Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❛ ℬ𝒜ℬ 𝟔

Hurm, rindunya dengan bilik aku ni. Aku terus membaringkan diriku di atas katil. Penat gila hari ini. Dahlah kena berlari kat airport tadi. Habis naik lenguh kaki aku sekarang ni.

Sekarang baru puas hati aku bila nampak wajah Han yang terkejut tadi. Nak tergelak pun ada juga.

Selama 2 tahun, aku mencuba pelbagai cara untuk menguruskan badan. Akhirnya aku berjaya juga atas usahaku sendiri dan sokongan dari ahli keluarga.

Tak lupa juga isi kandungan kontrak antara aku dan Han semasa kami pertama kali sah bergelar suami isteri pada usia muda.

Kontrak ni memang atas permintaan kami berdua tetapi dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga kami.

Kontrak Perjanjian Han dan Kim Dami:
- Jangan masuk campur hal peribadi masing-masing.
- Guna panggilan manja hanya di depan keluarga SAHAJA.
- Tidur berasingan.
- Khas untuk Kim Dami, " Awak kena kuruskan badan! ".

" KRINGGG!!! "

" Yeoboseyo mama "

" Annyeong Dami-ah. Han macam mana? Apa khabar menantu mama tu? " soal mama ceria. Aku terus berlari menuju ke biliknya tanpa mengetuk pintu biliknya. Aku terus menerjah masuk ke dalam biliknya.

" AHHH!!!!! " Han menjerit. Mana taknya, dia baru nak pakai seluar.

' Alamak! Wrong time pulak. Ah, peduli apa. Mama aku nak cakap dengan kau la bengong! ' aku terus menyerahkan telefon bimbitku kepadanya. Han mengambil dengan kasar. Aku hanya ketawa.

" Annyeong mama " sapa Han mesra. Uwekkk, nak termuntah aku dengar. Memang pandai berlakon betul la.

" Annyeong Han-ah. Han sihat? "

" Nae, Han masih sihat. Mama sihat? Papa? "

" Semua sihat. Yang lain semuanya baik-baik sahaja disini "

" Baguslah kalau macam tu. Esok Han jumpa mama " cehh, dia ni bab mengayat-ayat ni memang pandai.

" Okaylah, mama pun tak nak ganggu kamu dengan Dami. Tentu nak melepaskan rindu. Ye lah, dah lama kamu tak balik. Lagipun tentu kamu penat. Annyeong "

" Annyeong mama " Han terus menyerahkan telefon bimbitku kepadaku. Aku ingin berlalu keluar namun tanganku di tarik oleh Han.

" Eh, kenapa pula kau ni? Dah buang tebiat ke? " ujarku.

" Ewah, ewah. Tadi bukan main syok lagi kau terjah bilik aku. Aku kan dah cakap kalau nak masuk bilik aku ketuk pintu dulu! "

" Tak sempat la. Dah la, aku malas nak berdebat dengan kau ni. Aku nak tidur! Sekarang lepaskan tangan aku! " balasku. Han segera melepaskan tanganku. Aku berlalu pergi dari biliknya.

Herm, ini baru hari pertama dia balik ke rumah. Belum lagi hari-hari yang seterusnya. Tak tahu la nak buat apa dengan dia tu.

Dah la kami tinggal berdua je dekat rumah besar ni. Ini pun hadiah sempena perkahwinan dari mak Han pada aku dengan anaknya. Aku jarang juga balik ke sini. Aku terus baring di katilku.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro