
❛ ℬ𝒜ℬ 𝟖
Han memakirkan kereta di depan rumah maknya.
" Dami-ssi, ingat kontrak kita nombor 2. Awak kena panggil saya abang " pesannya padaku sebelum keluar dari kereta.
" Ye, aku ingat la. Kau tu jangan pula tersasul " balasku dan menjelir lidah padanya.
" Kim Dami!!!! " jeritnya.
Cepat-cepat aku keluar dari kereta sebelum dikejar oleh Han. Puan Han sudah menunggu kedatangan anaknya itu diluar rumah. Puan Han senang hati melihat aksi menantunya yang dikejar oleh anaknya. Nampak bahagia sangat.
" Eomma! Tolong Dami " jeritku tercungap-cungap sambil menyorok di belakang badannya. Han menghadap maknya.
" Amboiii!!!!! Mesranya. Eomma suka tengok kamu berdua macam ni " puji mak Han.
Ye la tu eomma. Kalau lah eomma tahu apa sebabnya aku berlari-lari macam budak tadika ni, memang eomma terkejut punya la.
Han mengukir senyuman buat maknya lalu memeluk erat. Puan Han mencium pipi anaknya yang lama sudah berjauhan dengannya. Rasa rindu sangat pada anaknya itu.
" Mari masuk " ajak eomma. Han terus memegang tanganku kuat. Nak balas dendam la tu. Aku pun tak mahu kalah. Aku turut membalasnya. Sama-sama menahan sakit. Memang bengong betul la.
" Dududk dulu ye. Eomma ke dapur sekejap nak tengok kalau hidangan tengah hari dah siap. Kamu berdua duduklah dulu. Appa kamu tak ada sebab dia ada mesyuarat " Puan Han meninggalkan anak dan menantunya di ruang tamu.
" Okay, sekarang lepaskan tangan saya! " ujarku.
" Okay, aku tak luak pun nak pegang tangan kau ni "
Masing-masing mengosok tangan sendiri. Habis merah tangan kami berdua. Tu lah nak berlawan gusti pegang tangan.
Akhirnya, dua-dua yang sakit. Aku malas duduk berdua bersamanya. Aku berlalu ke dapur untuk membantu eomma. Aku menolong eomma untuk menghidangkan makanan ke ruang makan.
" Han-ah!!! Makanan dah siap ni. Jom makan! " ajak eomma. Kami sekeluarga menjamu selera.
" Hari ni, eomma ada masakkan makanan kesukaan Han. Ini dia ikan masak sweet & sour " ujar eomma. Han senyum melebar.
" Dami pun eomma tak lupa. Eomma masakkan Dami ayam masak black pepper " aku pun sneyum melebar juga. Tidak mahu kalah dengan si Han ni.
" Wahhh, terima kasih eomma. Dami sayang eomma. Banyak juga eomma masak ye. Sayur pun ada. Dami tahu, abang mesti suka snagat makan sayurkan " uji ku pada Han.
Aku tahu yang Han memang tidak gemar untuk makan sayur. Entah kenapa dia tak suka makan sayur. Sengaja aku membalas dendam tentang hal tadi. Baru padan muka dia.
Han menjegilkan matanya ke arahku. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan aku. Han menendang kakiku.
" Oh, ye ke? Han dah pandai makan sayur. Tak sia-sia eomma kahwinkan kamu berdua. Makanlah sayur tu Han "
Dengan terpaksanya, Han mencuba juga sayur yang telah dimasak oleh maknya. Kalau menolak takut maknya terasa hati pulak. Han bermati-matian menahan rasa pahitnya untuk menelan sayur itu. Aku pula menahan diri dari ketawa melihat riak wajah Han.
" Macam mana abang? Sedap kan? ' perli ku padanya. Padan muka.
" Kau tunggu la nasib kau nanti bila kat rumah! " bisik Han padaku menahan geram. Aku hanya tersengih.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro