar Nayeon memberi semangat padaku.

" Terima kasih, unnie " ucapku. Tiba-tiba Kim bersuara dingin.

" Mulai hari ini, detik ini, aku tak nak sikit pun pasal lelaki tu. Bukan setakat dengar pasal dia, nak dengar nama dia je aku dah meluat " katanya sedingin ais. Aku terdiam lalu mengeluh.

Salah aku juga sebab utama Kim menjadi sedemikian. Terlalu bencikan Yuvin. Kalau aku dengar cakap dia dari mula, semua ini tak kan jadi.

Flashback..

Setahun yang lalu..

" Eh, Kim! Yuvin balas chat aku lah " ujarku semangat.

" Jadi? Kau betul-betul nak kan dia ke? " tanya Kim seperti ragukan sesuatu. Aku mengerutkan dahiku.

" Maksud kau? " tanyaku.

" Aku rasa..tak payah lah suka dia. Ada je lelaki lain yang kau boleh suka kan. Aku just tak suka lah " katanya.

" Apa kau ni. Tak respect langsung keputusan aku kan. Apa? Kau jeles sebab Yuvin suka aku? Nanti aku carikan kau seorang untuk jadi boyfriend kau ye " kataku sambil melengkarkan lenganku dibahu Kim. Kim menepis lenganku kasar.

" Bukan. Hye, dengar sini. Aku bukan tak respect keputusan or nak halang apa yang suka, aku tak nak kau terjatuh kedalam jerat dia je. Kau tak kenal dia macam mana lagi, Hye. Percaya lah " katanya.

" Kau tak payah nak guna alasan mengarut kau tu semata-mata nak menakutkan aku. Semua benda tu takkan terjadi kalau kau tak reka-reka cerita, Kim " marahku. Aku dengar Kim melepaskan keluhan kasar disebelah.

Selang beberapa bulan, hubungan aku dan Yuvin makin lama makin luntur. Yuvin jarang nak keluar atau call aku. Kim pula, macam dah tak nak bercakap dengan aku. Perangai Yuvin pun dah berubah. Tidak sama macam mula-mula kami kenal.

Aku cuba berfikir positif pasal mereka. Tiba lah satu hari tu, Yuvin telefon aku sebab nak ajak aku keluar. Aku tak beritahu perkara tu pada Kim langsung memandangkan dia tak nak bercakap dengan aku.

Aku bersiap-siap dah tanpa berfikir panjang, aku terus memandu ke lokasi berkenaan.

Sesampainya aku disana, aku nampak Yuvin sedang dikerumuni beberapa orang lelaki dan perempuan. Aku berjalan mendekati mereka secara senyap-senyap. Alangkah terkejutnya aku bahawa yang sedang memukul Yuvin itu adalah Kim, sahabat karib aku.

" Kim! Hentikan! " jeritku. Aku mendapatkan Yuvin yang sudah lemah terbaring disitu. Bahu Kim aku tolak menjauhi Yuvin.

" Kau gila ke! Sanggup kau buat macam ni dekat Yuvin. Apa masalah kau, Kim?! Pergi kau " marahku.

" Kau memang lah, Hye. Dibodoh secara hidup-hidup pun masih nak setia dengan jantan tak guna ni. Kalau kau mati pun, belum tentu dua kisah pasal kau lah " kata Kim dingin. Mukanya tampak biasa. Dan terus berlalu pergi bersama-sama gengnya.

Aku segera menghantar Yuvin ke hospital memandangkan Yuvin sudah kelihatan lemah.

Berhari-hari juga aku menemani Yuvin di hospital sehinggalah dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Aku dan Kim sudah seperti musuh.

Sudah hampir setahun, Yuvin mula memberontak. Dia selalu marah dan tengking aku. Tidak kira salah aku tu kecik atau besar. Salah sikit, tunggu sajalah makian dia keluar. Setiap minggu mesti akan mintak duit dekat aku. Alasannya dia nak bayar hutang kolej. Aku yang lurus ni pun turutkan saja.

Ada satu malam tu, aku cuba gagahkan diri untuk berjumpa dengan Kim dekat kampusnya. Walaupun aku sakit hati dengan dia, dia masih kawan aku.

" Hi, Kim " sapaku. Kim berjalan mendekatiku sambil memeluk tubuhnya. Mukanya tidak memaling kearah aku.

" Kau dah makan? " tanyaku mesra.

" Aku sibuk dengan assignment. Kalau tak ada apa-apa yang penting, better kau balik. Aku tak minat nak bazirkan masa aku " katanya masih dingin. Aku mengeluh.

" Aku datang nak mintak maaf dekat kau pasal malam kejadian tu. Maafkan aku ye " kataku. Kim masih berdiam disitu.

" Yuvin...dah lain, Kim. Aku rasa hubungan kami ni takkan kekal. Dia selalu marah aku even perkara tu kecil je. Aku tak ada siapa nak luahkan pasal ni kecuali kau je. Maafkan aku, Kim " rayuku dengar air mata yang mula mengalir dipipi.

" Pandai mulakan, pandailah menamatkan. Aku masuk dulu " katanya. Kim masih marahkan aku. Aku balik dengan perasaan yang amat sedih.

End flashback..

Berbulan juga aku tunggu dia nak bercakap dengan aku semula. Aku tahu salah aku. Jadi aku mengalah.

Tapi aku bersyukur sangat dapat kawan macam dia. Luaran dia saja dia nampak dingin dan kasar macam tu. Sebenarnya dia seorang sahabat yang baik.

" Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Sawan? " tanya Kim. Aku tersentak dari lamunan.

" T-Tak ada apa-apa " kataku sambil tersenyum. Baru aku sedar hanya aku dan Kim saja yang masih berada di restoran. Nayeon dah masuk kerja.

Tiba-tiba air mata aku mengalir. Bukan sebab sedih, tapi gembira sebab Kim sentiasa berada disisi aku hingga kini.

" Menangis pulak dah. Drama benda kau tengok semalam hah? Tak paham betul aku " kata Kim dengan kening yang berkerut. Aku tersenyum kearahnya lagi.

" Aku sayang kau, Kim " kataku dalam nada yang sangat gembira.

" Buang tebiat ke orang tua ni. Dah, aku nak tukar baju " katanya.

" Eh, nak kemana? " tanyaku.

" Jogging dalam hotel ni. Kenapa? Nak ikut? " tanyanya dan berlalu pergi.

Tapi, ini je lah masalahnya. Kadang-kadang tu sakit hati dibuatnya. Tanya elok-elok, jawapannya pula macam lahanat. Sabar je lah, Shinhye!

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro