Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆

Hari ini adalah hari dimana berlangsungnya majlis perkahwinan diantara Younghoon dan Joy.

Aku sudah bersiap-siap untuk turun ke lobby. Semalam lepas balik dari keluar dengan Younghoon, aku sudah siap susun barang-barang aku ke dalam kereta aku senyap-senyap.

Ini pakaian aku.

Ini pula Kim.

Perancangan aku, selepas tok kadi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah, kelibat aku sudah pun tiada disitu. Harapnya menjadi lah.

Aku dan Kim sudah menunggu mereka di lobby. Tidak lama kemudian yang lain turut tiba dengan pakaian yang sangat kemas dan cantik.

Tetapi ada satu je yang mencuri perhatian aku adalah wajah Younghoon. Mukanya tak pandang aku mahupun nak tersenyum. Aku tahu dia gementar teruk. Nak jadi bakal suami lah katakan.

" Ayuh kita gerak " ujar tuan Seojun.

Kami segera memandu ke resort tuan Jongsuk pada awal pagi. Matahari pun belum naik sepenuhnya lagi. Iye lah, sebab kami nak naik feri lagi untuk ke sana kan. Sebab tu kene gerak awal sikit.

Sesampainya disana, para pengawal sudah menunggu kehadiran kami. Kami terus parking kereta dan berjalan masuk ke dalam resort.

Aku dan yang lain diminta untuk menunggu di dalam bilik tamu sebelum majlis bermula. Tuan Seojun menghilangkan diri mencari tuan Jongsuk.

Aku nampak muka Younghoon tampak gelisah sangat. Aku jalan mendekatinya.

" Relaks, Hoon. Tarik nafas dan hembus " ujarku. Dia mengikut langkah aku.

" Saya nervous lah, Hye " katanya sambil memegang lengan aku. Aku membelai kepalanya perlahan.

" Tenang lah. Kejap lagi mak andam akan sampai bawa baju awak. Jangan macam ni. Senyum sikit. Sikit je lagi masanya. Sabar okay " pujukku. Younghoon mengangguk.

Tidak lama kemudian, mak andam pun tiba untuk mentacap Younghoon. Kami hanya menunggu diluar sahaja.

" Majlis akan bermula sebentar lagi ye. Pengantin perempuan sudah ready tu " pesan salah seorang staff resort ini.

Jantung aku mula berdegup laju. Kenapa aku pula yang gugupnya. Entahlah.

Kemudian, Younghoon mula muncul disebalik ruang makeup nya. Nampak kemas dan bergaya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada aku dan yang lain. Terpesona aku dibuatnya.

" I am ready! " katanya semangat. Aku tersenyum gembira apabila Younghoon kembali tersenyum.

" Hye, terima kasih atas segalanya. Saya hargai sangat-sangat " ucapnya. Aku mengangguk tanda membalasnya.

" Perhatian kepada pengantin lelaki, sila hadirkan diri ke pentas segera. Majlis akan berlangsung tak lama lagi " ujar staff tadi.

Younghoon berjalan dihadapan pintu bilik dan ditemani Wooshin untuk bergerak ke pentas bersama tuan Seojun.

Aku, Kim dan Nayeon berjalan ke arah tempat duduk VVIP sementara menunggu kehadiran pengantin wanita.

Jam ditelefon aku pandang. Aku berjalan mendekati Kim yang dihadapan aku. Aku membisikkan sesuatu kepadanya.

" Kim. Dah tiba masanya aku pergi dulu " bisikku. Kim menoleh kearah aku.

" Aku teman kau ke kereta " katanya.

Selepas itu, pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin perempuan untuk masuk ke dalam dewan. Aku hanya memandang Joy berjalan ke arah Younghoon. Aku memberhentikan langkah aku.

" Semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau Younghoon. Terima kasih kerana kau pernah hadir dalam hidup aku sebelum ini. Jumpa lagi " ucapku. Air mata aku turut mengalir buat kesekian akhirnya. Kepala aky toleh kearah lain dan terus berjalan keluar dari resort.

Ketika aku menukar kasutku, aku perasan air muka Kim sudah berubah lain.

" Kau yakin ke Shinhye " tanyanya lagi. Aku mengangguk sambil senyum paksa.

" Aku yakin Kim. Aku dah tekad dengan keputusan aku buat ni. Aku nak minta maaf dekat kau sebab selalu menyusahkan kau selam ni. Maafkan aku ye " ucapku bersama lingangan air mata.

" Aku pun. Maafkan segala kejahatan dan kesalahan aku dekat kau. Aku sayang kau tau. Jaga diri dekat sana. Kau tu lembik sangat orangnya. Jangan berkawan dengan orang yang kau baru kenal " pesannya.

Dengan itu mengalir lah air mata seorang gadis kasar sepertinya.

" kau menangis Kim. First time aku tengok " kataku dalam tawa.

" Apa? Ingat aku tak boleh menangis ke hah? Aku ni perempuan juga lah " marahnya.

" Okay. Aku nak gerak dah ni " kataku.

" Hurm. Jumpa lagi, Hye unnie " ujar Kim. Makin ye aku menangisnya bila dia panggil aku dengan sebutan itu.

Aku memeluk Kim dengan erat sekali. Kaki aku langkah masuk ke dalam kereta dan mula mengundurkan kereta ke belakang. Aku sempat melambai ke arah Kim sebelum pergi.

" Terima masih Kim sebab ajar aku erti kuat! Sayang kau! " jeritku dan terus memecut keluar dari perkarangan resort.

Tanpa mereka ketahui, aku sudah pun beredar dari negara Korea ini. Demi orang yang aku sayang, aku sanggup gadaikan perasaan terlarang ni.

Terima semua sebab mengajar aku erti kasih sayang. Aku akan menjadi seorang yang lebih kuat selepas ini. Mulai dari hari ini, aku akan buka cerita baru diri aku.

- TAMAT -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro