Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 3

Aku masih berada di alam mimpi aku. Malas untuk bangun. Serasa lebih aman ketika berada didalam alam mimpi. Aku faham kenapa Kim suka sangat tidur.

" Kejap lagi keranda kau sampai lah sahabat aku, Park Shin Hye. Semoga kau tenang disana " ucap seseorang. Lain macam mimpi aku ni.

Tiba-tiba, aku dapat rasakan muka aku basah seperti disembur sesuatu. Mulanya aku biarkan sebab mungkin mimpi. Tapi, lama-kelamaan, makin ye basahnya muka aku. Aku pun cuba celik mata aku.

" Semoga roh kau tenang wahai Shinhye " ujar Kim sambil memegang penyebur bunga. Sesekali dia sembur kearah aku. Terjerit aku dibuatnya.

" Yah!! Apa ni Kim Younghee! " marahku dengan pantas sekali bangun dari pembaringan. Kim memberhentikan kelakuannya. Dia memandang kearah aku dengan wajah yang tidak bersalah.

" Oh, hidup lagi kau rupanya. Aku baru nak hantar nama kau ke pejabat pendaftaran kematian tadi " katanya selamba kentang.

" Oh, kau betul-betul nak aku mati lah ni? " tanyaku tak puas hati. Aku mencapai tisu ditepi katil dan dilap ke muka aku.

" Suatu hari nanti, semua manusia dekat bumi ni akan mati juga. Jadi, apa salah nya kau mati dulu " balasnya sambil mengecas telefon bimbitnya.

" Kau ni kan. Mulut tak ada lesen langsung lah. Kalau betul-betul aku mati, baru kau tau " kataku.

" Mati, tanam je. Apa masalahnya. Ke kau nak dihumban je? Dah pergi mandi sana. Orang dah nak makan malam. Kau masih jadi sleeping beauty yang tak berapa nak beauty " ujarnya. Tahu lah aku hodoh. Tak payah lah melebih. Macam lah dia cantik sangat. Ceh!

" Ye, tak yah puji lebih-lebih. Kau tahu taraf aku. Aku tunggu dekat bawah. Kau tak turun dalam masa 15 minit, aku kunci dalam bilik ni " pesannya. Aku mendengus geram. Ada saja dia nak kenakan aku.

" Kau fikir cukup ke dengan masa 20 minit kau tu? Baju aku pun tak gosok lagi " kataku tak puas hati.

" Bukan masalah aku. Masa kau bermula dari sekarang " katanya. Terus dia berlalu tinggalkan bilik ni. Aku apa lagi, capai je tuala dan bergegas ke bilik mandi.

Sempat 15 minit aku siap. Tak ada lah beria mana aku pakai. Simple and nice untuk dipakai. Janji masih nampak macam seorang perempuan.

Cantik kan? Pftt- aku tahu. Joke-joke saja. Ayuh kita turun.

Sesampainya aku di lobby, wajah Kim langsung aku tak nampak. Kata tadi nak tunggu aku. Ke dah siap melantak dekat restoran tu? Perangai lah.

Baru aku nak menjejakkan kaki aku ke restoran, kedengaran bunyi suara orang disebalik tiang kaunter utama. Aku jalan mendekati tiang itu. Dan curi-curi dengar perbualan mereka.

" Sunwoo suka kan awak lah, Kim. Betul. Saya tak tipu " kata seorang gadis disebalik telefon itu.

" Aku dah cakap banyak kali. Aku tak sukakan sesiapa. Kenapa susah sangat nak faham aku? Lebih-lebih lagi mamat ais batu tu. Fikir senang ke nak jatuh hati? Kau jangan tipu aku lah Somi-ssi " kata Kim dengan nada dingin.

Eleh, macam lah dia tu hati macam kapas sangat. Dua kali lima je lah wahai Miss Kim.

" Tak. Kau tak percaya, esok aku buktikan pada kau " kata gadis itu lagi. Mungkin rakan sekelasnya.

" Malas aku layan korang ni. Aku dah dinner dengan family aku. Bye " ujar Kim. Dan panggilan tamat macam tu je. Aku dengar bunyi tapak kaki Kim berjalan melintasi tiang itu. Aku sebaik mungkin menyorok disebalik tiang itu. Tetapi, terkantoi juga.

" Kau ingat ni game sorok dan cari? Dah, cepat " katanya. Aku mencebik dan mengikutinya dari belakang.

Terkadang serasa diri sendiri ni macam adik kepada Kim pula. Kim seorang yang berfikiran matang, aku pula seperti kebudakkan. Ibarat, aku dan Kim telah bertukar roh. Sumpah aku cakap, dalam banyak-banyak gadis yang aku kenal, Kim lah manusia yang paling susah nak dilihat ada masalah. Lain lah aku. Asal ada masalah je mesti nak menangis macam baby. Memalukan.

" Lambat Kim? " tanya Wooshin.

" Manusia ni lah lambat sangat. Loceng jam telefonnya tu boleh dah hantar pergi audition dekat Cre.ker Entertainment. Cantik saja, tapi pekak " kata Kim. Fuh, menusuk ke kalbu weh. Aku tersengih memandang Wooshin.

" Apa lah. Dah-dah, duduk cepat. Lapar dah ni " kata Nayeon. Siapa Nayeon? Dia ni assistant kepada Wooshin.

Makanan sudah pun terhidang didepan kami. Aku menelan air liur berkali-kali. Lambat lagi ke nak makan ni guys? Aku lapar weh!

" Maaf lambat ye anak-anak " ujar tuan Seojun iaitu ayah kepada Kim dan juga pemilik hotel mewah ini.

" Tidak mengapa appa. Jemput makan ye " kata Wooshin mesra. Kami pun turut menjamah makan malam itu.

" Appa, abang Hoon sampai pukul berapa esok? " tanya Wooshin.

" Hurm? Hoon? Entah lah. Appa pun tah pasti bila. Dia tak ada pula mesej atau call appa bagitau dia sampai pukul berapa esok. Kejap lagi ada lah tu " kata tuan Seojun.

Younghoon sampai esok? What? Awal lah. Eh, lantak dia lah. Apa lah kau ni, Hye.

" Tambah lagi, Hye. Makanan banyak ni. Siapa lagi yang nak habiskan semua ni. Jangan malu-malu " kata tuan Seojun. Aku tersenyum malu.

" Malu konon " kata Kim separuh berbisik.

Dalam kami sedang seronok menjamu makan malam itu, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Siapa pulak yang gatal sangat nak telefon aku malam-malam camni. Hish.

" Jawab je lah, Hye. Kami ni jangan risau. Mungkin urgent tu " kata Nayeon. Aku menganggukkan kepala dan berlalu pergi sambil membawa telefon aku. Aku terus berjalan kearah lobby. Panggilan itu aku jawab.

" Hello "

" Shinhye-ah " suara Yuvin kedengaran disebalik telefon. Aku mengeluh.

" Nak apa? " tanyaku dengan nada biasa.

" Pinjamkan saya duit boleh? Saya nak bayar hutang kampus untuk minggu depan " katanya. Aku berdecit.

" Duit? Cari sendiri. Saya bukan bank awak. Bye " ujar aku dan terus tekan butang tamatkan panggilan.

" Bodoh! " jeritku. Aku memegang kepala aku dan memejamkan mata. Menahan rasa sakit hati yang dirasai. Berkali-kali aku tarik dan hembuskan nafas aku.

" Time-time macam ni kau baru nak cari aku? Dasar lelaki tak guna. Kerja nak kikis duit aku je " marahku. Tiba-tiba bahu aku disentuh dari belakang. Aku refleks untuk mengelak. Bila aku pusing, Kim cepat-cepat pegang lengan aku.

" Aku masih manusia. Jangan risau " katanya.

" Bukan " kataku. Mata aku alihkan kearah lain.

" Kau okay? " tanyanya. Aku mengangguk.

" Maaf buat korang tertunggu-tunggu. Jom kita makan " kataku saja menutup kemarahankan tadi. Aku tahu Kim dapat rasakan aku cuba mengelak sesuatu. Tapi, peduli apa aku? Janji tersorok juga.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro