Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 2

Aku dah Kim duduk berdua direstoran. Sambil menunggu makanan tiba, Kim sempat lagi bermesra dengan buku-bukunya. Benci aku. Aku pula dibiar macam tunggul disitu.

" Kim " panggilku. Kim sekadar berdeham. Satu ayat pun tidak muncul disebalik bibir maut dia tu.

" Dah lah berdating dengan buku kau tu. Layan lah aku ni. Aku kan baru je putus dengan Yuvin tak guna tu " rengekku saja untuk menarik perhatiannya.

" Dah tahu mamat tu tak guna, kau gedik jugak nak dekat dia. Bukan aku tak pernah pesan kan " balasnya. Setepek kene. Aku mendengus dihadapannya.

Tidak lama kemudian, ada dua orang pelayan datang menghantar makanan yang kami pesan tadi. Semua terlihat sangat enak. Bau saja dah buat perut aku berbunyi riang.

" Terima kasih " ucapku kepada pelayan muda itu. Muda? Entah lah. Aku main teka je. Hihi.

" Haa, makanan dah sampai dah depan mata ni. Tak kan masih nak menghadap buku tu wahai permaisuru Kim. Tak elok depan rezeki buat macam tu " perliku. Aku tahu apa akan dia balas nanti. Pedas dia tak terkata lah. Nasib baik anak CEO. Kalau tak, dah lama aku cucuk pakai garfu ni.

" Bukan masalah kau. Makan je diam-diam dekat situ. Aku bukan nya buat benda tak senonoh depan rezeki " balasnya dingin. Susah kalau cakap dengan manusia ais macam minah ni. Aku menarik nafasku dengan menghembusnya dengan perlahan-lahan. Sabar je lah.

" Kim, cuba cakap tu biar lembut sedikit. Jangan kasar sangat, sayang. Kamu tu perempuan " tegur seorang lelaki iaitu sahabat sekerja aku dan juga sepupu Kim, Kim Wooshin. Dia turut melabuhkan punggungnya disebelah Kim.

" Betul tu. Kau suka cakap kasar dengan aku. Aku ni tua dari kau tau. Hormat sikit " kataku pula. Suka bila ada orang nak back-up aku. Kim memberikan jelingan mautnya pada aku.

" Nak makan atau nak kene makan? " tanyanya. Aku tersengih sumbing dihadapannya. Laju je aku suakan makanan ke mulut aku. Wooshin pula tertawa melihat telatah kami.

" Kim, tahukan abang Hoon nak balik sini tak lama lagi " kata Wooshin memecah suasan sepi itu.

Abang Hoon? Oh, abang sulung dia yang handsome tu ke? Oh my god!

" Tahu " balasnya singkat.

" Jadi, lepasni tak ada lah kami kene jemput awak dah balik dari kampus. Abang Hoon dah ada balik " katanya lagi.

" Tak ada lah kami ni terkejar-kejar nak jemput awak, Kim. Bukannya dekat kampus awak tu dengan hotel ni. Orang nak hantar balik rumah, awak tak nak " bebelku.

" Kalau dah tak sudi nak jemput, tak payah nak banyak alasan. Lepasni, Kim boleh balik sendiri. Bukan Kim tak pandai bawak kereta. Settle, tak menyusahkan orang pun kan " balasnya. Aku terdiam begitu juga Wooshin.

" B-Bukan macam tu Kim " kataku.

" H-Ha'ah. Kami tak bermaksud macam tu pun lah. Kami just, nak aturkan masa untuk jemput awak. Itu saja. Bukannya terus tak nak jemput awak " kata Wooshin pula. Aku dan Wooshin memandang antara satu sama lain.

" Apa-apa je lah. Makan lah tu. Saya dah kenyang " katanya kembali mengambil bukunya semula. Kami berdua melepaskan keluhan lega.

" Shinhye-ah. Macam mana surprise awak tadi? Menjadi ke tak tu? " tanya Wooshin tiba-tiba. Aku menelan air dengan kasar sekali. Kim tidak berkata apa-apa.

" Yea? A-Ah itu. Haha, okay je. Tak ada apa-apa pun. Kan Kim " kataku berharap Kim akan menyokong aku.

" Yuvin putuskan hubungan dengan dia " balas Kim macam tu je. Tak ada lapik-lapik dah. Wooshin memandang aku dengan muka yang terkejut.

" Aik. Tak kan lah pada hari yang seronok-seronok macam tu kene reject serta merta? " tanya Wooshin.

" Bukan saya t- "

" Orang kalau dah tak nak, tetap tak nak. Pesan orang tak nak dengar, itu makannya " balas Kim.

" Bukan tak nak dengar. Dah hati ni nak juga dekat dia. Nak buat macam mana " balasku dengan nada yang sedih.

" Alasan " jawab Kim. Ey, nak je aku baling pinggan ni dekat dia.

" Alah, awak tu pun sama je. Bagitahu pasal dia pun dah last minit. Tak kan haritu jugak nak mintak putus. Kene lah jaga hati dan perasaan orang jugak " marahku. Kim memandang aku dengan wajah yang susah nak senyum.

" Habis kau? Ada orang nak jaga hati dan perasaan kau? Apa? Mamat tu jaga sangat je dua-dua tu? Tak serik? " tanyanya. Okay, kali ini aku tak boleh lawan. Ada betul katanya. Tiada siapa nak jaga hati dan perasaan aku ni. Kalau betul Yuvin sayangkan aku, tak kan lah dia buat macam tu dekat aku.

" Sudah lah. Nak bergaduh pula kamu berdua ni. Dah, saya belanja makan ni. Kim, pergi naik bilik awak then rehat. Malam nanti turun makan. Shinhye, awak nak balik rumah awak atau nak stay dekat bilik Kim? Kalau nak balik, saya temankan " kata Wooshin. Aku yang masih mengelamun tidak mendengar perbicaraan Wooshin.

" Oi! Mengelamun pulak dia. Sudah-sudah lah tu. Benda dah berlaku dah pun. Cari je jalan lain pulak " kata Wooshin lagi. Aku tersenyum pudar saja dan mengambil keputusan untuk stay dekat bilik Kim.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro