Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 19

Last day..

Hari ini hari terakhir kami bercuti. Aku dan Kim turun bersarapan di restoran berdua.

" Ah, kejap lagi balik pula. Esok datang semula ke sini. Malas betul aku " rungut Kim sambil menjamah sarapan paginya.

" Aku nak balik London " kataku sepatah. Kim berhenti mengunyah. Matanya memandang aku. Aku membalas pandangannya.

" Tiba-tiba? " tanyanya. Aku mengangguk.

" Aku nak sambung belajar dan cari kerja dekat sana. Aku dah renew passport aku semalam. And, aku dah call parents aku yang aku akan bertolak esok juga " kataku.

" Tapi esokkan majlis perkahwinan Younghoon dan Joy. Kau gerak pukul berapa? " tanyanya.

" Masa majlis Younghoon berlangsung esok " balasku singkat. Hampir tersembur Kim.

" What? Eh, come on lah. Awal-awal nak pergi mana. Lepas majlis lah kau gerak. At least tunjuk muka pun dah okay lah " katanya lagi. Aku menggeleng.

" Tak. Aku takkan datang. Aku dah cukup merana dan menyesal Kim. Aku dah tak nak jumpa Younghoon. Semalam aku dah luahkan segalanya. Aku akan mulakan life aku dekat London semula " kataku dengan tegas. Kim mengeluh.

" Aku tak suka kau buat tindakan terburu-buru macam ni " marahnya.

" Nak buat macam mana. Ini saja caranya aku perlu keluar dari gelung bodoh ni. Lagipun, aku akan dikahwinkan dengan kawan lama aku dekat London. Aku dah bersetuju dah pun. Aku tak terdesak. Just nak lupakan Younghoon "

" Salah cara kau ni, Shinhye " kata Kim.

" Biarlah, Kim. Apa akan jadi lepasni, aku dah boleh tanggung mungkin. Aku dah puas hadap perkara yang teruk macam ni. Aku dah boleh belajar jadi matang lepasni. Kau juga yang ajar. Tok guru aku " kataku dengan senyuman.

Aku tahu tindakan aku ni nampak bodoh dan melulu. Semua ni demi kebaikan kedua belah pihak. Aku dan Younghoon. Sampai bila kan aku nak tunggu Younghoon. Ini bukannya drama dalam television tu. Ini realiti.

Aku dah fikir masak-masak. Aku dah tekad dengan keputusan aku. Passport aku minta tolong Nayeon renewkan untuk aku semalam. Dan tolong belikan tiket kapal terbang esok. Lagipun, aku duduk seorang diri disini. Lebih baik aku bersama keluarga aku dekat London tu.

" Awal bangun. Tak tunggu aku pun nak sarapan sekali " kata Wooshin setibanya dia disitu.

" Haa, meh lah duduk sekali. Saja malas ajak kau. Kau bukan penting pun " kataku. Terbeliak mata Wooshin memandang aku. Kim tersenyum memandang Wooshin.

" Kau bagi dia makan apa semalam Kim? Mulut pedas betul. Tak pernah macam ni " kata Wooshin.

" Aku bagi makan kasih sayang aku dekat dia. Kau apa tahu " balas Kim. Terhambur juga gelak tawa kami bertiga pagi itu.

*******

Semua barang sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta masing-masing.

" Terima kasih semua sebab sudi datang bercuti ke resort saya ni. Maaf jika ada kekurangan layanan dari pekerja saya " kata tuan Jongsuk.

" Sama-sama Jongsuk. Pekerja kau bagus-bagus semuanya. Tiada apa langsung kekurangan mereka. Naikkan gaji diorang nanti. Hahaha " balas tuan Seojun.

" Kami gerak dulu ye. Kita jumpa esok " kata tuan Seojun lagi. Kami naik ke dalam kereta dan sempat melambai kearah tuan Jongsuk sebelum beredar pergi.

" Esok majlis Younghoon akan berlangsung. Tak sedih ke, Shinhye-ah " tanya Wooshin.

" Hurm? Nak sedih apanya. Come on lah. Bukannya boyfriend aku pun yang aku nak sedih bagai " balasku.

" Okay. Ini aku pelik dengan kau ni. Semalam menangis bagai nak rak. Harini dah jadi clone Kim pulak ke? Terkejut juga aku " kata Wooshin.

" Mana ada. Memandai je kau ni. Duduk je depan tu diam-diam. Dah macam kera kene belacan tak reti duduk diam " ujarku. Hampir tergelak kuat aku bila tengok muka Wooshin dah berubah merah tu.

Haa rasakan penangan kata-kata aku. Selalu kau je bagi aku sakit hati. Sekarang kau pulak yang rasa.

*******

Malam ini malam terakhir aku duduk dekat hotel. Hari terakhir juga aku bekerja sebagai seorang secretary tuan Seojun. Esok pagi aku dah nak gerak ke airport sebab flight aku pagi.

Aku meminta izin Kim untuk bertemu dengan Younghoon buat kali terakhir. Nasib baik Kim izinkan saja. Tapi tak lama lah nak jumpanya. Sebab aku nak kemas barang aku lagi.

Seperti yang dijanjikan, Younghoon telah pun menunggu aku di kereta Kim. Ye, dia nak drive katanya. Aku ikutkan saja.

Younghoon memandu terus ke tempat kegemaran aku iaitu Namsan Tower. Kami menaiki cable car untuk sampai ke puncak. Orang ramai masih kelihatan disekitar Namsan Tower.

" Cantik lah cuaca hari ini. Semalam mendung kata mereka " kata Younghoon.

Aku membawa air panas yang aku pesan sebentar tadi. Kami berdua melabuhkan punggung disebuah bangku kayu dihadapan penghadang besi yang penuh dengan keychain lock couple.

" Saya ada ni " aku menujukkan sebuah keychain berwarna gold kepadanya.

" Untuk apa? Kita bukan couple " katanya. Aku tergelak.

" Bukan. Untuk persahabatan kita lah. Jangan fikir yang bukan-bukan okay " balasku. Memerah muka dia malu.

Aku menulis diatas lock tersebut dan diikuti Younghoon juga untuk tambah. Kemudian Younghoon melekatkan pada penghadang itu.

" Semoga persahabatan kita ni akan kekal macam sampai hujung nyawa " ujarku.

" Ahh. Esok majlis saya dah tiba " katanya.

" Gugup ke tu? " tanyaku. Younghoon mengangguk. Aku memusingkan badanku dan memandangnya.

" Saya tahu awak boleh. Saya akan doakan yang terbaik buat awak. Semoga sahabat saya seorang ni akan bahagia di sisi isterinya " ucapku dengan senyuman manis. Begitu juga Younghoon.

" Thanks " ucapnya sambil memegang tangan aku. Aku menepis tangannya perlahan.

" Jangan pegang saya dah. Esok awak dah nak jadi suami orang " kataku saja tegaskan suaraku. Gelabah Younghoon. Aku tertawa kecil.

" So, esok awak pergi dengan siapa? " tanyanya.

" Saya? Dengan awak lah " kataku. Sebenarnya aku tidak mahu pergi. Tetapi Kim pujuk aku untuk teman Younghoon sebelum bergerak. Aku ikutkan saja.

Tiada siapa pun yang tahu yang aku bakal pindah ke London semula. Termasuk Younghoon. Hanya Kim sahaja yang tahu rahsia ini. Aku yakin Kim akan jaga rahsia aku ni. Dia dibenarkan untuk sebarkan berita mengejut ni ketika aku sudah pergi dari majlis itu. Aku tak nak ada sesiapa tahu langsung.

" Tak sabarnya saya esok! " ujarnya dengan gembira sekali.

Aku menghabiskan masa aku pada malam itu sebaik mungkinnya bersama Younghoon. Walaupun aku masih menyimpan hati dan perasaan terhadapnya, aku yakin semuanya akan ada hikmah terbaik buat aku.

" Jom lah kita balik. Saya sejuk dah ni. Nanti mereka cari kita pula " kataku. Younghoon mencebik.

" Alah, awalnya nak balik. Esok saya dah tak dapat nak lepak dengan awak dah " rengeknya.

" Jangan nak mengada. Tak elok bakal pengantin macam awak duduk luar lama-lama. Nanti seri pengantin akan hilang orang kata. Jom balik " kataku.

" Oh ye ke. Takut ah. Okay jom jom " ujarnya sambil mengepit bahu aku.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro