Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 15

" Hye, cepat. Nanti kita lambat " ujar Kim diatas katil.

" Ye, kejap lah " balasku. Selesai tacapan terakhir aku, aku tidak lupa untuk sembur perfume kegemaran aku.

Ini yang aku pakai.

Ini pula yang Kim pakai. Ye, kami memang suka matching-matching ni.

" Sudah? Semua barang awak sudah ada? Kejap lagi kata ada yang tertinggal, tidak dah nak pusing balik pergi ambil " katanya. Aku menganggukan kepala. Kami berdua menarik bagasi masing-masing dan turun ke lobby.

Nampaknya tiada sorang pun yang sudah tunggu di lobby. Jam baru masuk pukul 7:50 pagi. Sikit lagi nak masuk jam 8:00 pagi.

Beg bagasi aku dan Kim dimasukkan ke dalam kereta terlebih dahulu. Hari ini Kim nak pandu katanya. Jadi aku biarkan saja. Kereta Kim dan kereta Nayeon menjadi mangsa utama perjalanan kami hari ini.

" Eh, aku rasa aku tertinggal novel aku lah dekat atas katil. Kau tunggu sini " kata Kim. Aku memandangnya pergi. Aku bersandar pada kepala sofa sambil menunggu kehadiran yang lain untuk turun. Cuaca sejuk pagi itu membuatkan aky menggigil kesejukkan. Nasib baik ada bawah hoodie.

" Sorang je ke " tegur seseorang. Aku mendongak dan terlihatlah wajah ceria Younghoon dan wajah tampan Wooshin.


Aku cepat-cepat membetulkan posisi aku. Aku tidak membalas soalan Younghoon tadi.

" Mana Kim? " tanya Wooshin.

" Naik ke bilik ambil barang yang tertinggal " balasku. Aku menghantar pandangan ke arah Wooshin dan Younghoon yang bergerak ke kereta Nayeon.

Mana Kim ni. Jangan lambat sangat turunnya. Aku bosan sorang-sorang ni. Abang kau ni dah turun. Aku malas nak layan dia. Wooshin pula sibuk ke pejabatnya kejap.

Younghoon menapakkan kaki ke arah sofa disebelah aku. Dipandangnya aku lama. Aku jadi tak senang duduk.

" K-Kenapa? " tanyaku.

" Awak okay ke tak ni? Jarang dah nak layan saya. Saya ada buat salah apa-apa ke dekat awak sebelum ni? Hurm? " Younghoon meraih tangan kecil aku. Tersentak aku dibuatnya. Time-time macam ni jangan buat aku cair Younghoon.

Apabila aku dengar suara Kim bersembang dengan Wooshin dari arah restoran, aku tolak tangan Younghoon perlahan-lahan.

" Hey, kenapa? " tanyanya dengan suara yang cukup membuat para wanita lemah dan cair.

" T-Tak ada. Jangan pegang saya sesuka h-hati awak boleh tak. Kalau Kim dan yang lain nampak b-bahaya lah " kataku dengan nada tegas. Younghoon memandang aku pelik.

Maaf Younghoon. Aku terpaksa berbuat sedemikian. Mesti kau fikir aku dah berubah kan. Aku tak berniat pun. Ini untuk kebaikan masa depan aku dan kebahagiaan kau kelak. Maaf sekali lagi. Ujarku dalam hati dengan rasa bersalah.

" Dah jom gerak. Lambat nanti kita " kata Nayeon setibanya dia disitu.

Kami pun bergerak ke kereta masing-masing seperti yang dijanjikan semalam.

Di dalam kereta Kim ada, aku, Kim dan Wooshin. Manakala kereta Nayeon, ada Younghoon, tuan Seojun dan Nayeon sendiri. Mulanya, Younghoon nak naik dengan Kim tapi Wooshin membantah. Katanya, dia nak drive kereta Kim. Younghoon hanya menerima alasan palsu itu.

Kereta milik Nayeon bergerak terlebih dahulu dan diikuti kereta milik Kim dibelakang.

" Aku lapar " rengek Wooshin dikerusi belakang.

" Sampai sana nanti kita makan je lah " balas Kim. Wooshin mencebikkan muncungnya.

" Shinhye-ah. Kau ada bawak makanan ringan tak? Selalu beg kau macam-macam ada " katanya.

" Aku ada air susu strawberry je. Nak buat alas perut boleh kot " kataku. Lalu aku serahkan sekotak air susu strawberry kepada Wooshin.

Perjalan nak ke pengkalan feri mengambil masa yang agak lama. Jadi, aku bercadang untuk melelapkan mata buat seketika. Kim pula nak bersuara bagai. Kacau daun pisang betul lah minah ni.

" Kedudukan bilik kita nanti aku aturkan semua. Jangan bagi Nayeon buat. Dia tu kadang tak boleh nak percaya juga. Aku dan Shinhye akan duduk sebilik. Wooshin, kau akan duduk dengan abang Hoon. Appa dan Nayeon akan duduk bilik suit " terang Kim.

" Appa dengan Nayeon? Satu bilik? Kau biar betul dik " kata Wooshin.

" Apa benda kau ni. Satu bilin suit tapi lain lain kedudukan lah. Tak pasal-pasal orang tua tu kene tangkap basah dengan assistant sendiri. Tak nak aku bermak tirikan Nayeon tu " kata Kim. Mengekekeh aku disebelahnya.

" Ah, aku ingatkan diorang duduk sekali. Terkejut jugak aku. So, kiranya kedudukan bilik tu, first bilik aku dan Younghoon. Sebelah, kau dengan Shinhye. Lepastu, bilik appa dan last bilik Nayeon " kata Wooshin. Kim mengangguk mengiyakannya.

Setelah hampir sejam juga untuk sampai, kereta kami elok saja parking diatas feri besar itu. Perjalan ke destinasi seterusnya telah pun berlangsung.

" Jom makan dulu nak? " tanya Nayeon.

" Makan je kerja kau. Kejap lagi boleh kan " kata Wooshin disebelahnya. Nayeon menyiku lengan Wooshin dengan kuat sekali.

" Dah dah, jangan gaduh. Nah duit, pergi lah cari makanan ringan yang kamu semua nak makan. Appa tunggu sini je " kata tuan Seojun. Wooshin mencapai duit tersebut dan terus pergi mencari makanan. Diikuti Nayeon dari belakang.

Tidak lama selepas itu, kelibat mereka berdua tadi muncul kembali sambil membawa beberapa jenis minuman panas.

" Ice americano untuk Younghoon dan appa. Hot chocolate untuk Kim dan Shinhye " Wooshin mengagihkan minuman yang dibelinya tadi. Kami menjamu minuman masing-masing sambil menunggu untuk sampai ke Jeju.

" Nah tisu. Air awak tu panas " ujar Younghoon sambil menghulurkan aku sehelai tisu miliknya. Aku teragak-agak untuk mengambilnya kerana mata helang milik Kim dan Wooshin memerhati kelakuan aku dengan Younghoon. Aku rasa nak tolak saja pemberian Younghoon. Tapi tangan laju saja capai air aku dan balutnya dengan tisu. Aku terus terdiam.

Akhirnya kami tiba juga di pulau Jeju seperti yang dikatakan semalam. Nayeon dan Wooshin memandu keluar dari feri dan terus bergerak ke resort yang ditempah oleh tuan Seojun sendiri.

Sesampai disana, kereta kami diparking ditapak privasi ataupun tapak untuk para VVIP sahaja. Bukan calang-calang orang tuan Seojun ni rupanya.

Kami keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam kawasan resort. Aku mengekori Kim mulanya untuk ke kaunter. Tapi tuan Seojun meminta kami untuk tunggu sahaja di lobby. Mereka berdua akan selesaikan semuanya.

" Aduh, nak ke tandas lah pulak. Wooshin-ah, teman aku kejap " ujar Nayeon. Wooshin membuat muka menyampahnya. Nak tak nak dia turutkan saja. Bukannya teman sampai ke dalam toilet. Diluar sahaja.

Kenapalah diorang suka sangat tinggalkan aku berduaan dengan mamat ni. Aku ni susah nak kawal perasaan masalahnya. Sabar Shinhye. Kau jangan bertindak macam-macam. Kekal saja macam sekarang ni. Buat macam dia tak wujud je.

" Harapnya kedudukan bilik kita tak jauh lah. Kalau dekat boleh lah sembang-sembang kan " ujarnya sambil tersenyum kearah aku. Naik merah muka aku menahan malu. Senyuman tu..akan hilang dari penglihatan aku tak lama lagi..

Tidak lama kemudian, Kim dan tuan Seojun menapak kearah kami berdua. Dan Nayeon serta Wooshin pun tiba. Kunci mula diagihkan seperti yang Kim terangkan dalam kereta tadi.

" Kamu semua naik dulu. Rehat lah nak rehat pun. Appa nak pergi jumpa tuan Jongsuk kejap. Kenal kan? Apa-apa nanti appa bagitahu dalam group kita. Nak keluar ke apa, bagitahu appa tak pun inform dekat Nayeon. Okay? " kata tuan Seojun. Kami membalasnya serentak.

Kelihatan beberapa orang staff datang untuk membantu kami mengangkat beg bagasi kami dan dihantar ke bilik masing-masing.

Buka saja pintu bilik, hampir terjatuh rahang aku ke lantai. Indah betul rekaan dalam bilik resort tersebut. Tak sia-sia aku ikut mereka. Rasa seperti berada di dunia lain.

Aku berlari ke arah katil dan terus membaringkan diri. Empuknya tak terkata. Bagaikan berada diatas awan saja. Haha, menipu je kau Shinhye. Awan pun kau tak pernah sentuh.

Kim meletakkan handbegnya diatas katilnya. Kami dapat katil dua katil single. Jadi katil ni asing-asing.

" Malam nanti appa suruh kita turun makan dekat restoran. Pukul 9 malam. Katanya tuan Jongsuk dah setup semuanya " ujar Kim sambil membaca pesanan yang dihantar oleh tuan Seojun. Aku mengangguk sahaja.

" Malam ni kau akan bertemu dengan seseorang, Hye. Harapnya kau kekalkan diri kau supaya bersabar " pesan Kim.

Okay, jantung aku tiba-tiba berdegup lain macam saja. Siapakah orang tu? Apapun sabar je seperti yang Kim kata.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro