❛ ℬ𝒜ℬ 𝟗
" Cepatlah, kita dah lewat ni nak pergi rumah mama! " ujarku.
Malam ni kami berdua nak pergi ke rumah mama pulak. Ye lah, aku pun rindu sangat nak jumpa dengan mama.
" Kejap la " jawab Han. Aku duduk di sofa sambil menunggu Han yang berada di atas. Tiba-tiba telefon ku berbunyi.
" Yeoboseyo? "
" Dami, annyeong!! Aku rindu sangat dengan kau "
" Kau apa khabar? " soalku pada rakan baik aku Taerin yang tahu semua rahsia aku termasuklah aku yang kini berstatus seorang isteri.
" Kau cuti sem kan? "
" Ye, kau pun sama juga kan! Nanti dapatlah kita jumpa, lepak-lepak macam dulu-dulu " cadangku.
" Eh, bukan kau ada suami ke. Dia tak marah ke kalau kau keluar dengan aku "
" Ahh, aku tak kisah pun dia nak marah ke tak. Yang penting kita jumpa. Aku dah lama tak jumpa kau "
" Beres, itu semua bisa diatur "
" Ehh, kalau macam tu, nanti aku call kau balik. Aku nak pergi rumah mama aku ni. Okay, bye "
" Okay babe, take care " Han tiba-tiba berdehem di belakangku.
" Kenapa kau ni? Sakit tekak ke? " sindir ku.
" Cepatlah! Kata tadi nak cepat. Dia yang bergayut dengan telefon, aku dah lama tunggu kat belakang kau ni! " ujar Han yang tidak mahu kalah.
" Ishh, tupai betul. Tepi! " aku keluar menuju ke pintu rumah.
" Kalau aku tupai, kau badak. Dulu kau kan macam badak! " Han ketawa. Han memang suka betul menyakat aku.
" Belah la!!! " aku terus masuk ke dalam perut kereta. Malas aku nak bertekak dengan dia ni.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro