
𝕭𝖆𝖇 : 17
Hari ke-2..
Memandangkan sekarang aku sedang bercuti dengan keluarga tuan Seojun, saja aku nak bangun lambat sikit. Kalau duduk rehat dekat hotel, sama je macam tak rehat.
Kim sejak pagi lagi dia sudah keluar dengan Wooshin. Katanya ada benda nak dibeli.
Younghoon ada je telefon aku pagi tadi, malas aku angkat. Kalau aku angkat nanti macam-macam pula. Lagipun tunang dia ada disini kan. Tak kan aku nak terhegeh-hegeh dekat dia pula.
Aku memandang ke arah katil Kim dan berpaling ke luar tingkap. Cahaya matahari sudah menaik tinggi. Jam sudah pun menujukkan waktu tengah hari. Cukuplah aku berehat untuk hari ini.
Aku mencapai telefon bimbit aku yang sedang bercas sejak malam semalam.
" Kim pergi mana agaknya ye. Lapar pulak perut aku ni. Nak turun ke room service je? Turun lah kot "
Aku turun dari katil dan capai tuala yang tersangkut ditempatnya. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Baju dress berwarna biru muda dan putih aku kenakan pada tubuh. Tidak lupa untuk tacap muka cantik aku ni. Selesai tacap, beg tangan aku galas ke bahu dan segera keluar untuk makan.
" Selamat tengah hari cik Shinhye " sapa pekerja-pekerja disitu. Nampaknya mereka sudah cam muka aku. Aku membalasnya dengan sebuah senyuman yang dimaniskan.
Ketika aku berjalan ke arah lobby, aku ternampak tuan Seojun dan sahabatnya tuan Jongsuk.
" Eh, Shinhye. Dari mana kamu? Mana Kim? " tanya tuan Seojun ketika dia ternampak kelibat aku disitu. Aku berjalan mendekatinya.
" Saya dari bilik tadi. Saja turun bawah ni. Bosan duduk dalam bilik lama-lama. Kim keluar dengan Wooshin tadi. Katanya nak beli barang sikit. Kejap lagi balik lah tu " balasku.
" Saya minta diri dulu " ujarku sopan dan berlalu ke luar.
" Wah. Nyamannya dekat sini. Tak pe Shinhye. Tak lama lagi kan kau akan duduk sini juga nak jaga resort tu "
Tiba-tiba perut aku berbunyi riang. Nak makan tapi segan lah sorang-sorang. Kalau ada budak berdua tu tadi okay juga. Oh ye, mana Nayeon erk? Tak nampak pula batang hidung dia.
Aku melangkahkan kaki ke restoran di tingkat bawah. Resort ni besar sebenarnya. Ada lagi bahagian dekat bawah tanah. Mesti kaya teruk kan tuan Jongsuk ni.
Aku melabuhkan punggungku disebuah kerusi yang berdekatan dengan tepi dinding. Aku tak suka sangat duduk ditengah-tengah orang. Rasa kekok je.
" Oh ye. Younghoon mana ye? Kenapa dia tak ada pula chat aku ke call aku sekarang. Pagi tadi je dia call " aku membelek telefon aku untuk membaca beberapa mesej yang aku terima.
Dalam keralitan aku bermain telefon, aku terdengar satu suara yang agak familiar di telinga aku. Aku angkat kepalaku untuk memandang ke arah pintu masuk restoran ini.
Alangkah terkejutnya aku apabila wajah tampan Younghoon dan wajah jelita milik tunangnya Joy muncul disitu.
" Alamak. Time macam ni lah korang nak bermesra depan aku. Tak boleh ke nak tengok aku tenang sekejap je " rungutku. Aku sedaya upaya memalingkan wajahku kearah lain supaya mereka berdua tidak mengesyaki keberadaan aku disitu.
Younghoon dan Joy mengambil tempat duduk di meja membelakangi aku. Kiranya belakang badan Joy sedang membelakangi belakang badan aku.
Aku hanya memasang telinga tatkala aku terdengar perbualan mereka tentang hari majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi. Ada terselit rasa sakit dan sedih dalam hati aku. Tapi nak buat macam mana. Dah terlambat dah pun.
" Appa kata, dia anak buat majlis tu dekat Seoul mulanya. Tapi eomma ajak buat dekat resort ni. Itu yang last minute bagi tahu wedding planner suruh bawa barang ke sini " kata Joy.
" Tak kisah lah buat dekat mana pun. Asalkan kita akan disatukan tak lama lagi. Saya dah tak sabar nak tunggu hari bahagia kita " balas Younghoon mesra.
Air mata aku mula bertakung. Nampaknya, memang aku seorang sahaja yang melebih. Beria nakkan perhatian Younghoon. Padahal, dia lagi memilih tunangnya dari aku. Aku bukan sesiapa baginya melainkan seorang kawan sahaja.
Apabila gelak tawa milik mereka berdua semakin mesra, aku sudah tidak senang duduk. Sakit hati dengar mereka bermesra disitu. Kalau lama-lama, aku bakal menangis disitu.
Aku menggalas beg aku dan bangun dari duduk. Aku segera buat bayaran di kaunter hadapan. Wajah dua pasangan sejoli itu aku tak toleh sikit pun.
" Eh, Hye! " sapa Younghoon riang. Terhenti aku seketika. Aku mengeluh. Nak pusing ke tak? Nak tak nak, aku gagahkan diri untuk menoleh.
" Jom lah makan sekali " pelawa Joy mesra sekali. Aku memberikan senyuman palsu aku pada mereka.
" Say dah kenyang. Jumpa lagi " kataku dan terus beredar.
Di sepanjang langkah aku ke tingkat atas, mulut aku tak henti-henti memaki diri sendiri. Rasa nak marah je.
Sesampainya aku di balkoni, aku nampak Kim dan Wooshin sedang makan berdua. Aku pun berjalan terus ke arah mereka dengan perasaan yang marah. Muka aku memang tak boleh bawak bincang dah sekarang ni. Aku berhenti dihadapan meja mereka berdua. Wooshin memandang aku dengan muka yang blur. Kim pula macam biasa, muka tak ada perasaan tu.
" Nak apa " tanya Kim. Aku terus memeluknya yang sedang bersandar pada kerusi. Muka kau sembam ke bahunya. Peduli apa aku.
" Jangan nak mengada. Kau menangis dekat baju aku, aku pijak kau sampai mampus " Kim memberi amaran. Tak jadi aku nak menangis. Aku menjauhi darinya. Air mata aku kesat dengan kasar.
" Hish, apa lagi kau ni Shinhye. Menangis 24 jam je tahu. Move on je lah. Susah sangat ke? Nak aku ajar? " kata Wooshin
" Tak payah dinasihat ke orang tsk faham bahasa macam dia ni. Buat kering air liur kau je. Biarkan dia nak macam tu. Bosan aku " kata Kim pula. Aku mencebik.
" Meh makan makanan ni. Daripada kau asyik nak fikir pasal Younghoon tu, bukannya ada faedah pun. Ingat bagus ke menangis sebab seorang lelaki ni. Tak baik tau. Kalau kau fikirkan pasal aku ni yang single, kan lagi bagus. Ada faedah menarik disitu " kata Wooshin. Aku memutarkan bebola mataku keatas. Kim pula hanya senyap. Sunyi sepi jadinya.
" Jangan lah palau aku girls. Sendu rasanya tahu tak " marah Wooshin. Tergelak kecil aku dibuatnya.
" Aku pun penat sebenarnya. Aku tak mintak pun semua ni jadi dekat aku. Dia yang datang sendiri. Tak kan aku nak halang pula. Kau layan je lah " kataku.
" Ikut kau lah Shinhye. Malas aku nak cara dah. Buat lah apa yang patut. Diri kau, bukan diri kitorang. Yang merana kau, bukan kami. Terpulang lah " balas Kim. Aku mengeluh panjang.
" Esok, Younghoon dengan Joy nak test baju wedding diorang. Kau nak ikut atau tinggal dengan Nayeon? " tanya Wooshin.
" Aku..Aku- "
" Ikut je lah senang. Payah sangat nak bagi jawapannyab" marah Wooshin. Aku hanya mendiamkan diri saja.
Kenapalah nasib tak menyebelahi aku sekarang ni. Berkawan pula dengan dua ketul anak tuan Seojun yang mulut macam puaka ni. Nasib badan kau lah Shinhye..
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro