❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟓
Aku memandang ke arah Jeongin dari atas ke bawah. Dia baru sahaja mencuba pakaian pengantin yang aku pilih.
Nampak segak bergaya. Inilah yang orang panggil kahwin koboi. Aku sendiri tidak sangka aku akan kahwin secepat ini!
Ini semua salah Jinyoung!
" Okay? " soal Jeongin beberapa kali sembari membetulkan pakaian yang dipakainya.
Puan Park yang sedari tadi menemani kami memandang dengan senang, gembira.
Entah mungkin dia kecewa kerana tidak dapat menjadikan aku menantunya. Eh? Riaknya aku! Macamlah aku diva sangat! Aduh!
" Okay sayang. Apa-apa sahaja yang awak pakai, semuanya okay. Even, kalau awak pakai baju tarzan pun saya kata okay " kataku masih dengan gurauan.
Puan Park berada denganku lagi, hendak tak hendak aku terpaksa berlakon.
" Amboi, romatiknya pasangan merpati dua sejoli ni. Mama rasa tema warna ungu pun boleh tahan cantik. Lagipun Yoon memang suka ungukan? " soal Puan Park lagi. Aku mengangguk. Pandanganku segera beralih kepada Jeongin.
Proses temuduga ringkas mengenal apa yang disukai dan dibencinya semalam membuatkan aku tahu apa yang menjadi kegemaran Jeongin dan apa yang menjadi kebencian Jeongin. Ungu bukanlah warna pilihannya.
" Tak mahulah mama. Macam mana kalau merah jambu? " cadangku setelah aku lihat Jeongin tidak banyak bicara. Hanya diam membisu, kelu lidahnya mungkin.
" Hish Yoon ni! Ada ke patut pink! Bakal suami Yoon tu lelaki, bukan perempuan nak suruh dia pakai tema pink. Ingat dia lelaki lembut ke? " selamba sahaja Puan Park memberi komen.
Dan aku dapat merasakan Jeongin sedang menahan malu.
" Mana ada! Tak semestinya perempuan saja yang guna merah jambu. Lelaki pun boleh, nampak cute mama. Kan Jinyoung pernah pakai merah jambu juga " bidasku lagi.
Cuba mempertahankan Jeongin, aku lihat wajahnya sudah bertukar muram.
" Suka hati kamu lah nak warna apa Yoon. Pening mama nak fikirkan! " ujar Puan Park sambil memicit kepalanya.
Tekanan mulai menyerang kepalanya. Tambahan pula mereka belum menjamah sedikit makanan pun. Mereka pergi mencari alatan perkahwinan dengan tergesa-gesa.
" Baik boss! I'm sure combination purple pink akan jadi legenda dalam mana-mana sejarah perkahwinan " ujarku dengan bangga.
Aku sendiri pening mengapa aku boleh jadi gembira dengan perkahwinan ni.
Sedangkan Jeongin telah membuat beberapa perjanjian setelah dia mengahwini aku, dan sebelum dia mengahwini aku.
Jeongin memang cerewet orangnya. Semuanya serba tak kena pada pandangan matanya. Puan Park terjeda mendengar cadanganku. Aku pasti, dia sedang terfikirkan sesuatu di dalam mindanya.
" Yoon, nak buat konsep kayangan tak? " Puan Park memberi cadangan. Aku ketawa kecil!
Sah! Puan Park sudah kemaruk dengan perkahwinan angkasawan pertama Korea, Yi So Yeon.
Aku menggelengkan kepalaku berulang kali. Buat apa nak buat majlis yang besar-besar? Aku bukan kahwin dengan Jeongin atas dasar suka sama suka. Just nak menggelakkan diri aku dari jadi isteri Jinyoung.
Seperti yang dijanjikan, kami akan kahwin selama dua bulan dan tempoh bulan kedua aku akan duduk di rumah keluarga Jeongin. Dan kami tidak akan tidur di atas katil yang sama. Seperti yang telah dipersetujui.
Bagi bulan pertama pula, aku dan Jeongin akan tinggal di rumah Ketua Park dan Puan Park, mereka mahu aku tinggal bersama mereka setelah aku berkahwin. Aku tahu mereka masih meragui aku dan Jeongin.
Tamat sahaja tempoh dua bulan tersebut, Jeongin akan menceraikan aku dnegan alasan kami tidak serasi. Dan saat itu, aku akan berpura-pura yang aku sudah tidak bersedia menerima cinta mana-mana lelaki.
Bagaimana? Bijak tak rancangan yang aku rencanakan? Persis di dalam filem? Sudah tentu! Aku peminat tegar drama-drama sebegini, tak sangka aku pula yang boleh terjebak.
Hurm, dua bulan. Semuanya kedengaran mudah. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku dapat menyusaikan diriku atau tidak selama tempoh dua bulan itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
" Jadi macam mana? setuju dengan cadangan mama? " soal Puan Park lagi.
Setelah lama aku berjeda. Aku tersentak dari lamunanku. Jeongin tampaknya sudah kembali memakai pakaian berwarna lain pula.
" Tak nak lah mama. No need that grand. Cukup buat simple saja. Lagipun... " aku hampir sahaja memecahkan rahsia perhubungan aku dan Jeongin.
Huish! Nasib baiklah aku masih pandai jaga mulut aku ni!
" Lagipun apa Yoon? " soal Puan Park ingin tahu. Aku tersengih.
" Lagipun Jeongin tak nak majlis besar-besaran. Dia kata cukup kecil-kecilan saja " kataku lagi menundingkan kesalahan pada Jeongin.
Ah, peduli apa kau nak besarkan mata dengan aku. Ingat aku takut? Gelakku di dalam hati.
" Bukan macam tu Puan, saya rasa Yoon dah banyak membazir selama ni. Jadi apa salahnya maa perkahwinan kami, kami berjimat sikit. Hari esok kita tak tahu. Mungkin hari ni kita berduit, esok lusa Tuhan tarik balik, kita juga terkontang-kanting " ujar Jeongin dengan spontan.
Aku mengetap bibir. Giliran dia menyindir aku! Puan Park tersenyum.
" Tak perlu panggil Puan lagi, panggil mama saja Jeongin-ah. Betul kata Jeongin tu, kekayaan di dunia bukanlah kekal sampai bila-bila. Yang penting kebahagiaan kalian berdua. Mama doakan snagat-sangat kamu berdua cepat dapat cahaya mata " luah Puan Park lagi. Gulp!
" Erk, mama tak rasa terlalu cepat ke nak cakap soal cahaya mata? Kami kahwin pun belum lagi ni. Aduh! " keluhku.
Jeongin mengangguk, aku dapat merasakan ada resah di wajahnya.
" Cepat atau lambat bukan persoalnnya Yoon. Cahaya mata tu kan rezeki dari tuhan, mama ni mana ada anak perempuan. Justeru mama bersyukur sangat Yoon sudi jadi anak mama. Baru saja mama bercadang nak jadikan Yoon menantu mama, tapi tak ada jodoh. Nak buat macam mana " kata Puan Park. AKu menjadi terharu dengan kata-kata Puan Park.
Kalaulah perangai Jinyoung itu tidak teruk, sudah pasti aku akan menerima lamaran dari Puan Park dan Tuan Park kerana mereka berdua banyak memberikan jasa kepadaku. Budi baik mereka tidak dapat aku balas rasanya.
" Yelah mama. Yoon doakan Jinyoung temui jodohnya. Yoon tahu dia boleh dapat calon yang lebih baik dari Yoon " kataku pula. Puan Park menggeleng.
" Susah nak jumpa orang macam Yoon. Humble and down to earth. Satu dalam seribu Yoon " puji Puan Park.
" Yoon bukan bidadari yang turun dari kayangan mama. Yoon ada kekurangan. Tak semua manusia sempurna. Dari setiap sudut, pasti ada kekurangan. Lagipun mama, cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi " pintasku. Puan Park mengeluh.
Eh, melebih pula aku ni. Macamlah aku dengan Jeongin cinta sejati. Cinta lakonan, cinta palsu. Atau layak digelar dengan cinta atas kertas ke?
" Mama tahu Yoon, dahlah tu. Macam mana? " soal Puan Park, mematikan topik perbualan. Aku terdiam sejenak. Oh ya, lupa pula tentang baju perkahwinan kami.
" Final decision mama, pink dan purple. Is it okay with you dear? " soalku kepada Jeongin. Jeongin hanya mengangguk, tidak banyak membantah. Puan Park tersenyum.
To Be Continued ! ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro