Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 11

Pagi ini aku bangun dengan perasaan yang gembira sesangat. Orang kata, jangan gembira sangat takut nanti ada duka. Peduli apa aku? Janji aku gembira pun bersebab.

" Awal bangun? " tanya Kim apabila tersedar dari tidurnya.

" Awal lah. Semangat nak kerja lah katakan " kataku yang tengah tacap muka aku.

" Iye lah. Semangat nak kerja ke semangat nak jumpa abang aku " kataku yang kembali berselubung dalam blanket tebalnya.

" Pandai-pandai je kau kan. Tengok ni. Cantik ke tak? Okay ke tak? " tanyaku sambil berdiri dihadapannya. Kim tidak bergerak sikit pun. Hanya suaranya kedengaran disebalik selimut itu.

" Cantik ke tak, kau sama je Shinhye " katanya dengan suara yang serak.

" Tengok lah " kataku lagi. Akhirnya dia mengalah. Ditepisnya blanket itu ketepi dan matanya memandang kearah aku.

" Cantik? " tanyaku lagi. Dia sekadar mengangguk. Ini yang aku pakai untuk hari ini.

" Okay, aku nak turun dah ni. Kau tu, jangan lupa pula ada kelas pukul 10 nanti. Bangun awal sikit " pesanku. Kim buat tak endah saja pesanan aku. Daripada aku sakit hati dengan minah ni, baik aku turun sekarang.

Aku pun berjalan ke keluar dari bilik dan terus ke lift. Masa aku tengah tunggu lift sampai ke tingkat aku, aku dengar suara si Wooshin dengan Younghoon dari jauh.

" Alamak! Takkan lah nak terserempak pagi-pagi macam ni. Awal sangat bangunnya kenapa mamat tu. Halamak. Lift ni pun kenapa lambat sangat " rungutku.

" Eh, Hye! Selamat pagi " ucap Younghoon mesra. Aku tersenyum kekok disitu sebab ada Wooshin.

" Wow, too early, huh " perli Wooshin. Dia je tahu aku macam mana. Aku jeling kearahnya.

Tidak lama kemudian, lift pun tiba dan kami bertiga masuk sekali ke dalam untuk turun ke bawah.

Seusai pintu lift terbuka, aku cepat-cepat nak keluar. Tapi pemikiran aku salah, Younghoon lagi cepat memaut lengan kecilku. Laju aku pusing kearahnya.

" W-Wae? " tanyaku gagap. Muka jangan tanya lah. Pagi yang sejuk ni pun kalah dengan bahang malu muka aku ni.

" Jom, breakfast sekali dengan kami " pelawanya. Aku pun dengan ragu-ragunya, anggukkan sahaja. Jadi, kami terus pula ke restoran untuk bersarapan.

" Sikitnya makan? " tanya Wooshin dengan sebuah sengihan nakal. Aku tahu dia nak kenakan aku. Aku lagi bijak dari dia. Aku sepak kaki dia dari bawah meja.

" Ark! Yah " aku menjelir kearahnya. Younghoon pun tiba dimeja kami itu.

" Awal awak bangun, Hoon " ujarku sambil menghirup air suam itu.

" Urm, saya nak hantar Kim sebentar lagi. Nak ikut? " tanyanya.

" Er, saya kan kerja. Mana boleh keluar sesuka hati je. Tak apa lah. Awak je lah keluar " kataku. Bukan tak nak, tapi tak kan lah aku terhegeh-hegeh pulak kan. Nanti apa pula dia kata.

" Orang dah pelawa tu jangan ditolak. Tak baik tau " sampuk Wooshin tiba-tiba.

" Apa kau. Dia je situ " marahku. Wooshin tertawa.

Selesai makan sarapan, aku dan Wooshin berjalan beriringan ke pejabat aku. Younghoon pula menghantar adiknya Kim ke kampus.

" Shinhye-ah " panggil Wooshin. Kemudian dia melabuhkan punggungnya dikerusi depan aku.

" Apa? Aku ada kerja lah " kataku malas nak layan mamat handsome sorang ni.

" Aku sebenarnya dapat tangkap sesuatu tau pasal kau ni sejak dua menjak Younghoon balik sini " katanya tiba-tiba. Asudah. Jantung aku dah tak tenang ni.

" Apa kau cakapkan ni. Jangan nak fikir benda yang bukan-bukan lah, Wooshin " kataku menafikan kata-katanya itu. Parah kalau dia tahu perkara sebenar.

" Tak payah tipu aku lah Shinhye. Ini keturunan keluarga Kim's kot. Takkan kau nak tipu lagi. Baik kau terus terang kalau kau tak Kim sendiri yang tahu pasal ni " ugutnya. Aku lah mamat ni. Susah kalau tak bawak bincang.

" Ye, aku dah rasa sukakan dia. Puas hati? " tanyaku. Geram juga kekadang. Kelibat Kim ibarat wujud je dalam diri Wooshin ni. Suka memaksa sesuatu perkara yang dia dah tahu.

" Aku tak kisah pasal tu. Kau tak takut ke kalau Kim tahu pasal semua ni dengan sendirinya? " tanya Wooshin dengan muka yanh serius.

" Dia takkan tahu jika tak ada manusia yang gedik sangat mulut dia nak cerita dekat Kim pasal benda ni " kataku pula membalas renungannya.

" Okay. Kalau itu yang kau katakan. Aku akan diam macam yang kau nak. Kalau dia tahu sendiri, jangan nak salahkan aku. Ingat, itu Kim Younghee. Jangan dibuat main " katanya lagi. Aku terdiam.

" Kau tahukan, Younghoon tu dah ada tunang " tanyanya. Aku mengangguk.

" Then? "

" Apa? Salah ke aku nak cari keselesaan aku sendiri? " tanyaku.

" Ye, salah " satu suara mencelah tiba-tiba. Mampus kau Shinhye!

" K-Kim.. "

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro