Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟗

" Siapa sebenarnya awak Ayen? " soalku kepada Jeongin setelah pemandu feri membawa kami berdua ke Pulau Oedo.

Apa yang menghairankan aku, nama feri tersebut tertera nama yang serupa dengan bapa Jeongin. Yang Joon Ferry.

" Manusia biasalah. Kenapa tanya saya ni honey? " soalnya pula.

Eh si Jeongin ni, aku soal dia, ia soal aku balik! Apa yang aku tahu Jeongin bukan dari golongan keluarga yang berada.

Dahulu pun dia datang temuduga dengan pakaian yang selekeh.

" Beritahu saya sekarang. Cepat " desakku, beberapa ketika kemudian, sebuah banglo besar yang tersergam indah di pulau yang dipanggil Oedo Island itu.

Aku terlopong. Sungguh aku terkejut, sangat terkejut! Atau perlu kata aku terkejut kuasa seribu ?

Setelah feri tersebut berhenti sahaja di pulau tersebut, ada dua orang wanita menanti kami. Seorang kelihatan tua, dan seorang lagi nampak muda dan cantik. Wajahnya persis Jeongin. Mama Jeongin mungkin?

" Selamat datang ke teratak kami yang tak seberapa ni Kang Hayoon " kata wanita yang cantik itu.

Ha? Teratak yang tak seberapa? Rumah yang besar macam istana dia kata tak seberapa? Mujurlah aku tak rebah disitu. Pitam!

" Terima kasih, errr... " aku ingin mengucapkan terima kasih tetapi aku ragu-ragu dengan siapa yang sedang aku berbicara sekarang. Jeongin segera memintas.

" Mama. Ni mama saya " kata Jeongin. Pantas dia memeluk wanita yang cantik itu. Aku tergamam seketika.

Mama? Mudanya! Cantik berseri lagi. Siapa wanita tua dia sebelah mama Jeongin pula?

" Ini nenek saya. Peluk cepat " arah Jeongin. Wanita itu tersenyum.

Kemudian datang seorang lelaki membawa beg pakaian aku masuk ke dalam rumah. Nenek serta mama Jeongin sudah masuk ke dalam rumah dan mengajak aku masuk sekali.

Aku memandang suasana rumah Jeongin. Memang sangat cantik. Tak ubah di dalam syurga. Aku menyiku lengan Jeongin. Aku rasa seperti mahu tumbuk-tumbuk je mamat Jeongin ni. Menipu aku!

" Awak tak cakap awak ni kaya! " marahku. Jeongin terkejut.

" Buat apa saya nak cakap? Bukan saya yang kaya, keluarga saya yang ada duit. Saya tak ada duit pun " kata Jeongin pula.

Ni yang aku geram! Memang orang kaya selalu cakap macam tu ke?

" Lagipun honey, hanya tuhan yang kaya. Tak ada manusia yang kaya dalam dunia ni. Semua ni harta sementara je. Faham maksud saya ? " kata Jeongin pula.

Aku tersentuh. Benar katanya itu. Aku jadi malu sendiri.

Aku memandang ke seluruh kawasan. Semua peralatan tersusun kemas. Pasti mama Jeongin seorang yang kreatif.

Aku memandang satu bingkai gambar yang terpampang gambar keluarga Jeongin.  Wonja Yang Joonhyuk! Aku menelan liur. Kerabat diraja rupanya!

Sejujurnya aku memang terkejut, sangat terkejut! Jeongin tidak pernah bercerita denganku mengenai ini.

Jadi nama Jeongin yang sebenarnya ialah . Daegun Yang Jeongin? Ternyata Jeongin bukan calang-calang orang!

Keperibadian yang merendah diri. Tidak berlagak dan tidak mendedahkan dirinya yang sebenar sedikit sebanyak menjentik hatiku.

Tak seperti diriku, kalau boleh aku gemar menunjuk. Aku pernah mengalami waktu susah sewaktu kecil, aku selalu dicerca oleh jiranku yang kaya.

Dan selalu juga aku dihina, justeru apabila aku besar sahaja aku bertekad menjadi seorang yang berjaya.

Ternyata aku sendiri yang malu. Jeongin sendiri tidak menunjuk-nunjuk. Bahkan rela menjadi pembantuku. Sedangkan hartanya sudah banyak. Buat kali keberapa aku sendiri tidak ingat, aku kelu!

" Duduk Yoon. Rumah mama biasa-biasa je. Mama tahu rumah Yoon lagi cantik " ujar Wangsejabin Yang, merendah diri. Aku berdebar-debar.

" Tak lama mama. Rumah mama cantik sangat. Pandai mama susun. Hiasannya semua beli dekat luar negara ke? " soalku pula. Wangsejabin Yang menggeleng.

" Semua hiasan ni Nenda Yang yang buat dan hias. Cantikkan? " kata Wangsejabin Yang menunding jarinya pada nenek Jeongin yang dipanggil Nenda Yang.

Aku mengangguk. Memang cantik, tak dapat aku nak luah dengan kata-kata. Jeongin tidak banyak cakap, dia hanya diam saja sepanjang  Wangsejabin Yang menyoal aku dengan pelbagai soalan.

Aku terlihat kelibat seorang lelaki yang turun dari tangga rumah mereka. Lelaki yang berkulit putih, hampir sama wajahnya dengan Jeongin.

Sah! Ini papa Jeongin, Wonja Yang Joonhyuk! Nampak tegas orangnya. Garangkah?

Aku segera menunduk hormat papa Jeongin. Dia membalas kembali dan tersenyum.

" Dah lama sampai Ayen? " soal Wonja Yang. Jeongin menggelengkan kepalanya.

Aku tahu Jeongin masih letih. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak bermaya.

" Ayen penat tu Hyuk, suruh dia berehat dulu " kata Nenda Yang.

Bagus juga, aku memang betul-betul penat ni. Perjalanan yang sangat jauh aku rasa.

" Masuk bilik dulu Ayen, nanti makan malam mama panggil Ayen dengan Yoon. Buat masa sekarang rehat dulu ya? " ujar Wangsejabin Yang dengan penuh prihatin.

Aku tersentuh. Mama Jeongin tampak penyayang, juga tidak sombong.

Lazimnya, orang yang berpangkat besar selalu sombong dan mementingkan diri sendiri. Tapi tidak bagi keluarga Jeongin.

Aku menghadiahkan senyuman dan segera meminta diri dan mengikut Jeongin masuk ke dalam bilik.

Setiba sahaja di dalam bilik, aku menolak tubuh Joengin. Wajahku merah menahan marah. Aku belum berpuas hati dengan dirinya. Dia selalu menyembunyikan rahsia denganku! Tak pernah berterus-terang.

" Awak keluarga yang terhormati! Kenapa tak pernah beritahu saya? " bebelku. Jeongin mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Aku tahu dia pasti bosan mendengar bebelan aku yang tak ubah seperti minah murai. Ada aku kisah?

" Cukuplah sayang. Saya penat ni. Kalau nak marah, esok-esok je okay? Right now, siapa yang nak tidur atas katil? " tanyanya dengan mata yang kuyu.

Memang benar dia sudah penat. Akhirnya aku mengalah. Biarlah dia berehat dulu.

" Awam sajalah tidur di katil. Saya boleh tidur dekat bawah. Dah semalam awak tidur dekat bawah. This time, I give you chance " kataku beralah.

Kadang-kadang aku ni memang tak betul sikit. Sekejap panggil dia sayang, sekejap bersaya awak. Huh! Aku sendiri tak faham dengan diri aku!

" Wahh, mengalah kali ni ya? Bagus. Esok, I'll give you something " kata Jeongin pula. Aku diam. Apa yang dia nak beri?

" Apa benda yang awak nak bagi? " soalku ingin tahu. Jeongin tergelak.

" What? Cium! " ujarnya dengan tawa yang nakal. Aku segera mencubit lengannya.

" Jangan berani nak cium saya tanpa kebenaran! " marahku. Dia ketawa lagi.

" But, I'm your husband. Saya ada hak! " pintasnya. Aku sudah mengetap bibir.

Geramnya cakap dengan mamat ni! Nak diikutkan hati, mahu je aku siku mamat lesung pipit ni.

" Tak ada dalam perjanjian! Jangan nak buat saya naik angin boleh? " kataku dengan seulas senyuman. Aku cuba menahan marahku. Jeongin ketawa lagi.

" Serius sangat dia ni. Bergurau pun tak boleh. Dahlah, tepi sikit. Saya nak mandi. Nak ikut? " pelawanya sambil menolakku ketepi katil.

Ish! Hendak je aku menjerit sekuat hati!

Sejurus melihat wajah aku kian merah, dia segera meminta maaf, dan terus masuk ke dalam bilik air.

Ha! Tahu takut!

Alahai, jadi gilalah aku menghabiskan masa selama sebulan dengan keluarga Jeongin.

Tapi, aku rasa tenang juga berada di samping Jeongin. Rasa selamat dan gembira. Setidak-tidaknya ada juga orang yang membimbing aku dan memberikanku nasihat.

To Be Continued ! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro