Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟑

" Cik Yoon, Tuan Park mahu jumpa dengan cik " beritahu Lia, pembantu peribadi Tuan Park. Aku membalas dan menutup talian.

Eh, kenapa pulak Tuan Park nak berjumpa dengan aku ni? Fikirku di dalam hati.

Pasti dia ingin bertanyakan tentang projek terbaru yang sedang kami usahakan. Aku tahu dia mahu memenangi tender tersebut. Bukan aku tidak mengenali Tuan Park. Dia tidak mengemari persaingan.

" Masuk " laung Tuan Park setelah aku mengetuk pintunya beberapa kali.

Dan aku terkejut melihat kelibat Puan Park yang sedang duduk di sisi suaminya. Ada apa pula ni? Mereka berdua tersenyum memandang aku, dan semakin aku terkejut melihat anak lelaki mereka, Jinyoung yang sedang sibuk bermain dengan PSP-nya, turut ada bersama.

Umur Jinyoung lebih tua dari ku. Apa yang aku tahu, Jinyoung baru sahaja pulang dari Australia. Dia baru sahaja menyelesaikan pelajarannya di sana. Agak terkejut aku melihat penampilan Jinyoung yang tak ubah seperti orang luar.

Aku hanya berdiri di hadapan pintu. Menjadi kaku seketika. Puan Park menyuruh aku duduk dan aku menolaknya dengan mengatakan aku mempunyai kerja lain.

" Duduk dulu Yoon. Kami ada benda nak bincang ni " pelawa Tuan Park pula.

Akhirnya aku akur. Kalau aku menolak nanti dia kata aku degil pulak! Tak ke naya dibuatnya kalau gaji aku dipotong?

Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk yang berada di dalam pejabat Ketua Park. Puan Park sudah mula tersenyum memandangku.

" Begini Yoon, biarlah kami terus terang saja. Awak pun kata awak ada banyak kerja. Begini, kami berdua ingatkan nak jodohkan Jinyoung dengan Yoon. Memandangkan Jinyoung pun baru saja balik dari Australia " laju sahaja mulut Puan Park berkata. Aku menelan liur kesat.

Gulp! Biar betul Puan Park ni? Demam ke apa?

Tiba-tiba saja nak suruh kahwin dengan anak dia. Aku kenal pun tidak dengan anak dia, tiba-tiba saja nak suruh kahwin dengan anak dia.

Tambahan pula, kenapa Jinyoung tak menolak? Hish mamat ni. Memang sengaja buat kepala otak aku gila!

" Betul tu Yoon. Kami dah lama perhatikan awak. Tak ada pula mama nampak ada buah hati ke apa. Dalam erti kata lain, kami nak meminang Yoon untuk awak sekarang ni. Boleh? " sampuk Tuan Park pula.

Memang Puan Park menggelarkan dirinya mama kepadaku. Katanya dia sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Memandangkan aku sebatang kara.

Aku memandang wajah Tuan Park dan Puan Park silih berganti. Sah! Orang tua berdua ni dah kena sawan. Dengan tiba-tiba saja aku jadi sasaran calon menantu mereka.

Apa yang istimewanya aku? Cantik ke aku? Eh, memang cantik. Aku tersenyum sendiri.

" Tapi, mama dan papa tak rasa ke Jinyoung tak suka dengan keputusan  mama dengan papa ni " kataku lagi memberi alasan. Apa yang aku lihat sekarang ni, Jinyoung tidak ambil kisah langsung. Sibuk dengan PSP-nya.

Tuan Park dan Puan Park tergelak sembari mengalihkan pandangan mereka kepada Jinyoung yang masih lagi khusyuk dengan PSP-nya.

" Jinyoung tak kisah langsung. Dia memang sukakan Yoon " beritahu Puan Park lagi dengan seulas senyuman dan lesung pipit yang jelas terserlah di pipinya.

Alahai! Kenapalah aku boleh jadi mangsa ni? Punyalah berlambak perempuan dekat sini, kenapa aku jadi mangsa!

Aku cuba memerah otak, mencari alasan yang sebaik mungkin. Bagi tidak mengecewakan permintaan Tuan Park dan Puan Park. Bukan aku menolak, tapi aku tak rela berkahwin dengan Jinyoung.

Bukan aku tak tahu, Jinyoung seorang kaki perempuan. Depan ibu bapanya nampak baik, di belakang terserlah perangai sebenarnya.

Tiba-tiba sahaja seseorang mengetuk pintu pejabat Tuan Park. Tuan Park dan Puan Park terdiam sebentar. Daun pintu terbuka dan tersembullah wajah Jeongin yang segak memakai pakaian pejabat dengan seulas senyuman. Seperti biasa.

" Maafkan saya kerana menganggu Ketua, ada seseorang menunggu Cik Yoon " beritahunya dengan nafas tercungap-cungap. Aku tahu dia berlari.

Tiba-tiba sahaja terdetik satu idea di kepelaku! Aku memanggil Jeongin untuk segera ke arahku. Puan Park terpinga-pinga memandang kami berdua.

" Mama, papa. Saya rasa lebih baiklah kalau saya berterus terang. Daripada saya terus berahsia begini " aku memulakan perbicaraan.

Tuan Park mengerutkan wajahnya. Tak terkecuali Puan Park, mungkin kurang mengerti dengan maksud kata-kataku.

Jeongin masih lagi berdiri kaku. Menunggu arahan seterusnya dari aku. Bunyi alat penghawa langsung tidak dapat mengatasi desah nafasku yang kian mencungap ini. Dadaku dari tadi tidak henti-henti berdebar.

" Saya dan Jeongin akan berkahwin tak lama lagi " ujarku spontan.

Terbeliak mata Tuan Park dan Puan Park memandangku. Jinyoung yang sedari tadi khusyuk dengan PSP-nya kini turut terkejut.

Aku menarik tangan Jeongin dan memegang tangannya erat. Aku dapat rasakan tangan Jeongin mulai sejuk.

Mungkin juga dia terkejut, bahana kata-kata spontan dari bibirku mungkin. Aku juga tidak dapat menahan getaran rasa yang kian memuncak di hatiku.

Ini sahajalah jalan terbaik yang boleh aku lakukan demi menyelamatkan diriku dari menjadi isteri Jinyoung.

Sungguh aku tak sanggup! Aku lebih rela jadi anak dara tua atau popular dengan nama andartu dari menjadi isteri Jinyoung.

" Betul. Saya dan Cik Yoon akan berkahwin tak lama lagi " ujar Jeongin pula.

Aku menarik nafas lega! Bersyukur kerana Jeongin tidak memecahkan rahsiaku.

Aku dapat lihat Puan Park mengeluh halus. Aku dapat rasakan kekecewaan di dalam hatinya. Tuan Park tersenyum.

" Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni " ujar Tuan Park dengan tenang. Dan buat kali kedua aku menelan air liur.

' How come Tuan Park boleh tahu? Tak boleh jadi ni ' fikirku di dalam hati.

Aku dapat melihat senyuman sinis Jinyoung. Mungkin dia rasakan aku juga menipu tentang status hubunganku dengan Jeongin.

" Betul Tuan, kami akan berkahwin tak kurang dalam sebulan. Ahad ni saya akan pergi kursus perkahwinan dengan Cik Yoon " lancar sekali Jeongin berkata. Langsung tidak menampakkan dia sedang berbohong.

Jinyoung terkesima memandangku, sesekali retina matanya bertukar arah.

Sekejap ke arahku, dan sekejap beralih pada Jeongin. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan jawapan spontan yang dituturkan oleh Jeongin.

Aku tersenyum lega. Mujurlah Jeongin tidak mendedahkan hal yang sebenarnya. Aku memegang tangan Jeongin lebih erat. Dan Puan Park masih lagi ternganga.

" Tahniah saya ucapkan Jeongin, Yoon. Tak sangka awka berdua menjalinkan hubunga dalam diam. Apa-apa pun, nanti bila awak berdua dah nak berkahwin, beritahu saya. Saya akan tolong sedikit-sedikit " kata Jinyoung, akhirnya dia bersuara. Hambar.

Aku mengangguk dan menghadiahkan seulas senyuman buat jejaka yang kononnya menyimpan hati padaku.

Setelah aku meminta diri dengan mengatakan kami perlu ke kedai baju pengantin untuk memilih baju pengantin buat kami berdua. Lega!

" Ingat pesan saya tu Yoon. Once I know the truth, kamu siap " ujar Tuan Park, seolah-olah memberi peringatan kepada aku.

Seandainya aku berbohong, dia pasti akan mengerjakan aku. Ahh, aku peduli apa? Ada aku kisah?

Apa yang sedang bermain di kepalaku sekarang ialah bagaimana caranya untuk memberi alasan untuk menjelaskan kepada Jeongin tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Aku tahu dia pasti terpinga-pinga mendengar kata-kataku sebentar tadi.

To Be Continued ! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro