𝕭𝖆𝖇 : 12
" Ye, memang salah " ujar seseorang dengan suara yang tersangat dingin.
" K-Kim.. " lidah aku kelu saat ini. Wooshin pun terkejut dengan keberadaan Kim disitu. Kim menutup pintu pejabat aku.
" A-Aku boleh explain semua ni " kataku gugup tika ini. Air mata aku mula bertakung.
" Okay, aku dengar " katanya sambil tangannya disilangkan kedada.
" Izinkan saya keluar dulu " ujar Wooshin dan berlalu keluar dari pejabat. Kini tinggal aku dan Kim sahaja berduaan. Aku berjalan mendekatinya.
" Kim. A-Aku nak minta maaf. Aku tahu tindakan aku ni salah. T-Tapi kau tahu kan, aku sunyi.. " ujarku dengan nada yang sayu.
" Tapi, bukan dengan Younghoon untuk kau isi kesunyian kau Shinhye " ujarnya dingi. Air mata aku mengalir juga akhirnya.
" M-Maafkan aku, Kim.. " ucapku sambil menangis.
" Cukuplah, Shinhye. Aku dah agak dah benda ni akan terjadi. Aku dah pesan awal lagi, kau tetap tak endahkan kata-kata aku. Apa yang bermain dalam kepala kau hah " marah Kim.
" Kau tak kan faham apa yang aku rasa. Aku sakit, aku sunyi, aku sedih semua tu, kau takkan tahu! " marahku pula. Kini air mata aku semakin kasar turunnya.
" Aku takkan tahu? Kalau aku tak tahu semua tu, aku tak kan ada lah dekat sisi kau. Aku tak kan pesan benda-benda macam ni dekat kau. Tapi apa kau buat? Apa yang kau fikirkan? Kau tak habis-habis fikir kesedihan kau tu " katanya.
" Kalau kau tak suka, cakap saja. Aku boleh berhenti lah " ujarku.
" Sudah-sudahlah, Shinhye. Kalau sekadar percakapan yang keluar takkan ada gunanya. Aku penatlah. Kau tahu Younghoon dah bertunang, tapi kenapa kau biarkan hati dan perasaan bodoh tu teruskan niat dia. Apa? Sebab dia ada masalah dengan tunang dia, kau nak ceroboh hati dia pula? Nak jadi orang ketiga pulak ke apa? " tanyanya.
Aku tahu Kim marah dengan berita yang mengejutkan ini. Memang betul dia dah buat yang terbaik untuk aku. Hanya aku yang masih berdegil. Suka dengar cakap emosi yang bodoh ni. Aku lemah sebenarnya dalam bab macam ni.
Aku menangis terduduk dihadapannya. Sedih dan sakit sangat. Bukan sebab Kim marah aku. Sebab aku kecewa dengan diri aku. Terlalu lemah terhadap perasaan dan hati.
" Aku tak ada mood nak layan kau, Shinhye. Kau fikir-fikirkan lah. Aku dah penat. Jangan cari aku. Kau memang nak sangat kan aku marah kau. Haa, buat lah " katanya dan terus berlalu tinggalkan aku menangis sendirian di dalam pejabat itu.
*****
Selepas balik kerja tadi, aku tak balik ke bilik Kim. Aku keluar untuk tenangkan diri aku. Panggilan dari Younghoon pun aku biarkan saja.
Aku takut nak balik hotel. Dengan Kim yang mula kecewa dengan aku. Aku pula degil tak dengar katanya. Apa yang aku mampu buat hanyalah menangis sahaja.
" Kim..maafkan aku sebab degil sangat. Aku tak mampu nak jadi kuat macam kau. Hati kau kental. Andai lah kita boleh bertukar roh. Aku nak sangat jadi diri kau. Aku pun tak minta nak jadi lemah macam ni. Aku memang dilahirkan macam ni. Maafkan aku, Kim... "
Aku menangis semula hingga teresak-esak. Aku tak boleh nak tahan lama-lama sedih tu.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku tengok dekat screen. Nama Nayeon terpampang keluar. Aku segera angkat.
" Hello? " jawabku.
" Shinhye-ah, kamu dimana? Unnie nak jumpa kamu boleh? Dekat cafe makcik unnie " katanya.
" Baiklah " balasku dan aku tamatkan panggilan itu. Aku segera memandu ke cafe milik makcik Nayeon.
" Shinhye-ah " panggilannya setelah nampak aku sampai disitu. Aku berjalan kearahnya.
" Duduklah. Nak minum apa-apa tak? " tanyanya.
" Mineral saja lah " kataku. Dia pun pergi order. Dan kembali datang duduk dengan aku.
" Apa jadi ni, hurm? Wooshin call unnie katanya kamu tak balik lepas kerja tadi. Kim pula tak balik juga. Apa jadi antar kamu berdua? Cerita dekat unnie " katanya. Kedua belah tangan aku dipegangnya.
" Unnie...hiks..semuanya salah saya. saya dah tersuka dekat orang yang dah jadi tunang orang pun.. " kataku. Nayeon apa lagi. Terkejut gila lah dia.
" Bwo?! Shinhye, apa awak dah buat ni. Salah tu sayang " katanya. Aku mengangguk.
" Saya tahu ianya salah unnie. Tapi hati ni, hati ni degil sangat. Sebab tu Kim marahkan saya.. " kataku lagi. Nayeon menepuk dahinya.
" Kamu sukakan Younghoon ke? Patutlah Kim bengang. Hurm, kamu kene faham kenapa dia buat macam tu dekat awak. Mungkin dia tak nak Shinhye jadi macam sekarang ni, menangis saja. Tapi, kamu pula yang dah sailang dia "
" Saya dah cuba, saya tak tahu nak halang macam mana. Semakin saya tolak perasaan tu, hati semakin nak kan dia. Ye, dah macam psycho pun ada. Tapi itulah hakikatnya " balasku. Mata aku boleh jadi bengkak macam ni kalau air mata tak henti mengalir.
" Pergi cari Kim. Pujuk dia. Yakin kan dia. Kalau betul lah kamu sayang dia sebagai sahabat karib kamu. Unnie tahu kamu boleh lakukannya " pujuk Nayeon sambil memberi semangat.
Aku masih takut nak berhadapan dengan sahabat aku seorang tu. Aura dia lain macam. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku tak beranikan diri, sampai bila aku nak menyorokkan? Aku harus kuat demi tegakkan kebenaran ini!
Aku pun terus memandu kesekitar bandar Seoul ini semata-mata nak cari Kim. Dah macam mak kehilangan anak pun ada.
Tiba-tiba telefon aku bercahaya menandakan ada sesuatu yang baru masuk. Aku segera membukanya. Wooshin baru sahaja menghantar aku lokasi keberadaan dia dan Kim. Aku pun segera ke tempat tersebut.
Aku parkin betul-betul di hadapan gelanggang bola jaring itu. Inilah tempat Kim suka luang dan tenangkan dirinya.
Aku turun dari kereta dan berjalan kearah pintu gelanggang. Aku perasaan yang Kim tak nak pandang aku. Wooshin pula panggil aku untuk mendekati mereka. Aku hanya gagahkan diri untuk pergi.
Wooshin membuat isyarat kepada aku supaya aku bercakap dengan Kim. Dan dia mahu beredar jauh dari kedudukan kami berdua. Aku hanya menerimanya saja.
Aku berjalan menghadapi Kim. Sikit pun dia tak toleh memandang aku. Apatah lagi nak bersuara kan. Aku berlutut dihadapannya. Aku cuba kawal emosi aku supaya tidak menangis lagi.
Tanganya aku raih secara perlahan-lahan. Nasib aku baik sebab Kim tak mengelak. Jadi, aku genggam erat telapak tangannya persis pasangan bercinta.
" Kim. A-Aku datang ni betul-betul nak mintak maaf dekat kau. Aku tahu aku memang salah sangat-sangat. Aku degil. Ye, memang aku degil. Aku tak kuat macam kau. Aku memang gadis yang lemah. Aku sendiri tak dapat nak kawal diri aku. Aku janji dengan kau yang aku akan berusaha untuk kawal perasaan terlarang ni. Maaf kan, ye? " pintaku. Kim mula memandang aku. Tepat ke dalam mata aku.
Kau dengar sini. Tak susah pun aku nak maafkan kau. Dan tak senang bagi aku untuk benci kau. Jangan cakap dengan aku yang kau tak mampu nak kawal diri kau. Itu diri kau, Shinhye. Kau bukan robot nak kene kawal oleh orang lain. Tubuh kau, nyawa kau, hati kau, emosi kau, semua tu milik kau. Kau dicipta untuk hanya untuk kau sendiri yang kawal. Mana ada orang lain boleh kawal diri kita. Kau bukan tak boleh, Shinhye. Kau cuma tak ada kepercayaan dalam diri. Itu saja yang tak ada. Kalau kau percayakan diri kau tanpa rasa ragu-ragu, semua ni takkan terjadi. Baik, aku maafkan jika kau betul-betul buktikan pada aku " katanya panjang lebar.
Aku agak tersentuh mendengar kata-katanya. Segala pasal diri aku memang dia tahu semuanya. Sekarang aku rasa nak menangis balik.
" Ah kau. Tak penat ke menangis, hah? Bosan lah aku tengok. Dah, jom balik. Aku mengantuk ni " katanya. Aku mengesat air mataku dan mengekori Kim dari belakang.
" Oi, anak pakcik Kim Jongkook. Kau tak nak balik ke budak? " jerit Kim. Tidak lama kemudian Wooshin tiba dan kami pulang ke hotel semula.
Selesai juga masalah aku dengan Kim. Tinggal masalah nak kawal perasaan dan hati je belum lagi.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro